Wednesday, November 9
queenstown: betul-betul girls day out
Monday, April 4
salah satu cerita classic untuk masa depan
HAHA. sebelum tu, entry ni aku tulis lepas aku tengok housemate aku emo. LOL.
housemate = emo sikit. aku = tak pernah tak emo.
well, korang faham lah aku kan. dari cara aku menulis pun korang boleh tau aku ni unpredictable. kejap hyper tak hengat, kejap lagi down gila kentang. even mak bapak aku pun cakap aku ni unpredictable. yang kadang-kadang dorang tak expect aku buat, aku boleh buat. tapi bila dorang mengharap sepenuh jiwa kat aku, aku bole fail pulak. contohnya SPM. hehe. dan memang itu pun kali pertama aku dengar bapak aku label aku unpredictable.
anyways, balik kepada aku dan housemate. housemate aku sekarang ni ada sorang jak pun. ameng nama dia. eh? korang da tau kan? heee. dulu aku ada 4 orang housemates. aku tak tinggal dengan dorang lagi tahun ni bukan sebab kitorang ada conflict pun, aku saja nak tukar angin. aku harap x adalah mana-mana pihak yang nak amek hati. heee. tapi kadang-kadang aku tak faham, mak aku yang serius lebih. asyik tanya aku kenapa aku pindah rumah? gaduh dengan dorang wani, diba bla3.. LOL. tiap kali call mak aku mesti pesan, “jangan jahat2 dengan kawan ok? jangan suka merajuk dengan kawan ok?” ataupun bila aku x keluar sekali dengan gadis2 ku, mesti mak aku cakap aku gaduh. pastu bila dia cakap dengan wani atau diba atau kawan-kawan yang lain, mesti tanya “ok ka dia? nda jahat? kamu layan seja la dia ah~” oh please mom. saya budak baeklah. mana ada main gaduh2 dengan kawan. tengok dorang ni ha. semua sehat-sehat belaka. haha
**********
tadi, aku tidur. lama gila. atiqahruhaizad memang synonymous with tidur petang lah kan~ pastu kalau aku bangun, aku terus hyper. z pernah cakap, aku ni cepat ‘restart’. orang bangun-bangun tidur mesti carik mood nak bcakap dulu, aku tak. bangun-bangun terus hyper buat lawak dan membebel. bila aku bangun tadi, aku tengok housemate aku tengah rajin buat homework poetry. padahal kan, aku yang ajak dia buat homework lepas kelas tadi. tapi aku pegi tidur. lepas aku semayang asar yang dah memang lambat, kitorang sembang-sembang macam biasa. tetiba aku pegi sambung baca belog awek chuck taylor tu. lepas aku da terbang ke dunia blogging, aku perasan housemate da siap2 kemas barang dia. pegi katil. tarik selimut sampai tutup muka. selubung abis. aik? tetiba je kan? dia memang tido atau tengah emo ni? aku sound sekali dua. tak respon. ok, tidur kot? tak mungkin. baru kejap tadi aku tengok dia. tapi memang tak gerak langsung ni? sah. emo.
macam mana aku boleh buat kesimpulan bahawasanya dia emo dengan membuta tuli macam tu? sebab aku pun macam tu! huahuahuaa! kamonlah. sila rujuk balik rumus kat atas yang berwarna merah tu. i lagi pro man! haha. bila aku tetiba hyper dan hormon sedih aku terembes, aku naik katil, nangis2 sampai tidur. tapi nangis kena silent beb. yelah kan sekarang dah kongsi bilik. malu kot kalau housemate tetiba dengar ada bunyi orang tarik2 hingus. LOL. kalau kebetulan ada handkerchief kat atas tilam lagilah berjaya tangisan dalam diam kau tu. tak payah nak sedut2 hingus. HAHA. yuck yuck.
**********
dulu kan, masa aku tinggal sorang di dalam sebuah bilik yang boleh tahan keluasannya, handkerchief merah memang wajib dekat aku. tulah kawan aku haha. time tu memang kalau tengah down ke, sedih ke, memang nanes tak hengat. yelah, xda orang lain pun dalam bilik. sekarang ni kena control. ingat lagi masa mula-mula pindah rumah baru ni. satu benda yang x best kitorang dua orang discover ialah ‘kurang privacy’. bukan sebab apa! bukan sebab tak pandai share bilik dengan orang, dan bukan sebab kurang interpersonal skill LOL. tapi sebab kurang privacy untuk kentut merata! wahahahahah. lemah betol. kalau dulu masa duduk sorang-sorang, lantaklah mau kentut macam mana sekali pun. sekarang ni kalau TER-kentut jugak. memang kau marathon terus cari air freshner perisa lemon. sembur sampai kau perasan kentut kau bau wangi lemon gitew! ahaks! sorry entry busuk sikit. tapi biarlah. hahahaha!
wey korang. kalau housemate emo nak buat apa ek? biarkan dia layan blues atau nak comfort? nak comfort macam mana? cakap apa kat dia? aku tak pandailah. kalau merajuk-merajuk ni aku terror lah. hehe. kalau skill merajuk aku 6 level higher than you people. wah gitu! haha. kalau part pujuk pompuan aku x reti. tapi kalau pujuk bf, tipulah dia tak cair. wakakakaka. thuik!
kalau aku ngan ameng, bila aku emo, dia tanya akan tanya aku ok tak? aku sedaya upaya buat suara cool dan macho terus cakap “ok!” tapi air mata mengalir deras. osseehh. maxure jugak aku tak tunjuk muka. buat2 macam malas nak toleh. hehe. standardlah kan? kalau ameng emo, aku tanya. DIA TAK BUNYIK LANGSUNG BEB! hahahahahaha. adalah yang dia rindu tu. wooops. esok dia baca ni kena sepaklah aku :p
dan hari tu kan. lepas dari gembira-gembira celebrate birthday wani, aku down sebenarnya. sebab aku sedar, aku macam ada satu penyakit baru. pernah dengar artis nyanyi lirik dia lebih kurang macam ni “di dalam keramaian aku masih merasa sepi”. pernah? kalau tak pernah dengar sini. ok, macam tu lah aku rasa. rasa tetiba lost, padahal keadaan sekitar sangat meriah gila. macam bila happy-happy aku teringat the loved one lah kan? maka terus jadi sedih sikit. sebab tu, lepas balik dari celebration birthday wani (jumaat) aku terus down dan berkurung kat rumah tak bersosial sepanjang hujung minggu. aku malas nak bergembira, sebab… yeah, malas nak happy sangat, sebab akan sedih tiba2. pathetic sungguh kisah hidup macam ni, aite?
ok. sambung balik part balik dari celebration tu. otw balik, aku dengan ameng kurang bersuara. masing-masing layan blues. aku sikit lagi nak nangis sebab tersedih. tapi control lah kan. takkan nak melalak tengah jalan. tetiba bila sampai part tepi sungai leith, di bawah laluan bawah pokok yang berdaun kuning tu, ameng menjiwang dengan aku tak pasal-pasal.
“thanks by” (by tu riby, bukan baby okeh! jangan tuduh aku gay)
“apasal?”
“sebab buat hidup ameng bahagia.”
erk? aku stop berjalan. tersentuh sebenarnya. pastu ameng gelak-gelak. tapi aku tengok dia serius. kan aku tengah tahan air mata yang bertakung. tetiba macam nak meletus time tu jugak. tempat da ngam, memang stok-stok syahdu punya scene. bawah pokok, angin kuat, tepi sungai, pehhh! ok, kitorang teruskan perjalan lepas beberapa saat melalui aukward awkward <--- eh, xda garis merah meaning spelling tu betul lah. blurr mcm mana nak spell okwerd. LOL moment tu.
ok, bila da teruskan perjalanan. ameng menjiwang lagi. peh. dia sambung cakap lagi. tapi biarlah rahsia. hehe. terus kitorang balik rumah dan aku terus cari katil. zzzZ.
dalam minggu lepas, itu kali kedua orang cakap thanks kat aku dengan tak semena-mena (aku suka betul perkataan semena-mena ni macam tsamina2 eh eh waka2 eh eh!)
hari tu ada sorang lagi. kawan jugaklah. tetiba aku duduk sebelah dia dalam kelas. dia cakap thanks.
aku tanya apahal. dia cakap sebab aku mcm stand for her. alah, not really stand for her pun. aku just cakap pandangan aku beberapa hari sebelum tu. dia anggap aku mcm rihanna pulak (you can stand under my um-be-rella-ella-eh-eh)
tapi. dua-dua thanks tu buat aku terharu. gila kau tak haru haha! aku ni brutal2 jugak (gila poyo statement), tapi bila part syahdu2 ni aku lemah lahahahahaha. oh, untuk kwn2 yang sentiasa menceriakan hari aku. terima kaseh. sungguh haru ada kawan macam kamu. *lap air mata* wahahaha. tak pasal-pasal emo. housemate punya pasal la ni =_=”
dan. hey. sometimes, kata-kata appreciation mcm gitu lah yang buat aku kuat. dan rasa diperlukan lagi. LOL. poyo nak mampus.
p/s: tolong baca dengan rasa nak gelak, tapi menyedut intipati ayat dengan dalam sekali hingga menusuk kalbu!
p/s/s: see, ameng tak tido pun sebenarnya. dia dah bangun baca novel & main hp dengan tak semena-mena eh eh, waka waka eh eh! :p
loves,
atiqah, riby, tqa, tiq, sayang <----ossseehhhh! hahah. bye lah.
Wednesday, March 30
that feeling…when you’re excited to wear the new outfit you just bought…
HAHA. ok, title suda menunjukkan sedikit excitement bukan? hekhek
tadi aku berkelas sampai tengahari sahaja. which means, sebelah petang adalah percuma (free :p)
ameng (cik housemate) mengajak ke town (town yang kecik seja, hanya ada satu main street dan kedai yang SEDIKIT. tapi awas! kau bisa tershopping berabis juge! heran betul).
tujuan utama ameng tadi adalah membeli cell phone sebijik, saya pulak mahu membeli ink printer dan kami akan singgah di New World, HANYA UNTUK BELI 3 BARANG RUMAH yakni detergent, mr.muscle dan minyak masak. hehe
TAPI we ended up buying tonnes of unnecessary things!
bila masuk Kmart, kami terserempak aunt gladys (supervisor terbaekkk yang suka menghasut kami untuk beli baju yang memang selalu terbaekkk! aunt gladys ni orang mesia). aku say hi dengan aunty dia terus suh aku tengok cardingan yang $5 =_=” nasib baek aku lari cepat2! HAHAHA.
sedikit malang untuk ameng, sebab terhasut membeli beberapa helai syeluar. wahahahaha. tapi siok okeh! semua cantek-cantek dan murah-murah. seronotnya tengok dia memborong! aunty memang terbaek =_=”
aku sempat gerabbb pyjama. pyjama idaman dari sem lepas-lepas. haha. dan dua bijik scarfs, dan baking utensils warna merah (barang merepek sungguh). keluar dari Kmart, kami pegi beli phone ameng. seterusnya singgah di DIVA. sempat gerabbb xcessory wanita. uiseh =_=” (nang diva la kitak ow?!) later i pose2 untuk kasik tengok you all k? haks. gedik ;p
oh, pegi kedai jam jugak sebab saya tukar tali jam. sangat tidak mahu tukar sebenarnya, tapi sangat nazak suda pun keadaan dia, sikit lagi mau putus. nanti tiba-tiba dia putus di tengah jalan, pastu jatuh berkecai macam mana? sapa mau tanggung? kau? ha! jawab. *bongok tetiba emo*
sempat duplicate kunci rumah jugak :)
nda best lah pakai jam dengan tali baru, keras. tak suka T___T
perjalanan tak berhenti di situ ya kawan-kawan. sambung lagi pegi kedai menjahit. oh aku pernah bagitau meh aku menjahit? haha. dan aku beli sewing machine hari tu. LOL. lepas ni sapa mau jahit langsir bole hantar tempat aku. masuk kedai menjahit tu pun menerujakan jugak, tapi nda beli apa-apa sebab masih noob dalam bidang jahit-menjahit. kisah menjahit kita cerita bulan depan lah haha.
dan seterusnya baru pegi New World. ini memang betul-betul beli 3 bijik barang rumah seja. ok, bagus. jangan membazir. tapi lepas pegi situ, pegi stationary warehouse pule! beli ink (ok, ngamlah tu, student kan, mesti banyak mau print-print). bagus, wise! tapi yang tidak bagusnya, spend jugak $30 untuk benda lain. gila. again, beli benda merepek. kertas hiasan-hiasan apa entah =_=” (tapicanteksayasukaaaahahaha)
keluar shopping yang tidak dirancang adalah menyedihkan okeh. masa pilih2 barang tu memanglah perasaan kau paling berkobar! lepas seja swipe card, kau tiba-tiba mengalami kemurungan. dan kemurungan berterusan sepanjang perjalanan balik ke rumah. ha, mulalah mengira-ngira duit. syaitonirojim pun sudah bersorak gembira. omaigod. macam mana aku boleh tewas dgn nafsu. sedihnya duit abes T__T
tapi bila sampai rumah, cepat-cepat koyak (koyak, lebih dramatik rite?) segala plastic bag sebab mau tengok barang apa yang dibeli tadi, dan cepat-cepat mau pakai baju/kasut/beg dan bergaya depan cermin! mana pergi rasa sedih?? ajaibnya.
balik rumah terus pakai pyjama baru siang-siang sampai malam sampai pagi dan ulang sampai satu minggu! wahahaha. sakkai punya pasal. biarrr! :p
shomel ah pagi-pagi bangun stretching dengan pyjama baru! lagi best bila bangun2 ada laki kat sebelah. wahahaha!
sebelah malam tengok movie, kononnya bagi reward kat diri sendiri sebab da siap discuss research proposal. wah gitu! ;)
till then. thanks for readin. have a nice day people ;)
Wednesday, September 29
encik saya, encik & saya.
desktop background snapshot webcam aku dan encik kacak-luar-kacak-dalam. rindu.
ok. itu seja. bye.
encik kacak-luar-kacak-dalam suda tidak syg aku. uhuks. ok. tarik balik kacak-luar-kacak-dalam. sudah tidak ngam sama dia.
ok. bye.
mau skype!!!!!! *ngs*
bye.
dengar lagu ni. tgk lirik. chomel. walaupun intro macam lagu tamil =.=”
oi. faham ka orang rindu. tumbuk perut baru taw.
betul2byesudani. bye
Monday, September 20
hadiah.
sebenarnya, aku suda bersiap-siap untuk tidur. tapi tetiba teringat pasal hadiah. nanti nanti nanti nanti, aku mau hadiah skype sampai pagi. boleh? please. kalau tidak mahu pun, buat-buat mahu. boleh? please please please.
aku suka letak harapan tinggi-tinggi. aku tau nanti aku frust. eheee. tapi aku suka ikut kata hati. biarpun lepas tu aku sakit hati. heh. memang ayah aku cakap aku keras hati :)
yang sudah mula countdown untuk skype sampai pagi,
-sy-
from kk with love.
tadi. call. cakap dengan ayah. huuuuuu. terus homesick. suara ayah macam rindu gila. walaupun ayah nda cakap, tapi dapat rasa. ayah aku super caring. ayah aku cepat paham aku, cepat tangkap maksud tersirat aku. aku rindu. rindu gila. dan aku tau ibu ayah aku makin terasa kosong sebab iyan pun sudah jauh jauh yang sangat jauh. adoi lahhhh. kesian pulak. masa ni jugak lah aku rasa bersalah sebab aku x belajar bagus-bagus. (tapi ibu ayah aku taw, betapa aku tiada hati dengan semua semua ni, tapi itu bukan alasan untuk aku belajar sambil lewa kan?) *sigh*
lepas tu call, cakap dengan ibu yang lama. aku mengadu aku malu sebab masuk paper sampai TIGA KALI. hahaha. wey! aku bukan gila glamer tahap cipan. hahaha. siyes aku pn malu jugak. rasa macam fasha sanda sudah ni. hahaha cari fofularity murahan cenggitu. damn! tapi tapi. yang dua hari tu, gambar aku dgn hsemates. dan dua2 gambar bukan dari aku. cuma ada gmbar aku. dan stupidosss kenapa la keluar lagi gmbar solo aku. siot. malu ngenggg!
tgh cakap dgn ibu, tira sibuk2 jugak minta perhatian. nak cakap dgn aku lah tu. aku ckp jgk dgn dia.
“kakak masuk paper lagi. malu suda kakak ni”
tira, “kakak. kenapa lain mukak kakak tu? satu muka tidur, satu muka penat”
Hahahahaha. penat okeh layan budak ni. ibu aku pun pening layan dia yang super active skrg.
cerita panjang lagi dengan ibu. bagi ibu cool sikit, sebab beliau asyik pikir pasal iyan. kesian. huuuu T____T
oh, lepas tu kami mengumpat tira. sebab aku cakap kat ibu aku. ajar la tira membaca. ibu cakap nanti biar cikgu dia ajar. sbb nanti bila dia masuk sekolah dia boring bila dia suda pandai semua benda. ok, aku pelik. tidak setuju. (ada naluri ke-cekgu-an suda kah aku? haha) tapi in a way. betul jugak. ibu aku cakap anak kawan dia macam tu. (nanti aku ulas benda ni dalam entry lain, next time okeh?)
lepas tu, ibu cakap. abang selalu kutuk tira. dia slalu tanya abang bila dia nda faham, atau x tau. dan abang akan kutuk kaw-kaw punya. hakhak!
“tu la. pigi sekolah malas! nda pndai baca”
”baby seja buta huruf dalam rumah ni”
hahahahaha. marah la dia tu.
masa aku & ibu mengumpat tira pasal isu buta huruf ni. dia dengar jgk. sibuk dia tanya.
“sapa bu?” haha. terasa la tu.
ibu cakap, “ada anak orang tu”
“sapa?”
ibu - “ada jiran, ala, yang kak ika tgh cakap ni la”
“sapa?”
hahahahahaha. adoi mulut budak tu. bikin geram!
ibu, “adik, nnti balik sini belikan tira t-shirt nz”
"ok, mmg beli punya”
"warna suruh tira pilih” – ibu
"kak, saya mau pink. eh, eh. kuning la senang. kaccanngg!”
hahahahaha. senget budak ni =.=”
ibu pulak mau apa?
ibu mau anak ibu seja. baliklah dik.
ok. mau balik skrg. bye.
Sunday, September 19
^_~
jangan sebut sayang. sebut s.
ha-ha-ha.
kak tia. akak terbaek :)
terima kasih untuk masa yang diluangkan.
ameng, you pun terbaek juga.
terima kasih untuk telinga yang dipinjamkan :)
sayang, kau dari mars. aku dari venus.
okay, tipu. kita sama-sama dari bumi.
Tuesday, September 14
magic ball, bukan kaya ball.
saya mau magic ball.
supaya saya boleh intai cinta saya setiap masa
SUPAYA SAYA TIDAK FIKIR BUKAN BUKAN
supaya sy boleh tengok ekspresi wajahnya. senyum atau tidak.
jadi saya tau dia marah saya atau tidak
SUPAYA SAYA TIDAK FIKIR BUKAN BUKAN
saya mau magic ball.
supaya saya bole intai cinta saya setiap masa
SUPAYA SAYA TIDAK FIKIR BUKAN BUKAN
supaya saya tidak terkacau dia kalau dia busy.
dan bila dia tidak layan,
SAYA TIDAK FIKIR BUKAN BUKAN.
imy.
Sunday, August 8
Friday, August 6
queen of random
saya highlight isi penting untuk kamu scan & skim!
saya teringat ni dua hari lepas – saya sangat clumsy. cuai sekali. ayah cakap, “semua benda yang saya pegang akan tumpah, pecah, jatuh, hancus, rosak, dan semua-semua yang negatif (sila nyatakan sendiri) hehehehe. entah kenapa dua peristiwa ni saya ingat sampai sekarang:
- my birthday cake terjatuh masa turun dari kereta. masa ni masih saya masih kecil lagi. x berapa ingat birthday yang ke berapa, tapi masa tu saya masih tinggal di Lahad Datu, di kampung, i.e rumah betul-betul rumah sendiri (bukan flat/rumah kerajaan. agagagaga) erm. mungkin saya berumur 9 tahun dan ke bawah. kalau kejadian macam ni jadi kan, ayah akan senyap. senyap mungkin sebab nda taw mau respon macam mana. ingat lagi, kek coklat. baru balik dari Mee Ngar beli cake, excited jugak mau bawa kek sendiri dari kereta pegi rumah. belum sempat sampai rumah, sudah jatuh. adoi. saya terus tengok ayah, buat mukak sedih. nduk bah. akhirnya kami makan jugak tu kek comot-comot. hahaha. xpa. yang penting ada kek! agagagaga. cuai bah nurul. adoi~
- roti gulung. yang ni tahun 3. kan dulu selalu ada class party. dan saya ingat lagi, cikgu atty (mum azilah) guru kelas saya masa tahun tiga. jadi, mau dijadikan cerita, ibu buat la roti gulung ni. one of my favourites jugak ni dulu-dulu. kemudian, bila dah siap potong-potong tu, entah macam mana bekas tu jatuh. atas lantai jak pun. terus saya frust gila vavi sampai x mau bawa benda tu ke sekolah. tapi hati berbolak-balik takut nanti saya sorang-sorang jak yang nda bawa makanan. mum pujuk, “boleh makan lagi, bersihkan jak sikit”. saya tetap sedih. hehe. last-last mum simpan dalam bekas, pastu selamat lah jugak bawa pegi sekolah. sampai sekolah cikgu puji sebab sedap. dalam hati, “suda jatuh tu cekgu atas lantai!” hehehehe. tapi balik rumah bangga cerita dengan ibu cikgu-cikgu semua suka. LOL! oh. dan classmates saya masa tu dorang azilah & farah. farah selalu bawa chicky KFC tu pegi class party. kan anak orang kaya LD! hahahahah.
cuai kan saya? sampai sekarang pun masih macam tu. hahahaha. biarlah. yang penting saya comel. zzzZ (ehhh, terlebih highlight pulak!) ahahaha
saya tidur dengan sangat lama kemarin. sampai saya sakit perut. mungkin salah tidur. hahahaha. (saya tidur mcm ular ka? sampai perut saya terpusing-pusing? hahaha) tapi serius ni, mungkin salah tidur. sebab saya bangun tadi pagi, saya rasa makanan dalam perut saya pegi tempat lain. hahaha. x faham kah? saya pun x faham. ok. biarkan.
jam saya, akan berhenti bergerak bila saya x pakai dia dalam beberapa jam. (x pasti berapa jam, tapi jarum akan berhenti bergerak kalau jam tu statik) jam tu ada tarikh, bulan, dan hari. dan tarikh jam tu masa saya pakai tadi 20hb. maksudnya, saya x pakai jam tu sejak 20hb. eheeee. sebab saya merajuk dengan dia. dan dia punya tuan. tadi baru saya pakai. agagaga. lamanya saya makan dalam. eh kawan, LDR sucks. tragisss! tapi x mengapa, saya lagi super duper tragissss, sampai itu LDR pun terkalahkan! agagagagaga.
*LDR=long-distance r/ship
![]()
suka gambar itu lantas menjadikannya backgroud image homepage browser saya! XD
saya suda jumpa layout yang supercool. memang la kamu tengok ni lawa (lawa kannn? jangan tipu!) hahahah. tapi susah gila mau pastikan dia cocok di situ! pilih layout satu hal. oh, plus benda ni bukan layout, it’s just a background. so widget2 dan design asal blog ni masih sama cuma ada background jak di dua-dua tepi ni. terpaksa edit here and there. nasib baik ada belajar coding dengan sifu jry masa mula-mula blogging dulu. masa jry masih aktif blogging (he’s one of the famous blogger i should say) follower ramai gila, ada blog utk tutorial, ada domain sendiri, ada design blog layout jugak. fehh! overall, saya boleh tahan berpuas hati jugak dgn wajah baru blog ni. tapi rasa macam semak sikit. huhuhu.
dan lagi! kazen saya pregnant lagi! yeay. anak ke tiga beliau! yeay! ada anak buah lagi! yeay lagi! happy! happy! tapi sedih jugak sebab tak balik raya nanti. uhuks.
ok. enuff. penat. suda lama x type panjang2 :)
happy reading people.
love,
-nurul-
Monday, August 2
kesayangan.
Encik YM ada hamster. seekor. (dia beberapa kali try beli banyak ekor tapi semua tak kekal lama, huah! power la yang seekor tuh!) okeh. nama dia kentut. ya ya. kentut. sebab saya kan puan persuasive dan saya yang mencadangkan nama tu sempena nama kucing tira (saya jgk yang bagi nama kucing tu). Encik YM berusaha jgk untuk tukar nama si kentut, tapi nda pernah jumpa nama yang comel, akhirnya dia mengalah. HOHO! <—ketawa menang.
Encik YM balik tawau hari jumaat lepas, naik bas. tiada orang jaga kentut di rumah. terpaksa ditinggalkan untuk berdikari. saya baru call Encik YM tadi, sy tanya pasal kentut. Encik YM cakap dia mimpi kentut semalam! cis geramnya saya. binatang kecik tu pulak dia boleh rindu-rindu sampai masuk dalam mimpi, dengan saya dia boleh buat bodoh pulak. penat saya merajuk lama-lama sampai terpaksa emo-emo di blog kan? hahahaha. grrrrr!
lepas tu dia mimpi apa? dia mimpi kentut kena makan ikan besar! nampak sangat dia takut si kentut mati sepanjang pemergiannya. nanti saya masak kari si kentut tu baru taw!
Friday, July 30
ini barulah pelangi petang!
nota kefala: entry adalah berkenaan kehidupan saya di hari khamis.
- bangun pagi dengan lambatnya walaupun kelas start pukul 10 pagi. mood adalah biasa-biasa saja :)
Ella West in the house!! – author novel “thieves” yg kitorang kena baca untuk sem ni. she’s nice and full of enthusiasm. (sy terinspire untuk menulis novel. hahaha. ok, tipu. sebenarnya saya terbayang duit yang banyak setelah buku-buku saya di publish)
hyper semacam jugak lah saya dalam kelas tadi. - kelas habis pukul 12. dan ada gap smpai pukul 2. balik rumah. masuk bilik. dan tiba-tiba rasa empty. i miss everyone. dan sy baru discover, bilik saya macam sarang kesedihan. and i started to hate it. dem. T_____T
uhuks. menaip cerita sedih2 buat saya hampir sedih kembali. oh, sila jangan spoil mood anda sebelum tidur, nurul.
dalam bilik x berbuat apa, online – fb & twitter. wah. suda ada twitter you~ hahaha! di fb sembang dgn ein, d twitter sembang dengan bya. mengadu rindu dengan mereka-mereka. ternangis depan laptop dan segera pergi kelas bila hampir pukul 2. - dalam kelas memang dah agak x focus. tiba rasa everything is sucks. sedih, marah, rindu, geram semua ada – ah. asyik emo. x syok okeh. rasa sangat penat. memikirkan hari ni kena masak, dengan kepala yang sesak dengan isu semasa, sejuk pulak lebih-lebih hari ni, kemudian teringat nak pegi cutlers dengan ameng pulak pukul 4. oh, kaki dah melemah saat tu. langsung tak taw apa yang lecturer cakap, aku dengar dia gelak-gelak comel je mcm ‘dolores umbridge’ dlm cite harry potter tu (maaf, puan). sedar-sedar dah pukul 2.50. majlis bersurai.
- balik rumah. masih down. bebeh are you down down down down~
keluarkan ikan ‘untuk masak lepas dari cutlers nanti’ (monolog). online lagi, tunggu ameng habis kelas. rindu YM. uhuks. betapa dia meng-ignore saya habis-habisan. xpa. xpa. saya kebal dan bermatlamat. (dengan yakin menyanyi lagu stacie orrico – im not missing yuhhhh) :P - ameng text, jmpa d bridge. mau pegi cutlers. sangat berat kaki melangkah. siap terpeleot lagi di tengah jalan. balik, ameng ajak pegi rumah. makan nasi ayam. *melompat sikit* sampai rumah, tengah duduk ada orang ketuk pintu, hantar beanbag *melompat banyakkkk* so sweeeetttt kan ameng??? patut la dia tny saya mcm2 pasal beanbag!!! macam mau pengsan di tempat kejadian!! seriously. terharu! terharu! dan teruja. beanbag ini bentuk singa. singa kodomolion. haha. saiz kecik utk diduduki tpai BESAR untuk dipeluki (??) hahahaha.. and, most importantly, they made my day (both ameng & muncit the kodomolion) OH CUTE!! :)
- balik rumah masak dan makan lagi dan pengsan! voila!
1. ella west
2. conteng2 dlm kelas.
3. 1st class honour hospitality di montgomery avenue.
4. muncit the kodomolion! :)
p/s: ym jahat. uhuks.
Wednesday, July 28
pompuan. yang tak pernah tahu apa yang mereka mahu
When you break her heart - [ the pain NEVER really goes away ]
When she misses you - [ she's hurting inside ]
When she says its over - [ she STILL wants you to be hers ]
When she re-posts this bulletin - [ she wants you to read it ]
When she walks away from you mad - [ Follow her]
When she stare's at your mouth - [ Kiss her ]
When she pushes you or hit's you - [ Grab her and don’t let go ]
When she starts cursing at you - [ Kiss her and tell her you love her ]
When she ignores you - [ Give her your attention]
When you see her start crying - [Just hold her and don’t say a word ]
When you see her walking - [ Sneak up and hug her waist from behind ]
When she's scared - [ Protect her ]
When she lays her head on your shoulder - [ Tilt her head up and kiss her ]
When she steals your favorite hat - [ Let her keep it and sleep with it for a night]
When she teases you - [ Tease her back and make her laugh ]
When she doesn’t answer for a long time - [ reassure her that everything is okay ]
When she looks at you with doubt - [ Back yourself up with the TRUTH]
When she says that she likes you - [ she really does more than you could understand ]
When she grabs at your hands - [ Hold hers and play with her fingers ]
When she bumps into you - [ bump into her back and make her laugh ]
When she tells you a secret - [ keep it safe and untold ]
When she looks at you in your eyes - [ don’t look away until she does ]
- Stay on the phone with her even if she’s not saying anything
- DON'T call her hot, but gorgeous or beautiful is soo much better
- Say you love her more than she could ever love you
- Argue that she is the best girl ever
- When she's mad hug her tight and don't let go
- When she says she's OK don’t believe it, talk with her
- because 10 yrs later she'll remember you
- Call her at 12:00am on her birthday to tell her you love her
- Call her before you sleep and after you wake up
- Treat her like she's all that matters to you
- Tease her and let her tease you back
- Stay up all night with her when she's sick
- Watch her favorite movie with her or her favorite show even if you think its stupid
- Give her the world
- Let her wear your clothes
- When she's bored and sad, hang out with her
- Let her know she's important
- Kiss her in the pouring rain
- When she runs up at you crying, the first thing you say is; "Who's ass am I kicking today baby?"
you do post this in the next four minutes the one you love will:
Call you
Kiss you
Love you
Text you
he wont call me – sebab kami di benua berbeza. (ini baru lah cinta antara benua. hal la lahhhh! LOL
he wont kiss me – sebab dia makan kissmissss HAHA
he wont love me – sapa cakap! sini maju ke depan! :p
he wont text me – sebab simcard celcom saya suda patah. HAHAHAHAHA. ok bye. itu bukan cerita lucu tauk!
yang benar,
pompuan jahat. uhuks.
Sunday, July 25
dua lima/kosong tujuh/satu kosong
imy. tapi saya gagah. jadi saya cari sesuatu untuk menjadi Si Kalis Rindu.
saya pegi tengok video hotfm yang sumpah lawak. saya gembira. walaupun bukan sebab kamu, tapi sekurang-kurangnya saya gembira.
sekarang masa untuk tidur. dan saya masih gembira. sebab esok pagi bila saya bangun, saya boleh pangkah satu lagi kotak di kalendar saya. semakin hampir hari saya pulang ke sana.
dan untuk hari ini. saya berjaya. berjaya menjadi Si Kalis Rindu.
nite b.




