Wednesday, September 29

entah aku tulis untuk siapa

aku pndai menangis tiba-tiba.

entah kenapa. eh, bukan entah. aku mungkin tau apa sebabnya.

air mata pandai mengalir sendiri.

aku nda boleh duduk diam dalam bilik sorang-sorang.

tapi aku tiada mood mau bergembira dengan orang lain.

aku mahu apa?

dipeluk aku bila aku nangis.

dipegang tgnku kalau air mata mengalir tiba-tiba.

ada orang dengar bebelan ku. bukan mahu penyelesaian. sekadar tumpang mendengar.

tapi aku tau aku tiada siapa2.

aku boleh jadi kuat, bila orang-orang kesayangan aku ada masalah.

sampaikan aku boleh penasihat dan penenang ibu.

tapi bila aku ada masalah, aku jadi lemah-selemahnya.

hati aku tidak tenang. aku fikir yang bukan-bukan.

sampai tidak boleh tidur. makan pun tidak teratur.

bila melintas di jalan raya, aku kadang-kadang berharap kereta langgar aku. *astagfirullahalazim*

sekarang. aku mau lari.

entah ke mana pun aku tidak tau.

mungkin “ku lari ke hutan… kemudian…” itu macam dian sastrowardoyo. heh

*eh, aku senyum sendiri lepas menaip ayat dia atas*

senyuman pertama yang ikhlas untuk hari ini? :)

cukup sabar kah aku untuk bertahan lebih kurang limapuluhharilagi?

kalau aku bersabar, berbaloi kah semuanya?

nanti jadi macam ‘hari tu’ lagi…

kenapa bah ni? T_____T




kegembiraan pegi mana? jangan lah jahat2 dengan aku :’(
aku rasa tidak cool macam ni.

No comments: