tidak tahulah kalau kamu ada penyakit begini.
otak fokus 200% dan sungguh cemerlang membaca buku dan membuat tugasan.
dalam sekelip mata, otak mula berlari-lari anak.
badan seperti mahu melompat dan menari
otak merancang, "mari melompat-lompat sekejap kemudian ayuh duduk semula serta merta untuk sambung kerja"
aku ada.
bila otak dan badan aku berhormon begitu. aku dapat mengawal mereka daripada bertindak liar. maksud ku, dari membuat kegiatan fizikal.
tapi tapi tapi. aku kira aku menang.
rupanya, sekelip mata juga aku tersedar aku sedang berada di blogger. atau tumblr. atau ym.
mana pergi fokus yang 200% itu?
mungkin sebab aku baca, aku faham. kemudian aku akan fikir apa yang aku mau tulis apa dalam esei.
nah~ bila aku mula berfikir, fikiran mula terpesong. atau mungkin juga, aku jadi resah, tidak senang duduk. sebab memikirkan macam mana mahu menggabung beribu-ribu perkataan menjadi satu esei yang semoganya berjaya menjawab soalan. hoh.
berfikir semua benda dalam satu masa. susah.
tapi itulah fungsi otak. berfikir. jangan kau banyak songeh sana wahai otak.
Tuesday, September 21
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




No comments:
Post a Comment