Showing posts with label homesick. Show all posts
Showing posts with label homesick. Show all posts

Saturday, May 14

sedih nangis, gembira pun nangis *sebak*

 

banyak benda mau cerita dengan incik belog ni. tapi nda banyak masa free sekarang. kami baru start berperang dengan assignments sedangkan mahasiswa/i di mesia sedang bercuti-cutian sekarang. haiyo. jeles sungguh. macam manalah dorang boleh ada cuti sampai 4 bulan? gemok la tu di rumah! haha (ok, aku dengki)

balik kepada tujuan asal aku blogging hari ni – kejadian air mata di hening pagi jumaat. huh. lemah betul. sikit-sikit nangis.

 

minggu lepas, kami ada 2 tests untuk research method. best paper ni. banyak test, jadi nda banyak assignment. aku prefer test/exam dari essay yang berlambak. sumpah menjengkelkan untuk taip perkataan beribu-ribu banyaknya. kena skema pulak tu. bole muntah2 tauk =(

so, tadi pegi kelas lagi selepas tiga hari ber-practicum. agenda di kelas ialah:

  1. dapat result untuk test 1 (5%)
  2. dapat result untuk test 2 (25%)
  3. sesi soal jawab untuk assignment yang kena hantar isnin depan.

alhamdulillah, segala puji untuk Allah, aku dpt A untuk dua test 1 & 2 di atas tu. terus sebak. sebak gila vavi i tell you. tau sebak kan? macam rasa yang berat gila di dada, rasa mau menangis dan lutut lemah sikit. tehee! ok, lebih kurang begitulah. tapi control lah sebab dalam lecture hall bah. kalau tak control tak pasal-pasal jadi drama sebabak pula nanti.

aku text ayah, bagitau result. hekhek. immediately ayah reply dengan ucapan yang bikin tambah sebak. nah. tidak tertanggung lah air mataku. (lagipun saya homesicklah dua tiga hari ni) huhu.

tapi.. kenapa sebak?

  • sebab aku rindu zaman aku sekolah. zaman aku semangat mau dapat markah bagus-bagus. zaman aku bahagia tiap kali call rumah merepot aku dapat good marks on exams. aku panggil itu zaman kegemilangan aku, walaupun sebenarnya tidaklah berapa gemilang. zaman itu jugak aku tiada rasa kecil, tiada rasa insecure. walaupun ada orang lagi hebat dari aku, tapi aku tiada rasa patah semangat. BUKAN MACAM SEKARANG.

 

  • sebab aku terharu bole score lagi. ok lame kan? heks. bukan bah. selalunya kan buat assignments memanjang. aku mesti tidak score. aku kan loser T___T

 

  • aku sebak, sebab aku stress mungkin? mungkin jugak tu. aku pegi kelas hari ni dengan niat yang nda baek. hoh, sebab aku malas dan stress (mungkin). tapi Allah kasi aku happy pulak. dengan score yang nda seberapa tu hehe. terus aku bersalah sikit. tehee.

 

  • aku sedihlahhhhh. aku rindu mau belajar betul-betul. siyes aku cakap, siapa-siapa pun ditempat aku sekarang ni boleh dapat degree lah! yang penting kau datang kelas, buat assignment, SIAP! lulus. grad. senang betul. tapi sumpah aku tak suka sebab aku tak belajar apa pun. i mean, nda belajar macam aku ‘belajar’ dulu. ingat lagi, walaupun sebulan jak di UIA pj dulu, tiap malam aku bukak buku. susah macam mana pun aku try untuk faham. aku discuss dengan kawan-kawan. aku rasa mcm zaman hi-school jugak masa tu. walaupun kadang-kadang ada rasa malas, aku masih jugak BELAJAR. belajar untuk ilmu. bukan belajar untuk LULUS!

tapi ada kemajuan jugak sekarang ni. so far, tiada lagi menangis call rumah sebab tak mau buat assignments. sem-sem lepas horror kot. sampai ayah ibu pun risau. HAHA. loser betul. tahun ni belum lagi. kalau boleh tak mau lah nangis-nangis lagi call rumah. hehe.. semoga. amin.

 

Hari tu jugak, masa practicum, alif bukak cerita pasal minat dalam profession ni – keguruan. dia cakap aku tak paksa diri untuk try. dia cakap buang masa & rugi untuk aku belajar lagi next time (aku mau ambil second degree). dia cakap baek aku teruskan seja, sebab aku boleh.

the thing is, aku SUDAH masuk 4 tahun dalam course ni. siapa cakap aku tak paksa? siapa cakap aku tak cuba? kalau aku tidak cuba, sudah lama aku quit. tapi yang merasanya aku kan? minat & preferences kita berbeza. aku pun nda tau kenapa sampai sekarang aku masih belum cinta. aku tau, aku boleh jadi cekgu, cekgu yang boleh mengajar. bukan cekgu cikai-cikai. aku rasa aku ada bakat bercakap di depan, aku boleh buat orang paham apa yang aku mau ajar. TAPI aku tiada rasa. tiada keterujaan. kosong dalam perut, eh rasa.

mungkin BELUM ada rasa? heh. mungkin 10 tahun kemudian? mungkin. siapa tahu.

menyesal masuk dalam bidang ni? tidak. aku tahu Allah ada rancangan yang baek untuk aku. sebab dulu pun aku suda niat dalam hati, masa tu, aku sudah enrolled pun dalam asasi engineering di uia. terjamin sudah pun, orang kata.

tapi aku sudah niat, “Kalau aku dapat jugak cikgu tu, di mana kebarangkalian dia hanya 5%, sangat-sangat mustahil untuk aku dapat, maksudnya kalau dapat offer jugak, memang Allah mau tunjuk itu tempat aku, itu rezeki aku. insyaAllah aku pegi”

heh, itu sebenarnya yang bawa aku ke bidang ni. QUIT DR KOS YANG AKU SUKA, TAPI ATAS PILIHAN SENDIRI – whoa. ajaib. kenapa aku boleh buat macam tu dulu?

penyesalan itu tiada, tapi kesakitan itu banyak. tapi.. what’s life without dugaan dan pancaroba kan? tidak challenging lah life kalau semuanya indah.

satu seja yang tidak best. aku nda rasa pun aku budak university. zaman university aku bukan terisi dengan keterujaan menuntut ilmu. nasib baek aku ada kawan-kawan yang best.

 

*thanks mai & diba, for the warm hugs which accidentally made me burst into tears! ily sayangs, you guys make me strong *sebak lagi* hokhok.

 

dahlah. sedihnya bunyik entry ni. aku tutup entry dengan teaser entry akan datang okeh? eceh. hahaha. poyo seja.

“MINI CONDO SAYA”

Smile with tongue out

DSC_3310ini gambar mini condo saya. HAHAHA!

 

 

till then, kesayangans!
oh ya, abang saya pigi baca incik belog, dan komen entry2 yang lepas. aduhlah. kantoi suda ni. semoga parents tidak baca. huahua. bye! xo

Monday, September 20

from kk with love.

call rumah. aku penelefon(??) tegar. call rumah selang sehari mungkin. kalau ada kredit. lately, call rumah pun jarang. banyak sebab. dan bila aku call rumah pulak, selalu sembang dengan si kecik tira. ibu ayah selalu keluar. aiyo. bila call mobile, selalu nda dapat. ibu pulak jenis yang jarang angkat tepon =.=”
tadi. call. cakap dengan ayah. huuuuuu. terus homesick. suara ayah macam rindu gila. walaupun ayah nda cakap, tapi dapat rasa. ayah aku super caring. ayah aku cepat paham aku, cepat tangkap maksud tersirat aku. aku rindu. rindu gila. dan aku tau ibu ayah aku makin terasa kosong sebab iyan pun sudah jauh jauh yang sangat jauh. adoi lahhhh. kesian pulak. masa ni jugak lah aku rasa bersalah sebab aku x belajar bagus-bagus. (tapi ibu ayah aku taw, betapa aku tiada hati dengan semua semua ni, tapi itu bukan alasan untuk aku belajar sambil lewa kan?) *sigh*
lepas tu call, cakap dengan ibu yang lama. aku mengadu aku malu sebab masuk paper sampai TIGA KALI. hahaha. wey! aku bukan gila glamer tahap cipan. hahaha. siyes aku pn malu jugak. rasa macam fasha sanda sudah ni. hahaha cari fofularity murahan cenggitu. damn! tapi tapi. yang dua hari tu, gambar aku dgn hsemates. dan dua2 gambar bukan dari aku. cuma ada gmbar aku. dan stupidosss kenapa la keluar lagi gmbar solo aku. siot. malu ngenggg!
tgh cakap dgn ibu, tira sibuk2 jugak minta perhatian. nak cakap dgn aku lah tu. aku ckp jgk dgn dia.
“kakak masuk paper lagi. malu suda kakak ni”
tira, “kakak. kenapa lain mukak kakak tu? satu muka tidur, satu muka penat”
Hahahahaha. penat okeh layan budak ni.  ibu aku pun pening layan dia yang super active skrg.
cerita panjang lagi dengan ibu. bagi ibu cool sikit, sebab beliau asyik pikir pasal iyan. kesian. huuuu T____T
oh, lepas tu kami mengumpat tira. sebab aku cakap kat ibu aku. ajar la tira membaca. ibu cakap nanti biar cikgu dia ajar. sbb nanti bila dia masuk sekolah dia boring bila dia suda pandai semua benda. ok, aku pelik. tidak setuju. (ada naluri ke-cekgu-an suda kah aku? haha) tapi in a way. betul jugak. ibu aku cakap anak kawan dia macam tu. (nanti aku ulas benda ni dalam entry lain, next time okeh?)
lepas tu, ibu cakap. abang selalu kutuk tira. dia slalu tanya abang bila dia nda faham, atau x tau. dan abang akan kutuk kaw-kaw punya. hakhak!
“tu la. pigi sekolah malas! nda pndai baca”
”baby seja buta huruf dalam rumah ni”
hahahahaha. marah la dia tu.
masa aku & ibu mengumpat tira pasal isu buta huruf ni. dia dengar jgk. sibuk dia tanya.
“sapa bu?” haha. terasa la tu.
ibu cakap, “ada anak orang tu”
“sapa?”
ibu - “ada jiran, ala, yang kak ika tgh cakap ni la”
“sapa?”
hahahahahaha. adoi mulut budak tu. bikin geram!
ibu, “adik, nnti balik sini belikan tira t-shirt nz”
"ok, mmg beli punya”
"warna suruh tira pilih” – ibu
"kak, saya mau pink. eh, eh. kuning la senang. kaccanngg!”
hahahahaha. senget budak ni =.=”







ibu pulak mau apa?
ibu mau anak ibu seja. baliklah dik.
ok. mau balik skrg. bye.

Monday, September 13

air mata biadap (episode 2)

tersebak
esok adik sy fly pegi egypt.
last km jumpa masa dia hantar sy di epot
nanti sy balik dia teda suda di rumah.
nanti dia cuti taun depan pun saya masih di sini.
saya cepat 5 jam dr mesia
dia lambat 5 jam dr mesia
jd beza 10 jam?
kesian ibu saya
sunyi2 suda teda anak2 di rumah
ih falui.
kesedihan saya
T______T

Wednesday, August 18

mau letak title ‘homesick’ tapi nanti nampak tidak cool.

baru 18 hb, tapi entry suda ada dua puluh lima. agagagaga. itu namanya RAKUS. kenapa suda begini neh? berabis pulak mengupdate belog. macam seja belog ni mau lari lari.

oh, saya singgah jumpa encik belog ni sebab mau berjuang. jadi sebelum berjuang mau teriak teriak dulu sini. nda taw kenapa saya nda berfungsi suda nih. sekejap lagi menangis lah ni. menangis seja kerja, cengeng betul ihhh.

bukan saya nda biasa duduk jauh2. dari kecil juga duduk di asrama. tapi mungkin sebab sekarang ni melampau jauh. dan dulu di hostel cuti sekolah ada banyak. setahun 5 kali. pindah maktab pun cuti ikut cuti sekolah. paling lama di hostel 2 bulan, nah, lepas tu balik rumah lagi.

tapi sekarang? homesick yang bulan lepas pun belum sembuh, tambah lagi homesick tambah lagi tambah lagi tambah lagi sampai sesak nafas! mana gua tahan bebbbbb! uhuks.

dear rumah,
mari sini sayang. mari datang jenguk jenguk mama.

sekian.

yang senget,
-nurul-

yang pemalas buat assignment,
-nurul- jugak

yang sedang melemah,
-nurul- lagi

yang menaip di belog laju tapi menaip assignment lambat gila,
-tiada yang lain melainkan nurul-


mari sini felok saya. uhuks.

Wednesday, July 21

a text message.

saya mau kerja. tapi saya takut segan mau pegi cari kerja. saya segan takut bahhh. nda taw apa yang saya takut. saya nda pernah pun macam ni. hari tu mum sy tanya, “boleh kah adik kerja ni?” yakin seja saya jawab boleh.

oh come on! saya boleh buat la semua tu wey. tapi kenapa saya macam ni? =.=”
dari hari isnin hari tu lagi (isnin & selasa kelas saya start pukul 2 ptg) so, pagi tu ingatkan mau pergi cari keja. sampai sekarang pun nda begerak lagi.

mau bah…

saya text ayah saya, saya mengadu. saya takut. ayah saya reply, “x payah kerja, adik pergi sana untuk belajar, bukan kerja”

tiba dunedin hujan. ribut petir.

padahal matahari terik di luar sana. ajaib kan dunia. lagi ajaib bila bilik saya seja kena hujan. deym. macam mana ni?

mau balik, please.