Sunday, September 5

pernah daki gunung kinabalu?

buat essay pun susah begitu.

kalau berhenti, tertinggal di tengah jalan.

patah balik terlalu jauh

untuk maju kehadapan terlalu tinggi

sampaikan kaki mu boleh cramp,

atau juga muntah di Gunting Lagadan.



tapi,

mendaki Gunung Kinabalu lagi berbaloi-baloi

sebab bila kau sampai dipuncak, mungkin kentut mu bisa jadi kentut yang tertingi di asia tenggara

atau airmata mu bisa jadi airmata yang tertinggi di asia tenggara.

atau apa-apa sajalah. yang penting perasaan nya mengujakan.

lain pula dengan essay.

dia tidak berbaloi-baloi dan tidak bermakna

sebab kau tidak suka. sebab kau memang tidak pernah cinta.

ya. bukan essay yang tidak bermakna. cara kau melihat dia yang baut dia tidak bermakna.

mahu salahkan aku? silakan.

tapi aku tetap tidak mahu suka, tidak mahu cinta.

No comments: