Showing posts with label masak-masak. Show all posts
Showing posts with label masak-masak. Show all posts

Sunday, August 14

ketuk-ketuk ramadhan: kopok lekor

WARNING: entry mengandungi gambar makanan. oleh itu, anda dinasihati membaca selepas waktu maghrib. oh tapi jangan risaulah. tidak menggiurkan mana pun.

salam 13 ramadhan kawans. cepat bukan masa berterbangan? semoga korang terus berlumba-lumba berbuat amal kebajikan dan semoga amalan kita diterima oleh Allah swt. amin amin amin. semalam ada usrah di albany (rumah ex-housmates). alhamdulillah satu pengalaman yang perhhhh!

honestly, aku jarang pegi majlis ilmu ni. heeee. dari zaman kat asrama dulu pun aku selalu escape usrah/kuliah subuh/terawih/ceramah dan majlis-majlis sebegitu. ternyata aku tidak zuhud, astragfirullahaladzim~~ semalam pun sebenarnya susah gila mau pegi. lepas iftar yang sangat hebat (melantaklah tu), perut babat susah mau bgerak. mulalah malas terawih. malas jugak pegi usrah. lagi-lagi bila terbayang dorang main volleyball sobsob. serius hatiku terbang ke gym! tapi aku tau aku akan kerugian bila aku tidak pegi usrah malam tu. alhamdulillah berjaya jihad melawan nafsu dan kemalasan.

hari ni aku iftar di harbour terrace lagi. masak simple-simple jak pun. aku penat. aku ingat mau prepare nasi goreng jak. dorang yang lain-lain pun setuju. tetiba petang tu aku rajin mau buat keropok lekor. terus mintak resepi dari chef dunny yang hebat – diba :)

ok. meh tengok resepi ----> RESEPI KOPOK LEKOR PERANTAU

bahan-bahan:

  • 2 tin mackerel in natural oil (pam’s) – buang minyak, ambil ikan sahaja
  • 3-4 ulas garlic
  • 2-3 sudu kecil garam (eh, agak-agak la k?)
  • black pepper secukup rasa
  • tapioca flour

cara-cara:

  1. blend mackerel + garlic + garam + pepper (jangan lupa masukkan air sikitlah kan)IMG_4478
  2. letakkan dalam mangkuk besar. masukkan tepung sedikit demi sedikit. uli sehingga tidak melekat pada tangan. tapi jangan terlalu keras seperti doh donut ye puan-puan. lembut sikit dari doh donut dan sbgainya. chef diba pesan, jangan keras sangat, tapi cukup keras sehingga boleh dikepal.IMG_4481
  3. kepal-kepal sehingga menjadi lonjong (haha lucu pulak perkataan ni, lonjong3~). ala, panjang-panjang sikit. gemok-gemok sikit. macam ni.
  4. masukkan ke dalam air yang mendidih. rebuskan sehingga dia terapung dan berkilat. aku tengok kat internet, dia cakap kalau dah terapung tu maksudnya da masak.
  5. boleh potong-potong dan gorengkan.
  6. eh, da siap? ce terai. ce terai~ yummeh tak? IMG_4491

oh. aku tambah tepung gandum jugak. sebab masa aku blend tu, terlebih air kot. jadi macam cair sikit. pastu aku neves la sebab macam banyak da aku letak tapioca flour tu tapi tak pandai keras-keras pun. sebab tu aku tambah tepung gandum sikit :) nasib baek jadik jugak. sedap pulak tu. ecewah ecewah. ketuk pakai senduk kang! :p

simple bukan? esok lusa anda terai lah puleeee. orang-orang kat mesia tak payah ngada-ngada. beli di bazar sudey. tapi kalau mau terai pun yummeh jugak. puas hati maaa. bole makan banyak-banyak. tapi guna ikan segar la okeh?

Smile

tadi rushing gila masak sampai tak sempat iron baju kurung. lepas iftar baru sempat balik rumah dan bersiap sebelum pegi masjid. oh yes, misi aku sepanjang ramadhan (setiap hari) pakai baju kurung pegi masjid sebab baju kurung aku RAMAI!

IMG_4498

olololo~ tomeinye zihan. heeee! jangan marah zihan wakakaka. ok, aku serabai. dengan jerawat banyak lagi. pffft =_=”

menu kami: nasi goreng riby bermodalkan perencah nasi goreng 3 papan HAHAH! + ayam goreng alif! (forever goreng ayam LOL) + telur + kopok lekoq + susu kotak apa entah. sekian. kami semua kenyangggg burp!

esok iftar di rumah nana pulak! yeyey.

 

p/s: aku baru tau. insyaAllah nanti di syurga, kita akan berada dengan orang yang kita pernah kenal di dunia jugak. selama ni aku ingat bila dalam syurga nanti, kita terjumpa orang yang lain secara randomnya. hehe. mungkin dari benua afrika atau dari zaman daineso? rupanya tidak. hehe. hehe. nanti kita jumpa di syorgaaa ya! ha, masa ni lah ungkapan “jumpa lagi” sangat sesuai di ucapkan :) insyaAllah kan? jumpa lagi di sana kan? amin amin amin.


JUMPA LAGI!

Sunday, August 7

craving

mahu yang ini.

egg tarts

dan yang ini..

blueberry cheese tart

mengkali kamu di malaysia limpas-limpas seja tengok egg tart tanpa rasa tergoda pun kan. saya merana tauk. suda terai buat pun, tapi GAGAL muluk =_=”

HELOOOO! syikin. awak baca tak? heeee. nak egg tart please..

 

 

semenjak dua menjak ni, semua yang aku masak - gagal. loser. uhuks.

Tuesday, June 21

gawai & kaamatan celebration. nduk lambat~

tapi ga papa koq, yang penting meriah haha.

sabtu lepas kami celebrate gawai & kaamatan. kenapa sibuk-sibuk mau celeb perayaan ni di sini? sebab kami kan dari IPG batu lintang, kuching. jadi mungkin mau mengekalkan kemeriahan dan aura sarawak tu. tahun lepas pun sambut jugak. hehe.

dua perayaan menuai ni kami celebrate lambat sikit (sepatutnya 31 may & 1 jun kan?) sebab junior ada exam semester ni. so kena tunggu dorang habis lah dulu baru bole happy2 kan? kami tiada exam. sebab itulah cuti kami panjang sampai 5 minggu. jyehhh :P

oh, event kali ni usaha sama junior (cohort 2) dan batch kami sendiri (kami cohort 1). sepatutnya adalah dalam 57 setiap cohort, tapi kali ni nda ramai orang, sebab kan musim cuti, ramai seja yang berjalan pegi bercuti.

keja masak memasak start dari hari jumaat pagi sampai malam. activity merewang tu berpusat di food tech. masak sate + kuah kacang, ayam pansuh (sarawak punya), nasi, kuih seri muka, puteri mandi, dengan rojak buah. semuanya sedap-sedap-sedap.

menarik jugak sebab lama nda bkumpul-kumpul buat keja ramai-ramai sambil nyanyi-nyanyi sambil kacau orang sambil gossip-gossip sambil ketawa-ketawa.

ni sebelah malam hari jumaat, upacara mencucuk sate. semua orang rajin-rajin aku keja kacau orang dan suka hati pegi makan. x berhati tapi berperut!!

tapi sabtu pagi aku rajin siiiiiiiiikit. haha. sikit seja. ehem ehem. tapi datang lambat sebab tengok maharaja lawak dulu (sorry! tehee).. sepah bongok. haaa haaa haaa semputtt~~ haha bongok.

lepas tu balik rumah bsiap-siap-siap sebab event start pukul 12.

ok lepas bsiap, pegi tengok nasi ikut dorang diba & wani.. eee macik-macik betul bila tengok dari belakang.

ngeh. itu dia, pose dari dapur.

antara persembahan pada hari kejadian. eh, dorang ada nyanyi lagu rakyat jugak. lagu sabah sarawak lah. sedap tauk. terus meremang jugelah bulu norma saya. feel doh! terus rasa mau balik sabah. huuuu. serius tak tipu. kalau duduk jauh-jauh cenggini memang semangat patriotik menggelegak semacam. sikit-sikit mau touching. haih~

mestilah jugak ada sesi makan sambil berkepohan. itulah yang buat event seronok. ngeh.

dan lepas tu, bila da siap bergambar-gambar, kena turun kitchen balik sebab kena hadir sesi kemas-mengemas pulak.

okay. itu sejalah laporan ringkas dr beta.

 

 

oleh sebab saya suka gila dengan baju merah ni (baju raya tahun lepas pun padahalnye), saya mau kasi tengok gambar lagi lah! haha

DSC_0004

eceh. pose tangan patah? haha. till then. thanks for readin.

 

 

p/: oh, gambar curik dari cam azman. kawan-kawan, sapa nak bole mintak dari aku nnti ok? :)

Thursday, April 14

orang banyak mulut memang banyak story =_=”

Assalamualaikum! (dengan penuh semangat sambil buat suara pak arab) dan hai-hai untuk semua! =)

aku baru jugaklah update belog ni kan? semalam kalau tak silap. tapi hari ni rasa macam banyak lagi benda yang mau diceritakan. ok xpa. pelan-pelan okeh?

okay, first thing first!

  laserforce + mini golf + bowling!

hari selasa lepas, aku & kawan-kawan pegi redeem voucher yang kitorang beli online. ramai jugak hari tu, dalam 17 orang. aku follow jak masa tu. rasa malas-malas pun ada jugak haha sebab aku plan nak tidur petang tu :P

then, bila sampai sana macam ter-heksaited la pulak. pendekkan cerita, sebab kami sangat ramai, so kitorang bagi dua team. team A & B. yelah, mana bole main laser force tu sampai 17 orang sekali. kalau tempat tu besar ok jugak.

so, team A main bowling > laser force > mini golf. team B pulak main laser force > mini golf > bowling! (aku team A!)

pastu main-main-main-main sampai penat. macam biasa jak pun. cuma yang luar biasanya adalah bola bowling kat situ kecikkkk! besar lagi tapak tangan aku. haha. lucus okehs. taks pernahs jumpas bolas keciks macams tu!

12042011(001)

12042011(007)

12042011(010)

12042011(008)

lane dia pun shomel. macam highway kan? haha

eh jap! jap! korang ada perasaan segan-segan ka time main bowling? macam erm erm. merasakan seluruh alam menyaksikan vuntut korang? ada tak? ada tak? hahaha

 

pastu kitorang main tembak-tembak laser. perasaan aku time tu? erm. PENAT. sebab bila nampak musuh bukan tembak, tapi jerit dulu, pastu lari laju-laju macam kena kejar lembu! wahahaha. ok, aku ketawa bila ingat balik kejadian tu. terkejut ada musuh depan mata, pastu jerit, pastu lari laju2. HAHAHAH! ngek betul =_=”

ok, sebelum habis masa, semua orang da pancit. penat kot lari-lari dan sesat-sesat. haha. tetiba semua orang berkumpul ambil gambar haha. rugi jak. tapi xpa. x larat kot semua orang mau lari-lari lagi hehe.

217089_1527531887654_1815394906_948876_668206_n

ni gambar curik dari fb ateh. sorry x clear! :)

pastu keluar main golf pulak. ni part aku paling loser! hahaha. kena shoot 2-3 kali, aku sampai 10-12 kali try. hahaha. tak boleh kawin dato’ ni :P

tapi tapi tapi. ada satu kali aku terai sekali terus masuk. orang sabah bilang ‘plokshot’ (idk how to spell actually!) atau bahasa rasminya kebetulan. haha!

206224_1527532727675_1815394906_948879_2137877_n

12042011(018)

eceh! tuuuuudia!

12042011(034)

ni la tempat yang aku pukul sekali jak hahaha. berliku-liku kan? hahaha. ok. plokshot oi!

 

oklah. cerita bermain-main tamat di situ.

 

  roti canai

pagi tadi aku terai buat roti canai. un-sangka-rably, bole tahan menjadik jugaklah. tapi nda pandai tebarrr. uwaa! lepas ni aku salutlah mana-mana mamak yang terror tebar roti syanai! yang aku buat x lebar. pastu bila da sampai doh yang terakhir baru ameng ajar aku tebar. x sempat mo practice sebab doh da abis goreng haha.

276439968

  blog kawin-kawin

sorry lah aku asyik tukar template. rimaslah template yang satu tu. haha. hodoh. sidebar aku ada bullet. ei. geram betul. suda try remove masih ada jgk. dan template skrg ni macam haremmm hahahaha. mood kawin-kawin you. just bear with it okey? xo

eh tapi korang perasan tak. pompuan kat header tu dah comel la kan. lelaki tu pun da kacak abislah, tapi seluar dia apahal sebelah hitam sebelah kelabu (pegi scroll up skrg!) :P

 

  kalimah alhamdulilah.

maksudnya segala puji bagi Allah. bila kita melafazkan kalimah tu? selalunya kalau kita bersyukur dan bila kita beroleh sesuatu yang menyenangkan. DAN JUGA, SEMASA MENDAPAT PUJIAN KAN?

tapi kita maksudkan kah apa yang kita sebut?

contoh:

“eeee, pandailah kau ni!”

alhamdulillah” *senyum bangga*

yes, bagus suda tu sebab dia sebut alhamdulillah. tapi dalam hati bangga sama jugak tidak gunalah kalau begitu.

segala pujian hanya untuk Yang Maha Kuasa. kalau kita pandai, itu adalah sebab Allah yang bagi kita jadi pandai. jadi tidak harus itu pujian kita telan dengan rasa bangga. harus mengembalikan pujian itu kepada yang berhak.

peringatan untuk diri ku ini juga :)

 

 

 

 

till then people! ily muchos grande!