Sunday, September 19

how lehhh?

separuh jiwaku pergi mahu membesar. jadi si gadis yang matang dan berkaliber. penuh jitu, serius dan berdisiplin.tapi separuh lagi. masih tertarik dengan kekiutan benda dalam alam kanak-kanak. masih suka dengan barang-barang orang tidak dewasa.


itu yang terdetik sekejap tadi. beberapa minit sebelum aku buat entry ini. ada lagi satu isu dalaman yang sering memaksa aku berada dalam dilema.


separuh hatiku mahu jadi insan yang ‘baru’ dan pendiam. tapi separuh lagi mahu stay, menjadi yang tidak kisah apa kata orang. masih mahu menjadi diri sendiri.


mungkin orang lihat. menjadi aku, indah semua. punya aura yang kadang-kadang boleh mengukir senyum insan yang berduka. boleh menghibur hati yang lara. boleh kata, badut tidak bergaji. heh. sungguh. aku pun gembira bila orang cakap aku buat dorang gembira. kamu tahu? aura itu datang dari kamu.
tapi… kadang-kadang aku berharap aku punyai mulut yang singular. tidak banyak macam murai.






siapa ada tonik untuk berubah sekelip mata? kalaulah perubahan itu boleh memakan masa yang singkat kan? eh, jangan cakap kalau. Allah tidak suka, bukan?
p/s: untuk yang selalu menggembirakan aku. terima kasih kawan. terima kasih ribu-ribu lemon.



entah apa yang buat merepek begini. bye.

No comments: