Friday, February 4

kisah jam saya (panjang macam novel: kalau ada mood baru baca ya! haha)

day 2

DULU, saya sangat tidak pandai pakai jam. bukan sebab apa. sebab cepat sangat rosak. paling tahan 2 minggu lah. mesti akan pecah, putus atau apa-apalah. sampaikan satu hari, lepas beli jam ayah cakap, “ayah bagi tempoh 2 minggu jak la, nanti tengoklah jadi apa dengan jam ni”

SEKARANG saya ada dua bijik jam. satu saya bagi nama kesayangan. satu lagi tersayang. dua jam ni sangat2 special. macam burger special. haha. saya pun ndatau yang mana satu saya sayang lebih. dan sebenarnya saya nda tau pun yang mana si kesayangan, dan yang mana satu si tersayang.

jam pertama beli masa birthday saya, kalau tidak silap, oktober 2008, masa tu duit raya saya smpai beratus-ratus. wishlist sy masa tu, ialah jam tangan adidas. pemboros punya anak. jadi saya cakap dengan ayah sy mau jam adidas. kasi jadi hadiah hari jadilah konon. tapi kalau kurang tambah-tambah duit sy sikit. he. jadi, permohonan dipersetujui. sangat cocok betul jam itu di tangan saya. sampai saya rasa cinta betul. dan jam itu akhirnya bertahan sampai 2010. pencapaian hebat yang julung kalinya dalam sejarah hidup saya. TAPI, baru-baru ni saya sedar saya macam kehilangan jam itu. itu pun lepas tengok gambar sebelum saya balik malaysia. kemungkinan besar dia tercicir di christchurch. sebab saya pakai dia semasa ke christchurch, tapi bila sampai mesia dia tiada suda. jadi mungkin di chch. mungkinlah.

dan jam yang satu lagi, saya dapat hari terkakhir saya di kota kinabalu, yakni sebelum saya fly. jam yang ke2 ni sungguh signifikan dalam hidup saya. eceh. kamu tahu, jarang ada jam tangan yang cocok di tangan saya tau! tapi jam ni, bila saya pakai saya terus suka. eceh lagi! haha. (kau suda suka si pemberi mestilah kau suka saja sama jam itu).

yang hebat pasal jam ni, setiap tempat saya pegi, mesti ada orang puji. geram betul. sebab saya tidak rasa pun jam itu cantek sampai orang mau puji-puji. bila sampai mesia (november 2010) ayah saya sendiri pun hampir pow jam itu. nasib baek ayah saya sudah sedikit rabun, dia tidak suka nombor yang kecik-kecik begitu. ayah cakap jam saya cantek. ahahaha. neh, puji lagi :P

kes #1: pegi sekolah, budak-budak tanya. lebih kurang mcm ni lah, “kat mesia skrg jam berapa?” er. mesia lambat 5 jam. jadi… skrg ni *sambil tengok jam* dorang tengah pukul sekian2. tetiba budak tu terpandang jam. ada benda pusing2 kat watch aku. terus dia cakap, “wow. cool watch!”

tiap kali pegi sekolah, mesti ada budak-budak suka jam itu

kes #2: tali jam putus, aku huru-hara gila babeng. sebab takut. hahaha. takut kena marah. lepas tu, balik kelas seja terus pegi town. mana mau cari kedai repair jam? terus teringat di meridien ada satu!

me: hi, can u plis fix this *muka gabra x bole blah*
itu orang (A): ambil jam, belek2 dan buat muka selamba. sorry, i cant. it’ll stay like this forever
me: huh? *sumpah blur*
A: gelak2. kidding. ok, we have 2 options. 1 stitch tapi nda tahan lama, anytime bole cabut. 2. ganti tali baru, it’ll cost you 30+..
me: stitch lah. (sekeh jgk mamat ni, aku neves dia gurau2)
A: okeh. cool watch btw!
me: thanks. it’s a gift. from my friend.
A: for you?!
me: yep. (heish. mestilah utk aku, xkan utk kau)
A: how lucky you are!

memang lucky pun. saya tau sy lucky. im lucky im in love with my bestfriend, lucky to have been where i have been, lucky to be coming home again~ eh eh? haha. (ngam ini lirik tau. haha)

pokoknya! jam itu, pigi mana2 pun kena puji.

cuba tengok gambar ni.

IMG_4840macam jam tu yang paling glamer dlm gambar walaupun saya lagi cantek

dan kamu tau. jam itu kan. dia tiada battery. kalau tidak dipakai, dia pandai mati sendiri. sy pun kurang faham dia guna apa. mungkin dia detect movement atau pun ada jugak orang bilang dia pakai nadi.

part nadi tu paling saya sukak. HAHA.

kira macam, “hey jam! selagi i pakai you, selagi ada nadi i, selagi tu masa berputar” UISEH. paling menang suda nih! hahahahahaha. mari tampar saya laju-laju.

dan belakang jam tu, ada tulis macam ni “IWC (nama brand), since1868. and for as long as there are men.” FUYOH! macam shakespeare tauk!

ingat sonnet 18? yang couplet(2 rangkap terakhir),

So long as men can breathe or eyes can see,
So long lives this, and this gives life to thee.

semacam lebih kurang kan? ahaks. gile derrrr!

nak dijadikan cerita, dalam masa cuti ni, saya pernah tidak pakai jam ni selama 1 bulan. entah kenapa. selalu terlupa, dan kadang-kadang malas. jadi jarum jam tu suda macam lidut-lidut. dan tidak sharp. dan memang jam ni kan kalau nda pakai dia stop bah bergerak. terus lepas tu, saya kesian tengok dia. dan rasa bersalah.

sekarang saya rasa mau pakai pigi tidur juga, biar dia terus berputar! hahaha. gila punya orang. eh tapi betul tau, saya dapat idea tulis NOVEL ni pun sebab saya penat dan mengantuk dan saya rasa mau tidur, tapi pakai jam. haha!

akhir kata, walaupun jam saya tinggal satu (sebab yang pertama tu sudah hilang), tapi bukan bermaksud saya pakai yang kedua sebab saya tiada jam lain. saya pakai sebab saya mau dia terus berputar. teheeee!

nanti saya kena tukar tali. sebab lusuh suda.

IMG_3665 shot yang saya rasakan ter-cool!

***the end***

p/s: saya text orang bukan sebab saya boring. mestilah sebab saya teringat! grrrr.
p/s/s: saya penat gila. baru balik dari kudat > mengayau > kb
p/s/s/s: saya benci font ni. bikin boring. kalau anda dapat baca sampai habis, sila tepuk tangan untuk diri sendiri. terima kasih ya membaca!

p/s lagi dan lagi: saya ada kawan baru nama ‘intan’. dan sorry kalau novel saya ni tidak menyenangkan mana-mana pihak (eh, apakes ni? saspen lah!) hahaha.

6 comments:

ahmadmohd said...

ohoho..smart2..
yg pasal kalu ndak pki dia berenti tu kan..hmm

i think sbb dia gna konsep movemnt..
if i'm nt mistaken lah..
kalu ko biar lma mmg dia ndak akan bergerak..
kira dia mcm ad magnetism kat situ..
n then ad roda2 tu yg bleh ptrkan jarum die...

hmm...opkos bnda ni xpki bateri..
n iwc tu mmg branded watch lah tqa..

kranya dia mcm jam tag heur monaco..ala, kbykan skng gna tknologi mcm tu..

btw..i lbih perfer yg monaco..cool bebeh...hahaha

tqa said...

exactly tang! ada jarum putar2. haha..
iya, dulu sy pcaya tu org bilang guna nadi. tapi selepas bersamanya (HAKHAK), pengalaman mengajar sy dia mcm guna konsep movement!
kalau gantung dia lama2 nda bgerak, kalau shake balik terus pusing3 lagi. heee.

branded?? then lucky me! i know nothing pasal jam2 ni. hehe..

btw, thanks for reading!!! anda berjaya ke garisan penamat :P

ana rama said...

from my very humble opinion..this entry got hidden meaning kan? it's like..the watch resembles somebody.hihihi.

tqa said...

haha. tiadalah begitu ba cik~
cuma special mcm burger special :P

ErieLove said...

jam anda superduper cool. ok. masuk wishlist la jam seperti yang anda punya walaupun hakikatnya sa x pernah pakai jam. hahahaha.

tqa said...

haha. sorry lah bikin ko TERmau beli jam. terbuang lagi duit. LOL.