selepas beberapa entry emo ala-ala drama air mata, mari kita update pasal raya. post title pun suda gempak semacam tu. kali ni insyaAllah entry ber-genre riang ria.
1. malam raya
berbuka puasa untuk hari terakhir bersama housemates dan menunggu pengumuman hari raya. puasa hari tu kitorang start lambat. tapi raya pulak, sama dengan mesia, 10hb September. so, kitorang posa 29 hari (jika penuh).dan saya buat pertama kali nya pegi bertakbir raya. hoho. weyyyy tipu lah TIDAK sebak. tapi control macho la sikit. ramai orang. ahaks. masa takbir tu ada yg sroottt srottt. huuuuu. lalu aku cuba tidak memandang sekeliling. dan berjaya :P
balik rumah, yani sibuk masak rendang. diba & wani sibuk buat biskut raya, aku & nas buat video raya. oh, terlupa, keesokan harinya (jumaat) aku ada kelas pukul 8 pagi. jadi konon malam tu aku masuk bilik awal. online, xda orang pun online. semua sibuk buat persiapan raya kot. call ibu, sayu~ fehhhh. air mata mencurah2 ke ladang gandum. nenek plak, sampai nda bersuara. ok. kesimpulannya sedih melampau sampai 5 pagi baru tidur. dan kelas 8 pagi sampai 3 ptg keesokannya.
2. pagi raya.
bangun lambat, pegi kelas. otw jumpa budak2 lelaki balik dari sembahyang raya. aku lambaikan saja la. well, friendly kan~ ahaks.
ariff lari2 comel ke arah ku. ku tepis manja (WAHAHAH!) mata bengkak weyyyy! hahaha. masuk kelas, masa cepat berjalan. lepas kelas maths, pegi kelas english. masa cepat berjalan jugak. best. haha. x lah sedih mana pun, pegi kelas di pagi raya.
lapar, dlm otak aku, balik nnti makan & tidur kejap, sebelum kelas pukul 1 ptg tu. tapi sampai rumah, senior2 dah datang bertandang. aku dengan x berbaju kurung, x nampak mcm celebrate raya pun~ hoho. semakin ramai tetamu datang, aku plak pegi kelas. oh, x bermaaf-maafan pun dgn housemates, semua busy. aku try jugak main salam2 dgn dibah. denjeres i tell you~~ nasib baek i tak mekap lagi.
*****
da panjang sgt la wey, aku stop dulu. ahhaha. nanti esok2 kita sambung okeh! ala chill la. raya sebulan. tak lari kemana pun aku. wakakak! bye. muahhh! =))
*****
xoxo. selamat hari raya




No comments:
Post a Comment