apa kabar semuaaaa! yak awlohhh rindunya. sudah 9hb Julai tapi ini baru entry kedua. hancus betul. huwaaargh! anyways, aku baru balik dari bercuti ni. cuti-cuti awesome hoyeah!
seperti yang suda di update hari tu, BERSATU GAMES 2011 berlangsung selama 5 hari di university aku. setiap pagi kena keluar rumah seawal 7.30 pagi. hey. itu luar biasa tauk. sebab sekarang winter. jadi siang lambat dan subuh pun belum habis. gelap woi. langit masih berbintang lagi. uwa. terderanya. tu belum ambil kira suhu yang dingin membeku tu. adoih.
gambar adalah sangat sangat sangat kurang. sebab semua orang busy mau urus semua benda. tiadalah masa mau bergambar dan bersuka ria. suara pulak setiap hari semakin serak. masuk hari kelima, tekak aku sakit gila baby.
ehem. pasal handball dan netball, alhamdulillah dua-dua games aku dapat medal. sangat sakai perasaan itu okeh. SAKAIIIII! mula-mula tu macam kureng jgklah feeling tu. tapi lepas attend closing dinner malam tu, dan dapat medal, terus macam oh shooooottttt! aku dapat gold medal! aku dapat! aku nda pernah dapat medal! hahahaha.
balik dari closing dinner terus pengsan. keesokan paginya kena pegi Queenstown. pukul 8am bas gerak. nah. barang belum pack. kaki masih sakit. tekak sangat gatal. nais!
sampai QT lebih kurang pukul 3ptg. terus cek in kat Pinewood Motel dan pegi town untuk cari makan. lepas makan balik pengsan. dan rupanya aku demam. sedih ouh. first time aku sakit sepanjang aku di new zealand ni. malam tu jugak macam dapat aura, mak aku call. sobsob.
aku demam sepanjang malam tu di QT yang sejuk dan tiada duvet. (oh, betul2 menguji!). selimut motel memanglah nipis kan. aih, sabar jak lah. pastu lagi menyedihkan bila aku nda dapat join dorang yang lain pegi Coronet Peak untuk ski.
…and i missed the heavy snow. Y__Y
xpa. apa boleh buat. itu ujian namanya~
di bilik, aku punya hp abis battery, dan aku x sedar pukul berapa. tapi yang pastu aku bosan gila tunggu semua orang balik. oh sila imagine, i was stuck alone in the room with fever and flu, got no company nor any kind of entertainment. pehhh. naik lemas. badan lagi lembek2.
around 5 dorang kawan-kawan datang bilik aku baru ada semangat sikit. dan aku mensibukkan diri supaya tidak melembek. malam tu kitorang ada BBQ dan games sikit. sebabkan aku tidak malayan virus demam itu, aku jadi bertenaga sikit ngeh3. and i ended up sleeping at 4am! ha-ha-ha. x sedar diri sakit, main cards sampai pagi.
eh banyak lagi mau diceritaiin tapi nantilah pulak.. pendek kata~~ haha. winter trip kali ni sangat best dan happening sebab berjalan ramai-ramai dengan kawan-kawan secohort (hampir 50 orang). awesome friendship. sedar x sedar sudah masuk 4 tahun berkawan. whoa whoa. seronot!
with my beautiful girlfriends at Lake Wakatipu, Queenstown. July 8, 2011
dan. BERSATU GAMES pun best. mengeratkan ukhuwah orang cakap. ecewah. haha. bai




3 comments:
Lake Wakatipu? TIpu? Ah ah ah.
Ehh hebat plak kau main netball ahh. Lama suda kak ci x main owh ah ah ah. sejak hbs U trus berenti main owhh. Huuuuuuu
wakatipu mcm wakenatipu! haha
netball dpt silver jak kak cinoi, hehe. tdk hebat pun.. teamates yg hebat.. sy GD seja heeee
bestnya bah org study ovrC ni :)
Post a Comment