Thursday, July 14

movie movie belaka.

 

hello peeps. hope everyone is doing fine :)

alhamdulillah hari aku masih ceria belaka. syukur. syukur.

esok dah masuk hari jumaat, hari terakhir sekolah untuk minggu ni. nah, masa terbang laju-laju. sekelip mata sudah mau weekend kan?

minggu ni banyak movie aku tengok. mula sekali Nur Kasih the Movie. perhhh! superb. tapi tiada scene yang tidak sedih. TIADA. yak ampun, memang cerita tragis. nasib baek kami tengok berjemaah. yang sebak-sebak pun jadi lucu. hekhek. tidak jadi air mata meleleh. termasuk balik air matanya hahaha.

kemudian, semalam sebab tidak boleh tidur aku tengok 500 days of summer (cerita tahun lepas punya nih). awh! suwitnya. malas tengok movie begitu, terus berangan mau bercinta-cinta jgk. eish. malasku~ tapi cerita tu sedih lah! sedikit lah sedihnya. nasib baek dia suda bagi warning di awal movie, “this is not a love story”. jadi bila part tidak happy dihujungnya, aku boleh terima hakikat. bila sampai satu scene yang dorang pegi tengok wayang, aku teringat aku pernah reblog scene tu di tumblr. teheee! :)

tumblr_l9ykchhUU01qbxpz7o1_500

“A guy and a girl can be just friends,
but at one point or another, they will fall for each other…
Maybe temporarily, maybe at the wrong time, maybe too late, or maybe forever.”

 

tadi pulak sebelum pegi cinema, sempat lepak di rumah kawan-kawan. tengok KL Gangster sebab pagi tadi pegi kelas mereka kecoh-kecoh pasal KL Gangster. Aaron aziz bah, mestilah mereka laju-laju menengok. bodynya ketul-ketul, muka pun kacak sekali. amboi amboi elang~ amboi amboi elang~

lawak syial movie to bro! (sebut macam gangster okeh) :p serrram nih! hahaha. mongok ah zizan dalam tu. tagline dia macam ni, “sial ah, puih!” hahahahaha. mongok ah. kiyut betul. adoih. cerita gangster2 pun dia boleh melawak.

HA! lepas tu, sampailah masa yang ditunggu-tungguuu. masa untuk Harry Potter! excited. bersambung rasa excited dari hujung tahun lepas, selepas tengok part I hahaha, ok auta. overall, aku puas hati dengan movie kali ni. lepas tengok part I tahun lepas, aku baca balik novel tu. sebab sudah hilang ingatan pasal cerita dalam buku tu. jadi kiranya suda restore balik data pasal dunia khayalan JK Rowling tu. dan kemarin aku pegi library dan pinjam lagi balik buku dia tapi tidak sempat baca pun. hehe. maka, tadi pegi tengok part II dengan harapan tidak lost sangatlah.

alhamdulillah, bila tengok jak intro, boleh dapat ingat balik storyline dan tiba-tiba semua datang balik dalam otak dengan sendirinya. boleh tahan superb lah. slow sikit kot, tapi mungkin sebab aku memang follow novel dia, dan aku faham chronology dia, aku tahulah cerita tu memang pace dia macam tu. mungkin yang kurang follow Harry Potter bole kategorikan cerita itu sedikit slow. hehe. mungkinlah. tapi siok jugak. worth my money! oh, plus, i pegi tengok 3D. keseronok berganda di situ hehe.

IMG_4263

sapa belum tengok harry potter, pegilah tengok ya? yang paling last suda ni. lepas tu ada satu scene yang “19 years later…” oh comelnya mereka. emma watson cunnnn gilak. ron gemok ahaha! eh, aku tidak suka tengok you-know-who. jelek mukaknya. tiada hidung. lepastu kepalak nya macam errrr, macam mau nampak sda isi otaknya =_=”

IMG_4272

lepas movie, singgah di tempat bahagia ini! – Angus Burgh

DAN MAKAN BURGER SEBESAR ITU! only for $7.50. ahhhh syorgaaaa (heaven).

p/s: compare tangan aku dengan saiz burger tu. nom nom nom!

 

 

till then lavs!

No comments: