Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah Tuhan Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang. setelah beberapa purnama berlalu, sempurna jualah pembacaan hamba. eceh eceh. haha. gaya penulisan suda macam Ramlee Awang Murshid (RAM) dalam Sutera Bidadari. hehehe. nda bah.
bermacam-macam perasaan sepanjang membaca novel kelima RAM dalam siri laksamana sunan yang super cool ni. eh layankan sajalah segmen ‘BACAAN SAYA’ yang bakal syok sendiri ni okeh? (hamba try untuk tidak spoilkan cerita, sbb kawan2 ramai lagi yg x baca hehe)
wataks
seperti biasa Laksamana Sunan aka pemuda berduka dari tanah rencong aka Saifudin bin Jalis masih cool dan tenang-tenang sahaja menghadapi musuh dan kejahatan.
kawan-kawan sunan kali ini terdiri dari bangsa polip (sambungan dari buku sebelumnya –cinta sufi), dan beberapa rakan baek dijemput dari Aceh (kampung kedua sunan selepas melarikan diri dari tanah melayu).
watak catalina, wanita portugis yang telah memeluk islam digambarkan sangat baek dalam buku kelima ni. bersaing dengan Luna (dari bangsa polip) untuk memenangi hati sunan.
di awal penceritaan pun kita suda dikejutkan dengan kemunculan Sang Dewi yang bila kamu membaca buku itu, mungkin terlintas/terdetik/sengaja diberi hint oleh RAM untuk pembaca mengaitkan Sang Dewi dengan wife sunan (Ratna Sang Ratu) yang dipercayai sudah pun mati dalam buku ketiga (iinm). hurm, sebelum baca buku ni, aku suda dengar desas-desus dia hidup balik dalam buku ni. mula-mula tu rasa macam, ala spoil lah sbb suda tau. tapi jangan risau. siok seja membacanya. RAM bagi hint awal-awal pasal ratna, tapi kita masih mau membaca sampai habis sebab sampai chapter terakhir baru dia rungkaikan misteri pasal ratna tu! kiranya, kita tau ratna itu muncul, tapi bagaimana, bila, dan kenapa? kena baca sampai habis baru faham.
pertarungan menentang kejahatan
uiseh, ini part yang selalu ada watak menakutkan dan membikin neves. SELALU. setiap buku yang aku baca mesti bikin aku cemas-cemas sendirian. kadang-kadang bila terlampau focus, aku kelucuan sendiri sebab mata macam mau terbeliak suda, muka macam mau masuk seja pigi muka surat dan kononnya terbang ke kurun 15. uiseh. over.
tapi, kali ni. dalam sutera bidadari, nda banyak pertarungan ngeri. hanya biasa-biasa saja. dan perlawanan sunan dengan taghut boleh diramalkan oleh pembaca sebab jeng jeng jeng.. hehe.
kurun ke 15 vs abad ke 21
kombinasi dua zaman dalam siri laksamana sunan ni memang sebati. dari buku pertama lagi, penceritaan selalu melibatkan dua-dua zaman. aku selalu berpuas hati dengan cara RAM menggabungkan dua zaman ni. ending selalu kemas dengan peleraian dan penjelasan yang memuaskan.
lain-lain
seperti selalu jugak, peribadi Laksamana Sunan sentiasa menawan hati hamba. tenang, tulus, baek, sopan dan penuh berserah kepada Yang Maha Kuasa :)
buku ni sedikit sebanyak menginsafkan hamba.
RAM jugak selalu berjaya buat aku percaya cerita rekaannya ini macam betul-betul wujud.
cth: Laksamana Sunan seorang pahlawan melayu yang terkenal pada zamannya cuma tiadalah tercatat dalam sejarah. malah, sezaman dengan hang tuah dan saudara-saudaranya. aku percaya bulat-bulat. hahahaha. eh tidak mustahil woh! :p (watak hang tuah juga ada dalam buku ke 4 dan 5)
dannnn, siri ni ada sambungan lagi! hahahaha. yeay. RAM selalu meninggalkan pembaca dengan perasaan “tidak sabar mau baca buku seterusnyaaaa!”
ok. that’s all. seronok habis baca Sutera Bidadari~
thanks ameng pinjamkan novel! :)




2 comments:
uwwwwwwaaaaaaaaaa!!! jeles2.. c tqa sdah baca!!! sya dah bli.. tp blum start baca... mesti thriller gila crita nya ne.. =PP
kali ni nda thrill sgt la beb..
mcm sedih sikit. hahaha..
baca cepat2! :)
Post a Comment