Thursday, February 24

dari kl ke gold coast, chch dan dunny

salam kawan-kawan, korang sehat dan bahagia? ha, jangan lupakan mangsa-mangsa gempa bumi di christchurch(chch) okeh? kesian dorang. mesti trauma kan? wuwu. oh, ramai yang tanya aku ok ke tak. alhamdulillah dunedin ni jauh sikit dari chch. 6 jam mcm tu lah. so jarak jauh tu MUNGKIN macam ld ke kk. aku x sure pulak jarak yang betul antara dunny – chch. oh, untuk yang risau risau risau (mcm lagu alif satar) tu, terima kaseh untuk concernnya bapak-bapak ibuk-ibuk. touching bangat gwe! ;p

cerita pasal earthquake di chch tu, masa kejadian lebih kurang 12.50+ tghari, aku baru balik dari majlis makan-makan college of education. mcm welcoming party untuk juniors. pastu, masa kejadian aku duduk sorang dlm bilik. housemate pegi town. tengah online, aku rasa macam goyang2, pastu katil bergoyang inul dengan jayanya. aku mcm blurr dan pelik jap. sebab seingat aku rumah ni rumah batu~ kalau rumah yang dulu tu, boleh faham la jugak kalau goyang~ rumah kayu kan.

mula-mula tu aku ingat jiran sebelah tgh ‘main’. teheee! ok2. sorry otak aku ni loser sikit. tp tp..manalah tau kan? orang puteh ni x senonot sikit banyak. then baru aku ingat. mungkin earthquake. bila tengok facebook, ramai jugak yang naik status lebih kurang mcm ni : earthquake? dan kebetulan jugak aku baru lepas follow twitter dunedin. terus ada orang tweet pasal major earthquake d  chch.

aku terus bagitau adik aku jangan buat mak aku risau. hehe. hari tu beliau da risau pasal adik aku d egypt. ha, tu kalau tau nz ada gempa lagi, mesti x tidur malam risau~ risau~ risau~ memang malam tu terus dapat call, nasib baek aku pernah terangkan chch & dunny tu jauh. tapi masa tu aku x tengok news lagi. aku pun chill lagi lah. sekali aku tengok news tadi. pehhh! teruk rupanya! stakat tadi, 75 mati, dan 300 missing.

kesian tengok dorang! trauma abis la tu. adeh. november lepas, aku pegi chch sebelum balik ke mesia, banyak jalan di chch yang kena tutup sebab dorang reconstruct tau. semua tu kesan gempa masa bulan posa hari tu. tengok-tengok skrg ni, makin tambah rosak bandar tu.

chch best wey. cantek dan best sangat. kesian pulak tengok tempat tu skrg. dan kesian jgk dengan orang-orang yang ada di sana ;(

chch punya landmark, yang memang tempat wajib ambil gmbar kalau pegi, ialah cathedral. sekarang bangunan tu suda runtuh. wuwu.. banyak jugak damage di chch. uhuks, let’s pray for their safety. semoga tiada gegaran lagi menyusul lepas ni.

IMG_5288 winter 2010

images22/23 feb, summer 2011: ha, yang ni gambar selepas kejadian~

 

okay skrg aku ngantuk gila. aku type laju-laju supaya aku boleh tidur cepat-cepat.

hari tu flight dari KL ke gold coast pukul 9.40malam. so pukul 8.40 dah kena ada kat boarding gate! aku, diba & mai lambat sikit dapat setel semua urusan. pukul 8.30 mcm tu baru kitorang keluar dari surau. ingatkan nak pegi makan dulu. haruslah mcd untuk kali terakhirkan? wuwu. tapi x sempat. sedih betul.. pastu lagi menyedihkan bila semua orang peluk mak ayah masing2. mak ayah aku xde kat situ. uwaaaa! ngam-ngam sampai boarding gate, terus ayah call. aku yang mula-mula cool terus meleleh. lepas tu pulak, mak aku siap tanya, “da makan?”

“alaaaa. janganla tanya. nda sempat makan td” sedih betul saya time tu. abang yang cek pasport tu mcm nampak aku nangis. buat malu betul. nda tough la aku ni =_=”

kemudian, bila masuk dalam flight, memang sepuluh kali toleh belakang sebab mau tengok bilalah akak cantekdansexytapikuruskering (the pramugari, lah) ni mau tolak trolley. haha. lapar gilos tauk! lepas makan memang terus pengsan. bestlah naik flight malam! tidur sepanjang malam. bangun-bangun seja nda rasa mau sampai suda.

mai, sempat bukak cita pasal drama chinta lakonan fasha sanda. hahaha. abis khatam drama tu dalam flight. haha. dalam pukul 7 klu tak silap, kitorang selamat sampai kat gold coast. dan kami lapar LAGI. haha. dan ngantuk LAGI! kami tidur merempat dengan suka hati. siap buka sleeping bag kat tengah alam. wahaha. ok, kitorang memang macam PTI (pendatang tanpa izin) yang berkeliaran di mesia tu. tp ni version lain sikit. ahaks!

cukup masa, ptg tu kitorang depart ke christchurch. sampai dalam pukul 1 pagi. dan lepas settle down semua, kami lapar LAGI. dan ngantok LAGI. tapi LAPAR > NGANTOK. dan semua kedai tutup kecuali sebijik kedai yang menjual coffee. tetiba kami perasan dia ada jual maggie. maggie pulak vege & seafood. ha, apa lagi. mahal pun mahal lah~ tengah pukul 2 pagi tu makan maggie. peh. nikmat!

lepas tu kitorang bukan terus tdur, pegi main lumba kuda! wahahahah sumpah bongok game tu. oh, btw, epot chch ada mini arcade. kalau bahasa orang ld – tintong. haha! di mini arcade tu la kami main lumba kuda. dan sempat main tembak-tembak jugak! lol. pastu ketawa kuat-kuat sampai orang terbangun. haha. senget betul. memang kejadian yang tidak akan dilupakan lah! images (1)

HAHAHA! ketawa sendiri aku kalau teringat kejadian =_=”

 

epot tu sejuk. me kenot selip! i was awake til our next flight to dunny, which is at 8.45am. wohooo. lemau badan aku! diba dan mai tido nyenyak lepas main lumba kuda. dlm flight baru aku tdo. sejam jak. wuwu. pastu sampai dunny, alif jemput naik keta baru beliau.heee. tengkius! dan kami disambut oleh gadis-gadis kuhhh yang baekhati masak nasi lemak! :)

kemudian, balik rumah. kemas barang sikit dan pengsan! bangun-bangun terus jadi panda sebab mata aku hitam gilaaaa!

ok. itu jak dulu. nanti sambung lagi! XD

 

till then, thanks for reading.

ily kawans! =)

No comments: