Tuesday, February 15

sudut pandang yang baru. dan kata-kata ucapan tuan tanah :p

kadang-kadang hidup ini tidak adil.

kau buat baek dengan orang, tapi orang buat kau sedih gila2 sampai nak sembunyik di bawah kerak bumi

kau duduk senyap-senyap, orang tuduh ko main tendang-tendang kerusi dia,

kau usaha penuh gigih tapi dapat gaji sama dengan orang yang selalu curik tulang,

kau jaga keluarga kau supaya kebahagiaan mekar bersemi, tapi orang dengki dan terus santet mak bapak kau.

kau kerja rajin-rajin sampai naik pangkat, orang cakap kau bodek ketua.

kau sudah sental periuk belanga sampai patah jemari, tapi bila ko tidur sekejap, orang cakap ko anak dara paling pemalas di seluruh pelusuk kampung.

heish. tension betul kan? ini suda tidak adil!

 

tapi kau rilek dulu. deactivate facebook dulu. HAHA. tiada kaitan betul.

esok lusa sapa tahu kebahagiaan datang berganda-ganda, bukan?

ayat bergaris di atas memang sangat familiar di dada-dada buku motivasi. heh, mesti kau bilang aku pndai cakap seja.

hey hey, kau jangan bilang aku pandai cakap seja. aku sudah rasalah! (nada mengencang LOL)

mungkin ujian yang aku terima, bukan sehebat dugaan yang kau dapat. tapi aku ada pengalaman merasakan “hikmah-sebalik-kejadian”. aku nampak banyak hikmah selepas aku diturunkan musibah.

lagipun, sentiasa ingat ini:

Tuhan itu Maha Adil, Maha Mengetahui. dan Dia jugaklah sebaik-baik perancang. Ya, dunia ni semacam tidak adil kan? bikin bengang juga kadang-kadang. nah, mungkin semua itu Tuhan tunjukkan supaya kamu sedar, hanya Tuhan seja yang Maha Adil dan berkuasa. tiada yang sesempurna DIA

 

dan lagi satu kawan-kawan.

sentiasa berbuat baek dengan orang (ini pesanan khas untuk diri sendiri juga)

jangan sebab kau terluka, kau mahu menghukum orang lain jugak.

sama dengan, jangan curi selipar orang kalau selipar kau kena curi. <--- ahahaha. suka bagi analogi yang sembarangan. (tapi sila ambil serius kata-kata saya okeh. grr!)

contoh terdekat, aku sekarang ni lah. HAHAHA. emosi konon. mahu menjauh konon. walhal kawan-kawan pulak suda mencari-cari. semua risau-risau tanya aku okeh atau tidak. BIKIN HARU BETUL. tidak patut lah. sebab diri sendiri sedih, bikin kawan-kawan pun sedih jugak. T__T

eh, oklah. itu sejalah dulu ceramah yang tiba-tiba dari saya.

 

footnote:

sekarang kan, aku rasa kan. aku mahu kurang berkawan (heish teruk betul niat begini). tapi siyes. terus terang cakap, aku sudah tiada hati mau huha-huha yang melampau. macam soul aku disedut oleh dementor (yang makhluk hitam terbang-terbang dalam harry potter tu). aku kurang rasa mau berkawan, bukan mcm yang aku berkawan dulu-dulu. dulu aku obses dengan kawan-kawan.

 

dear besties, sorry for ignoring your texts. im okay =) jangan risau lebih2 lah. ily nite.

No comments: