bye.
saya mau update sanggar kaya.
*notakefala: jangan suka tangguh-tangguh update blog. nanti terlampau banyak cerita sampai kau sesak nafas mau update semua. macam sekarang ni lah. belum habis cerita raya hari kesatu sampai raya keempat, ada lagi invitation open house bertubi-tubi.
baiklah. kita sambung kisah raya pertama. ptg tu, pukul 1, aku ada kelas drama. sampailah pukul 3 ptg. kelas pun boleh tahan best, buat aku tidak berapa ingat hari itu hari raya. hohoho. balik naik kereta! ahaks. x payah aku penat2 jalan kaki, dan mendaki bukit tonggek (digelar bukit tonggek sbb bila kau naik bukit ni, automatik kau jadi tonggek).
ok, balik dari kelas tu, bila kereta park depan rumah, aku nampak kawan2 meriah dengan baju warna warni yg sedang bermarhaban. Ya Allah. sungguh eksaited okeh! perasaan aku macam, erm.. macam.. “eh eh. kenapa meriah semacam nihhh!” dan aku yang tidak berbajuraya (sengaja dirapatkan sbb nanti kamu baca sebagai “tidak berbaju”) itu terasa mcm datang dari planet jingga. hoh! tak best betul. terus menyesal.
ok, plan asal lepas berkelas mau masuk bilik tidur dan menangis. haha. lemah! tapi tiba-tiba dapat energy luar biasa dari kawan-kawan yang super gembira hari itu. terbaek woh mereka! aku pegi siap, kelam kabut iron baju. sebab housemates nk pegi beraya rumah kawan-kawan. mula dengan rumah arep, anir masak rendang sedap, wuuu, ada daus, niel, azhan melayan tetamu dgn lawak2 sengal, dan arep pun ada. tp ptg2 tu dia pegi keja :) sambung kat grange st pulak lepas tu. pagi tadi, aku ckp x nak join heeeee. pegi grange beraya, mata aku layu gila, badan da lembik, tapi sekali lagi dpt energy luar biasa dr kawan. alhamdulillah. happy tidak terkata. mmg x sempat bersedih-sedih.
beraya sampai maghrib, dan sampai rumah dalam pukul 7. pnat gila, tapi seronok! meriah rupanya raya di dunny. phewwwit!
raya kedua.
bangun lambat. miahahahah. kawan ajak pegi rumah kak dhuha & kak yani, tapi x mau. tapi bila bangun, erk. rasa kosong. dan rasa tak berfaedah. lagipun x sabar mau pakai baju raya yg merah mcm mak ngah. agagagag. pegi jgk rumah kak dhuha dgn jiran sebelah rumah :P
dan lepas tu ke openhouse ain pulak. teheee. makan sedap. best. balik rumah dengan kenyang dan bahagia. oh, ke rumah azman & rakan-rakan juga. pergi secara solo sbb housemates semua dah pegi. ala, depan rumah je pun.
lepas tu, ikut nana balik montgomery ave, sbb ingatkan nak pegi tolong2 dorg masak untuk open hse raya ketiga (keesokannya). malam tu kacau2 dorg buat keja & jadi badut jgk, buat lawak percuma dengan ala kadar. tidur pukul 7 pagi lepas subuh. huhuhu. aku x lah penat sgt. sbb x buat apa pun. tuan rumah la kesian. wuuuu. tdur lepas subuh, tapi pagi tu bangun lagi. aku tidur sampai pukul 1 kot. majlis dah start aku tidur dalam bilik. =.=”
dan…
ini gambar favoritas saya!
comel kan dorg! hahaha :)
dorg panggil itu ‘peace kembung’ LOL
bersambung….
selepas beberapa entry emo ala-ala drama air mata, mari kita update pasal raya. post title pun suda gempak semacam tu. kali ni insyaAllah entry ber-genre riang ria.
1. malam raya
berbuka puasa untuk hari terakhir bersama housemates dan menunggu pengumuman hari raya. puasa hari tu kitorang start lambat. tapi raya pulak, sama dengan mesia, 10hb September. so, kitorang posa 29 hari (jika penuh).dan saya buat pertama kali nya pegi bertakbir raya. hoho. weyyyy tipu lah TIDAK sebak. tapi control macho la sikit. ramai orang. ahaks. masa takbir tu ada yg sroottt srottt. huuuuu. lalu aku cuba tidak memandang sekeliling. dan berjaya :P
balik rumah, yani sibuk masak rendang. diba & wani sibuk buat biskut raya, aku & nas buat video raya. oh, terlupa, keesokan harinya (jumaat) aku ada kelas pukul 8 pagi. jadi konon malam tu aku masuk bilik awal. online, xda orang pun online. semua sibuk buat persiapan raya kot. call ibu, sayu~ fehhhh. air mata mencurah2 ke ladang gandum. nenek plak, sampai nda bersuara. ok. kesimpulannya sedih melampau sampai 5 pagi baru tidur. dan kelas 8 pagi sampai 3 ptg keesokannya.
2. pagi raya.
bangun lambat, pegi kelas. otw jumpa budak2 lelaki balik dari sembahyang raya. aku lambaikan saja la. well, friendly kan~ ahaks.
ariff lari2 comel ke arah ku. ku tepis manja (WAHAHAH!) mata bengkak weyyyy! hahaha. masuk kelas, masa cepat berjalan. lepas kelas maths, pegi kelas english. masa cepat berjalan jugak. best. haha. x lah sedih mana pun, pegi kelas di pagi raya.
lapar, dlm otak aku, balik nnti makan & tidur kejap, sebelum kelas pukul 1 ptg tu. tapi sampai rumah, senior2 dah datang bertandang. aku dengan x berbaju kurung, x nampak mcm celebrate raya pun~ hoho. semakin ramai tetamu datang, aku plak pegi kelas. oh, x bermaaf-maafan pun dgn housemates, semua busy. aku try jugak main salam2 dgn dibah. denjeres i tell you~~ nasib baek i tak mekap lagi.
*****
da panjang sgt la wey, aku stop dulu. ahhaha. nanti esok2 kita sambung okeh! ala chill la. raya sebulan. tak lari kemana pun aku. wakakak! bye. muahhh! =))
*****
xoxo. selamat hari raya