Showing posts with label bff. Show all posts
Showing posts with label bff. Show all posts

Saturday, October 22

birthday surprise!

well hello there! (mcm anwaq hadi) *pause* errr. i dont know where to start. mahu tiba-tiba hyper kah? atau mahu bertenang? haha

ok3, since hyper and I are very synonymous. maka, hyper seja lah kan? tehee!

*baca dengan excited & laju2 tau!* kemarin kan aku ada bagitau aku dan girlfriends mau pegi picnic? ada kan? kat sini. ha, at first, dorang cakap mau pegi picnic kat st.clair tau! mau celebrate birthday aku (6hb) dan birthday yani (18hb) lah sekali ni. mestilah excitedlah kan? lagipun x pernah lagi kitorang pegi keluar ramai-ramai macam ni. oh by the way, st.clair tu ialah beach yang berdekatan.

aku pun bersiap lah. lepas extra class pukul 2 ptg kemarin, ktorang bersiap di rumah masing-masing. dorang cakap nanti dorang fetch kat rumah sebab dorang sewa kereta. ok fine fine. aku pun on jak lah. around 3 petang mcm tu, diba text bagitau dorang da kat depan rumah. bila keluar jak, terkejut gila tengok van besar gila macam ambulans pastu ada ramai gila orang dalam tu!! hahahah gila. then i said, okehhh ini besttttttt gilaaaaa. ah ah this is exciting! *dancing*

aku masih terkejut sebenarnya sebab at first dorang cakap mau naik 2 kereta kecil warna merah, tapi tetiba yang hadir depan rumah aku satu van besar yang macam nak p travelling dua minggu! hoi. gila awesome korang nih!! gilaka tak tkejut! lepas tu~ tetiba tengok ada budak laki dalam tu – joy, arep & alif. heyyy dorang tipu! cakap girls day out! hmph! girls lah sangat!

pastu pulak, joy bukan main lagi buat muka tak bersalah. padahal baru setengah jam sebelum tu dia call cakap dia baru hantar kereta sewa satu kat rumah diba, alif pulak hantar kereta satu lagi kat rumah paah. siap pesan have fun, blah3~ and yes, dia tak pegilah konon~ haha. cis cis. aku pun apasal lah noob gila pegi percaya dorang budak2 ni semua.

ok. cerita seprais2 ni tak habis lagi. mula-mula tu dorang cakap mau p st clair kan? sekali excited lah ni macam ‘jomjomjom!’ sekali tengok pegi arah lain pulak. walaupun aku nda tau sangat jalan di dunny ni, tapi terang-terang dorang drive pegi arah lain. pastu blame GPS. haha! pastu bila aku tanya “kita mau p manaaa?” ada jawab st.clair ada jawab st.kilda. ha! camana tuh? tp jalan tu macam pegi moeraki boulders jak! mai pulak terlepas cakap, ‘ko tidurlah dulu, 2 jam lagi ni perjalanan’. aku macam ‘ha? st clair/st kilda/st whatever bukan dekat je ke??’ pastu semua orang back up mai. ok. white flag. ikut je.

aku pun senyaplah. nanti dorang cakap perasan pulak mau bawak aku pegi moeraki. T__T da sampai dekat2 moeraki tu barulah aku yakin dorang bawak pegi moeraki! AHHHHH happyyyy! sengih sepanjang jalan. itu pun dorang nak cover lagi “oklah. singgah makan jap lah. lapar gila da semua orang ni” hahahaha masih xmo mengaku. comel lah korang!

oh sepatutnya kan, moeraki dan picnic ni dua benda yang berasingan. haha! few days before birthday aku hari tu joy sebok2 tanya aku mau apa kecuali iphone haha! aku xtau aku mau apa. dan tetiba aku ada idea mau menyusahkan dia. since aku x pernah pegi moeraki boulders, aku cakap aku nk pegi. dia cakap weekend kt pegi. sampailah weekend xde pun! dia cakap xde kereta available. fine fine. aku pn ok je la. tapi banyak kali jgk lah aku sindir dia. haha!

pastu pasal picnic pulak, aku ingat nak keluar dgn girlfriends pegi botanic garden je, pastu aku nak masak-masak sikit, nak pegi main gelak-gelak & gossip je pun sebenarnya. dorang pun asyik delay je. rupanya dorang ada plan baekkk punya! hehe. dapat dua benda sekaligus memang syorgaaaa kan? arhhh sayang korang lah!

and yeah, sampailah kitorang kat moeraki boulders! happppyyyy gilaaaaa XD

ni masa on the way pegi moeraki boulders, kitorang singgah kat shag point nak tengok seal :) dah tengok video in my previous entry kan? teheeIMG_4788sampai moeraki! jyeayy. tapi aku tak ambil kat gambar batu bulat2 tu =_=” why nurul whyyy

ni birthday girl yang diraikan jugak! yanie :)
unik kan batu bulat2 ni. macam mana dia bole macam tu ha? *thinking*

317609_10150364377499490_570924489_8057254_1295126454_ncute aye?
310271_10150364377904490_570924489_8057258_1752978282_naku suka gambar ni. batu tu macam telur burung yang baru menetas. ironically, burung tu lagi kecik dari ‘telur’ dia. eheee. pandai yani ambil gmbar!

299278_10150364380514490_570924489_8057282_9850629_n
sebab kitorang sampai dah petang, air dah mula nak pasang. so, kitorang naik pegi makan-makan kat sini pulak.. sesi main gitar dan layan diri dah masa ni haha! ya allah, kalau ingat masa ni, banyaknya ketawa. cramp pipi aku gembira sepanjang hari XD

moerakieceh, artis mana sesat ni? ah ah ah

thanks kesayangans! i love you all muchos grande!!! sumpah i love you

Friday, October 21

mahu tengok seal?

pernah tengok seal? kalau belum pernah mari tengok sini. oh video sangat tidak kemas. ampun tuanku.

sangat tidak larat untuk update cerita pasal aktiviti siang hari tadi. 1.15 am baru kitorang sampai rumah. masih excited ni. sampaikan balik rumah aku terus cakap dengan cermin “i just had a very very great day” hahaha. bila sedar, aku terus rasa diri sangat mongok pegi bercakap dengan cermin =_=”

well, sementara menanti update bahagia aku. bole lah tengok seal dulu. comel bukan? ah. gumuk-gumuk. kalau culik buat bantal peluk pun best nih.

gunite people! atiqah is going to sleep with a very big smile on her face tonight.

oh, there’s some unpleasant things happened as well. but i don’t give a damn. it’ll just spoil the happy mood. (hey, kau tidak berjayalah buat emosi aku terganggu. macam taik gigi je problema tu ah ah ah)

bye people. and to my loved ones, zillion thanks for making my day.

 

me: arghhhhh awesome!! awesome kan?
mai: kita kot~ mestilah awesome!

ha ha ha. i love you people! (you know who you are)

 

 

*ini sepatutnya entry pukul 2 pagi tadi. tapi video lambat process. baru publish lah haha

Monday, April 4

salah satu cerita classic untuk masa depan

HAHA. sebelum tu, entry ni aku tulis lepas aku tengok housemate aku emo. LOL.

housemate = emo sikit. aku = tak pernah tak emo.

 

well, korang faham lah aku kan. dari cara aku menulis pun korang boleh tau aku ni unpredictable. kejap hyper tak hengat, kejap lagi down gila kentang. even mak bapak aku pun cakap aku ni unpredictable. yang kadang-kadang dorang tak expect aku buat, aku boleh buat. tapi bila dorang mengharap sepenuh jiwa kat aku, aku bole fail pulak. contohnya SPM. hehe. dan memang itu pun kali pertama aku dengar bapak aku label aku unpredictable.

 

anyways, balik kepada aku dan housemate. housemate aku sekarang ni ada sorang jak pun. ameng nama dia. eh? korang da tau kan? heee. dulu aku ada 4 orang housemates. aku tak tinggal dengan dorang lagi tahun ni bukan sebab kitorang ada conflict pun, aku saja nak tukar angin. aku harap x adalah mana-mana pihak yang nak amek hati. heee. tapi kadang-kadang aku tak faham, mak aku yang serius lebih. asyik tanya aku kenapa aku pindah rumah? gaduh dengan dorang wani, diba bla3.. LOL. tiap kali call mak aku mesti pesan, “jangan jahat2 dengan kawan ok? jangan suka merajuk dengan kawan ok?” ataupun bila aku x keluar sekali dengan gadis2 ku, mesti mak aku cakap aku gaduh. pastu bila dia cakap dengan wani atau diba atau kawan-kawan yang lain, mesti tanya “ok ka dia? nda jahat? kamu layan seja la dia ah~” oh please mom. saya budak baeklah. mana ada main gaduh2 dengan kawan. tengok dorang ni ha. semua sehat-sehat belaka. haha

 

**********

 

tadi, aku tidur. lama gila. atiqahruhaizad memang synonymous with tidur petang lah kan~ pastu kalau aku bangun, aku terus hyper. z pernah cakap, aku ni cepat ‘restart’. orang bangun-bangun tidur mesti carik mood nak bcakap dulu, aku tak. bangun-bangun terus hyper buat lawak dan membebel. bila aku bangun tadi, aku tengok housemate aku tengah rajin buat homework poetry. padahal kan, aku yang ajak dia buat homework lepas kelas tadi. tapi aku pegi tidur. lepas aku semayang asar yang dah memang lambat, kitorang sembang-sembang macam biasa. tetiba aku pegi sambung baca belog awek chuck taylor tu. lepas aku da terbang ke dunia blogging, aku perasan housemate da siap2 kemas barang dia. pegi katil. tarik selimut sampai tutup muka. selubung abis. aik? tetiba je kan? dia memang tido atau tengah emo ni? aku sound sekali dua. tak respon. ok, tidur kot? tak mungkin. baru kejap tadi aku tengok dia. tapi memang tak gerak langsung ni? sah. emo.

 

macam mana aku boleh buat kesimpulan bahawasanya dia emo dengan membuta tuli macam tu? sebab aku pun macam tu! huahuahuaa! kamonlah. sila rujuk balik rumus kat atas yang berwarna merah tu. i lagi pro man! haha. bila aku tetiba hyper dan hormon sedih aku terembes, aku naik katil, nangis2 sampai tidur. tapi nangis kena silent beb. yelah kan sekarang dah kongsi bilik. malu kot kalau housemate tetiba dengar ada bunyi orang tarik2 hingus. LOL. kalau kebetulan ada handkerchief kat atas tilam lagilah berjaya tangisan dalam diam kau tu. tak payah nak sedut2 hingus. HAHA. yuck yuck.

 

**********

 

dulu kan, masa aku tinggal sorang di dalam sebuah bilik yang boleh tahan keluasannya, handkerchief merah memang wajib dekat aku. tulah kawan aku haha. time tu memang kalau tengah down ke, sedih ke, memang nanes tak hengat. yelah, xda orang lain pun dalam bilik. sekarang ni kena control. ingat lagi masa mula-mula pindah rumah baru ni. satu benda yang x best kitorang dua orang discover ialah ‘kurang privacy’. bukan sebab apa! bukan sebab tak pandai share bilik dengan orang, dan bukan sebab kurang interpersonal skill LOL. tapi sebab kurang privacy untuk kentut merata! wahahahahah. lemah betol. kalau dulu masa duduk sorang-sorang, lantaklah mau kentut macam mana sekali pun. sekarang ni kalau TER-kentut jugak. memang kau marathon terus cari air freshner perisa lemon. sembur sampai kau perasan kentut kau bau wangi lemon gitew! ahaks! sorry entry busuk sikit. tapi biarlah. hahahaha!

 

wey korang. kalau housemate emo nak buat apa ek? biarkan dia layan blues atau nak comfort? nak comfort macam mana? cakap apa kat dia? aku tak pandailah. kalau merajuk-merajuk ni aku terror lah. hehe. kalau skill merajuk aku 6 level higher than you people. wah gitu! haha. kalau part pujuk pompuan aku x reti. tapi kalau pujuk bf, tipulah dia tak cair. wakakakaka. thuik!

 

kalau aku ngan ameng, bila aku emo, dia tanya akan tanya aku ok tak? aku sedaya upaya buat suara cool dan macho terus cakap “ok!” tapi air mata mengalir deras. osseehh. maxure jugak aku tak tunjuk muka. buat2 macam malas nak toleh. hehe. standardlah kan? kalau ameng emo, aku tanya. DIA TAK BUNYIK LANGSUNG BEB! hahahahahaha. adalah yang dia rindu tu. wooops. esok dia baca ni kena sepaklah aku :p

 

dan hari tu kan. lepas dari gembira-gembira celebrate birthday wani, aku down sebenarnya. sebab aku sedar, aku macam ada satu penyakit baru. pernah dengar artis nyanyi lirik dia lebih kurang macam ni “di dalam keramaian aku masih merasa sepi”. pernah? kalau tak pernah dengar sini. ok, macam tu lah aku rasa. rasa tetiba lost, padahal keadaan sekitar sangat meriah gila. macam bila happy-happy aku teringat the loved one lah kan? maka terus jadi sedih sikit. sebab tu, lepas balik dari celebration birthday wani (jumaat) aku terus down dan berkurung kat rumah tak bersosial sepanjang hujung minggu. aku malas nak bergembira, sebab… yeah, malas nak happy sangat, sebab akan sedih tiba2. pathetic sungguh kisah hidup macam ni, aite?

 

ok. sambung balik part balik dari celebration tu. otw balik, aku dengan ameng kurang bersuara. masing-masing layan blues. aku sikit lagi nak nangis sebab tersedih. tapi control lah kan. takkan nak melalak tengah jalan. tetiba bila sampai part tepi sungai leith, di bawah laluan bawah pokok yang berdaun kuning tu, ameng menjiwang dengan aku tak pasal-pasal.

 

“thanks by” (by tu riby, bukan baby okeh! jangan tuduh aku gay)

apasal?”

“sebab buat hidup ameng bahagia.”

erk? aku stop berjalan. tersentuh sebenarnya. pastu ameng gelak-gelak. tapi aku tengok dia serius. kan aku tengah tahan air mata yang bertakung. tetiba macam nak meletus time tu jugak. tempat da ngam, memang stok-stok syahdu punya scene. bawah pokok, angin kuat, tepi sungai, pehhh! ok, kitorang teruskan perjalan lepas beberapa saat melalui aukward awkward <--- eh, xda garis merah meaning spelling tu betul lah. blurr mcm mana nak spell okwerd. LOL moment tu.

 

ok, bila da teruskan perjalanan. ameng menjiwang lagi. peh. dia sambung cakap lagi. tapi biarlah rahsia. hehe. terus kitorang balik rumah dan aku terus cari katil. zzzZ.

 

 

dalam minggu lepas, itu kali kedua orang cakap thanks kat aku dengan tak semena-mena (aku suka betul perkataan semena-mena ni macam tsamina2 eh eh waka2 eh eh!)

 

 

hari tu ada sorang lagi. kawan jugaklah. tetiba aku duduk sebelah dia dalam kelas. dia cakap thanks.

aku tanya apahal. dia cakap sebab aku mcm stand for her. alah, not really stand for her pun. aku just cakap pandangan aku beberapa hari sebelum tu. dia anggap aku mcm rihanna pulak (you can stand under my um-be-rella-ella-eh-eh)

 

tapi. dua-dua thanks tu buat aku terharu. gila kau tak haru haha! aku ni brutal2 jugak (gila poyo statement), tapi bila part syahdu2 ni aku lemah lahahahahaha. oh, untuk kwn2 yang sentiasa menceriakan hari aku. terima kaseh. sungguh haru ada kawan macam kamu. *lap air mata* wahahaha. tak pasal-pasal emo. housemate punya pasal la ni =_=”

 

 

dan. hey. sometimes, kata-kata appreciation mcm gitu lah yang buat aku kuat. dan rasa diperlukan lagi. LOL. poyo nak mampus.

 

 

 

 

 

p/s: tolong baca dengan rasa nak gelak, tapi menyedut intipati ayat dengan dalam sekali hingga menusuk kalbu!

p/s/s: see, ameng tak tido pun sebenarnya. dia dah bangun baca novel & main hp dengan tak semena-mena eh eh, waka waka eh eh! :p

 

 

 

loves,

atiqah, riby, tqa, tiq, sayang <----ossseehhhh! hahah. bye lah.

Friday, December 3

populasi kota kinabalu bertambah.

populasi bertambah, jalan raya & pusat membeli belah semakin sesak, suhu meningkat, dan METER HAPPY BERTAMBAH.

ok. fakta palsu. eh, bukan palsu. TIDAK scientific. (huah! dramatic enough x?). HAHA!

assalamualaikum :)

sebenarnya dua kesayangans datang suda tiba di kota kinabalu. sorang dari tawau. sorang dari penang. hoyeah! ain & ein. tiga makciks (including me) yang selama ni berkomunikasi via facebook dan cell phones akhirnya bertemu muka. *hugs*

ain sampai hari rabu lagi. dan, kami sempat keluar semalam. gila penat hokey! mck sorang tu senget =.=” kaki aku sudah mau tercabut, macambarubalikdaripertandinganmerentasdesa! uwaaaa =(

haihs. sekarang suda tua. mau jalan jauh2 pun x larat. dulu masa bujang-bujang, jalan kaki dari CP pegi Wisma Merdeka pun hebat dan juara! ajaib! sekarang kalau tengok CP dan tengok WM, mesti terkagum sendiri macam mana boleh jalan jauh2 begitu. lagi hebat, sambil kaki berjalan, mulut pun berjalan jugak. sapa juara SILA KIRA BERAPA KILOWATT TENAGA YG DIGUNAKAN. hahahaha.

balik dari 1Borneo, ain & kroni nya hantar aku pegi airport untuk fetch ein pulak. abang aku ambil aku & ein kat epot.

TIBA-TIBA!

aku lapar.
ajak abang pegi makan dulu. teheee! ajak dia makan lukluk lagi. tapi dia mau jumpa kawan d Jesselton Point. OMG! OMG! <---- kenapa OMG??

sebab ada yang perlu dielakkan di sana. hoho.

yeah. disebabkan jodoh aku macam incredible hulk (kuatlah maksudnye ye!), aku berselisih dengan orang paling macho di dunia! (macho sebab dia pakai shirt otago. hahahahahaha).

ok. habis cerita panjang.  bye! :):):):):)






p/s: wani, diba, mai, kak tia, nas, yani, amenggggg. sy rindu lah. rindu mau mengadu2. rindu mau ketawa2. rindu mau main geletek2. rindu mau main gedik2. rindu mau berangan2 =.=”

T____T

p/s/s: mau kawen. (alamak! sy baru ingat kedapatan suda oleh adik sy yg perempuan tu sy ada belog. matilah kedapatan lagi mau kawen nih =.=”)