Sunday, July 31

salam ramadhan people!

Assalamualaikum & salam 1 ramadhan semua!

cerita ramadhan di dunedin kali ni macam unik sikit. hehe. tahun lepas, malaysia puasa dulu. keesokan harinya baru nz puasa. bukan sebab belum nampak anak bulan, tapi sebab hari melihat anak bulan itu sendiri lambat sehari. paham sik? contohnya di malaysia tengok anak bulan hari isnin, di dunedin hari selasa. aku pun tak tau macam mana nz bole puasa lambat sehari sedangkan nz lebih cepat 4jam/5jam dari malaysia.

jadi, seperti tahun lepas juga, kami semua ingatkan puasa (1 ramadhan) akan jatuh pada hari selasa. teheee. lagi pula, website FIANZ - the federation of islamic association of NZ sendiri telah mengkhabarkan bahawasanya esok (isnin) baru nak tengok anak bulan.

kami pun kuranglah bersedia untuk terawih mlm tadi. siap plan main badminton lagi di unipol dengan kawan-kawan. HAHA. aku sikit lagi nak pegi tukar baju pegi gym, rushing lepas balik dari beli groceries untuk bulan puasa ni & masak laju-laju. tiba-tiba arep announce kat twitter dunedin puasa esok. hah! aku sempat lagi cek fianz pnya website untuk confirmation. fianz masih cakap esok baru tengok anak bulan.

then, few minutes later orang semua dah kecoh-kecoh kat fb, auckland posa esok. maksudnya dunedin pun puasa esok jugaklah. cek balik fianz, fianz dah update! ok. confirm esok puasa.

aku tak jadi tukar baju, joy pulak dah siap sampai kat depan libry tunggu aku. kahkahkah! kitorang pun laju-laju tukar direction pegi terawih. heeee. eh, sebelum tu sempat jugak aku update status kat facebook sambil menangis. =_=”

lain tau perasaan menyambut ramadhan kali ni. lagi-lagi bila terkejut mcm ni hehe. sebak aku lain macam tadi. SEBAK. bukan sedih tau. excited pun jugak. syahdu jugak. sobsob. nasib baek lepas terawih tadi dah jadi cool balik.

so, korang kat mesia.. selamat pegi terawih! tahun ni musti mau rajin2 tau! sahur pun bangun okeh? biar makan sikit yang penting bangun.

untuk kawan-kawan kat dunedin. selamat berpuasa & selamat beribadat. mari membubut pahala yang berganda-ganda di bulan mulia ni.

aku? harapan ramadhan kali ini, semoga semakin tulus hati & jiwaku mendekatiNya.

semoga ibadah kita semua diterima people.

well hey, kali ni kita start puasa hari yang sama, tapi kami sahur dulu, kami buka posa dulu! hekhek :)

 

p/s: nasib baek ada instinct mahu beli barang dapur hari ni.

p/s/s: sentap sebenarnya dengan msg tumblr sorang budak ni, tapi, selamat berpuasa untuk kamu, slm ramadhan dari sa.

*peace*

2 comments:

Rin Saharina said...

salam ramdhan riby.Mohon maaf atas segala salah dan silap, yang baik datangnya dari Allah S.W.T dan yang tak baik itu datangnya dari kekhilafan saya sendiri.

^__________^ jgn sdih, next ramdhan,ko di sabah suda kan :)

tqa said...

insyaAllah semoga diberi kesempatan untuk menempuhi ramadhan kali ni, dan yang seterusnya! :)

maaf jgk!