Thursday, February 24

dunedin!

assalamualaikum & hai kawans :)

cita kejadian di KL suda, perjalanan ke gold coast & chch pun suda~ ok sekarang meh aku story pasal ketibaanku di dunny pulak!

alhamdulillah sampai dunny hari ahad pagi, around 9.45 am. alif fetch kitorang. perjalanan dari airport dunny ke town, adalah dalam 30mins. kalau naik shuttle 15nzd. hehe..

sampai jak town, kitorang terus hantar mai balik rumah. lagipun barang-barang diba ada kat rumah mai. so sampai rumah mai, terus angkut barang diba pegi rumah diba pulak.

sampai kat rumah diba, kitorang dijamu dengan nasi lemak! wuhoooo! memang lapar, dorang pun macam tau-tau kan? hehe. ameng (my housemate) pun ada kat situ.

then balik rumah baru aku pulak, yang memang masih bersepah. aku kemas-kemas barang sikit dan terus pengsan. sampai maghrib! pastu malam bangun lagi, dan pengsan lagi. esoknya (isnin), aku kena bangun pagi-pagi sebab kena pegi course approval! dunny pulak dah start ramai orang sebab students dah datang balik dari bercuti~

barang-barang dapur sebijik pun belum ada lagi. jadi lepas bt course approval, aku & hsemate pegi serang rumah arep. suh dorang buat breakfast! haha. dan dorang serve nasi goreng hebat! :P lepak-lepak dengan dorang kejap dan kemudian pegi beli barang dapur! :)

shopping-shopping-shopping dan shopping sampailah petang. balik rumah sambung lagi kemas-kemas barang dan pengsan lepas maghrib! dalam pukul 2 pagi aku bangun dan tetiba dapat pulak online ehsan wireless library kan. aku pun yang dah kenyang tido berjaga sampai subuh. lepas subuh tidur kejap dan tengahari tu ada welcoming event untuk juniors. so kenalah bangun. wuwu. best jugak dapat jmpa kawan-kawan!

lepas abis semua tu, balik rumah dan merasakan gegaran gempa bumi. kemudian petang tidur lagi. dan kemas lagi. penat woh =_=”

hari rabu pulak, yakni kemaren! kami (aku & gadis-gadisku: ameng, kak tia, wani, diba, yanie, nas, dan paah <—semua bukan nama sebenar) pegi lunch di GREAT TASTE! buffet dengan hanya $9! betul-betul ho liau! beshhhh! lagi besh sebab semua da lama x jumpa. semua cerita pun tekeluar. buat kecoh dalam restaurant orang tanpa segan silu. wahahah. best gila. perut penuh, ketawa pun banyak! suka! suka! suka sangat~~~ *bunyi gedik*

erm, pastu semalam aku & housemate ajak budak-budak rumah arep datang dinner kat rumah. masak simple2 seja. heh. pastu sembang-sembang pasal roadtrip ke north island dan last skali main wii! yesh, yesh! housemate sy ada wii! main dengan penuh teruja okeh LOL!

23022011(005)

 

eh. itu jak la dulu. nanti aku report lagi. macam buat laporan seja begini bah. nda best betul =_=”

  • hari tu masa malam pertama di rumah kami, tengah malam entah pukul berapa, kami dengar bunyi benda jatuh. sudalah tinggal berdua, makin lah menakutkan. haha. eh? kenapa takut?? kami takut sebab kami nda jumpa apa benda yang jatuh! mula-mula ingatkan barang dalam stor. sekali tengok, tiada apa yang bersepah pun! pegi cek kitchen & ruang tamu, semua clear. toilet mungkin? sekali dengan penuh rasa takut-takut, bukak pintu tanda sikit, intai tengok dalam shower. semua barang-barang ok. MAKIN TAKUT okeh! hahaha. rupanya tempat letak sabun sebelah washing machine tu tercabut. HAHAHA. saiko betul! lega sikit. kalau tak, jadi penakut seumur hidup la aku kat rumah baru ni~~
  • aku stress dengan abang internet. hari tu hujan x mau datang ok lah. aku pun bukan jahat sangat nak bagi ko kena renjatan electric x pasal-pasal kan. tapi hari ni cuaca baek punya, ko x datang jugak apahal!  uwaaa. mau internet betul-betul! mau online atas katil! mau online di ruang tamu! ;(
  • follow me on twitter okeh! <--- haha. tetiba

 

sekian. semoga bertemu lagi di lain lembaran, ooosssehh! HAHA

5 comments:

Ika said...

ooooosehhhh~ hiihi~

Anonymous said...

sangat siokkk! aku mau pg dunny! haha

tqa said...

hai kerek! haha! osseehh! ;P

keciq! jom jom :)

KinosKoko said...

aiya...mau main wiii...

tqa said...

haha jom nana jom! bermain sambil bersukan! LOL~ penat betul