Showing posts with label people. Show all posts
Showing posts with label people. Show all posts

Monday, April 4

salah satu cerita classic untuk masa depan

HAHA. sebelum tu, entry ni aku tulis lepas aku tengok housemate aku emo. LOL.

housemate = emo sikit. aku = tak pernah tak emo.

 

well, korang faham lah aku kan. dari cara aku menulis pun korang boleh tau aku ni unpredictable. kejap hyper tak hengat, kejap lagi down gila kentang. even mak bapak aku pun cakap aku ni unpredictable. yang kadang-kadang dorang tak expect aku buat, aku boleh buat. tapi bila dorang mengharap sepenuh jiwa kat aku, aku bole fail pulak. contohnya SPM. hehe. dan memang itu pun kali pertama aku dengar bapak aku label aku unpredictable.

 

anyways, balik kepada aku dan housemate. housemate aku sekarang ni ada sorang jak pun. ameng nama dia. eh? korang da tau kan? heee. dulu aku ada 4 orang housemates. aku tak tinggal dengan dorang lagi tahun ni bukan sebab kitorang ada conflict pun, aku saja nak tukar angin. aku harap x adalah mana-mana pihak yang nak amek hati. heee. tapi kadang-kadang aku tak faham, mak aku yang serius lebih. asyik tanya aku kenapa aku pindah rumah? gaduh dengan dorang wani, diba bla3.. LOL. tiap kali call mak aku mesti pesan, “jangan jahat2 dengan kawan ok? jangan suka merajuk dengan kawan ok?” ataupun bila aku x keluar sekali dengan gadis2 ku, mesti mak aku cakap aku gaduh. pastu bila dia cakap dengan wani atau diba atau kawan-kawan yang lain, mesti tanya “ok ka dia? nda jahat? kamu layan seja la dia ah~” oh please mom. saya budak baeklah. mana ada main gaduh2 dengan kawan. tengok dorang ni ha. semua sehat-sehat belaka. haha

 

**********

 

tadi, aku tidur. lama gila. atiqahruhaizad memang synonymous with tidur petang lah kan~ pastu kalau aku bangun, aku terus hyper. z pernah cakap, aku ni cepat ‘restart’. orang bangun-bangun tidur mesti carik mood nak bcakap dulu, aku tak. bangun-bangun terus hyper buat lawak dan membebel. bila aku bangun tadi, aku tengok housemate aku tengah rajin buat homework poetry. padahal kan, aku yang ajak dia buat homework lepas kelas tadi. tapi aku pegi tidur. lepas aku semayang asar yang dah memang lambat, kitorang sembang-sembang macam biasa. tetiba aku pegi sambung baca belog awek chuck taylor tu. lepas aku da terbang ke dunia blogging, aku perasan housemate da siap2 kemas barang dia. pegi katil. tarik selimut sampai tutup muka. selubung abis. aik? tetiba je kan? dia memang tido atau tengah emo ni? aku sound sekali dua. tak respon. ok, tidur kot? tak mungkin. baru kejap tadi aku tengok dia. tapi memang tak gerak langsung ni? sah. emo.

 

macam mana aku boleh buat kesimpulan bahawasanya dia emo dengan membuta tuli macam tu? sebab aku pun macam tu! huahuahuaa! kamonlah. sila rujuk balik rumus kat atas yang berwarna merah tu. i lagi pro man! haha. bila aku tetiba hyper dan hormon sedih aku terembes, aku naik katil, nangis2 sampai tidur. tapi nangis kena silent beb. yelah kan sekarang dah kongsi bilik. malu kot kalau housemate tetiba dengar ada bunyi orang tarik2 hingus. LOL. kalau kebetulan ada handkerchief kat atas tilam lagilah berjaya tangisan dalam diam kau tu. tak payah nak sedut2 hingus. HAHA. yuck yuck.

 

**********

 

dulu kan, masa aku tinggal sorang di dalam sebuah bilik yang boleh tahan keluasannya, handkerchief merah memang wajib dekat aku. tulah kawan aku haha. time tu memang kalau tengah down ke, sedih ke, memang nanes tak hengat. yelah, xda orang lain pun dalam bilik. sekarang ni kena control. ingat lagi masa mula-mula pindah rumah baru ni. satu benda yang x best kitorang dua orang discover ialah ‘kurang privacy’. bukan sebab apa! bukan sebab tak pandai share bilik dengan orang, dan bukan sebab kurang interpersonal skill LOL. tapi sebab kurang privacy untuk kentut merata! wahahahahah. lemah betol. kalau dulu masa duduk sorang-sorang, lantaklah mau kentut macam mana sekali pun. sekarang ni kalau TER-kentut jugak. memang kau marathon terus cari air freshner perisa lemon. sembur sampai kau perasan kentut kau bau wangi lemon gitew! ahaks! sorry entry busuk sikit. tapi biarlah. hahahaha!

 

wey korang. kalau housemate emo nak buat apa ek? biarkan dia layan blues atau nak comfort? nak comfort macam mana? cakap apa kat dia? aku tak pandailah. kalau merajuk-merajuk ni aku terror lah. hehe. kalau skill merajuk aku 6 level higher than you people. wah gitu! haha. kalau part pujuk pompuan aku x reti. tapi kalau pujuk bf, tipulah dia tak cair. wakakakaka. thuik!

 

kalau aku ngan ameng, bila aku emo, dia tanya akan tanya aku ok tak? aku sedaya upaya buat suara cool dan macho terus cakap “ok!” tapi air mata mengalir deras. osseehh. maxure jugak aku tak tunjuk muka. buat2 macam malas nak toleh. hehe. standardlah kan? kalau ameng emo, aku tanya. DIA TAK BUNYIK LANGSUNG BEB! hahahahahaha. adalah yang dia rindu tu. wooops. esok dia baca ni kena sepaklah aku :p

 

dan hari tu kan. lepas dari gembira-gembira celebrate birthday wani, aku down sebenarnya. sebab aku sedar, aku macam ada satu penyakit baru. pernah dengar artis nyanyi lirik dia lebih kurang macam ni “di dalam keramaian aku masih merasa sepi”. pernah? kalau tak pernah dengar sini. ok, macam tu lah aku rasa. rasa tetiba lost, padahal keadaan sekitar sangat meriah gila. macam bila happy-happy aku teringat the loved one lah kan? maka terus jadi sedih sikit. sebab tu, lepas balik dari celebration birthday wani (jumaat) aku terus down dan berkurung kat rumah tak bersosial sepanjang hujung minggu. aku malas nak bergembira, sebab… yeah, malas nak happy sangat, sebab akan sedih tiba2. pathetic sungguh kisah hidup macam ni, aite?

 

ok. sambung balik part balik dari celebration tu. otw balik, aku dengan ameng kurang bersuara. masing-masing layan blues. aku sikit lagi nak nangis sebab tersedih. tapi control lah kan. takkan nak melalak tengah jalan. tetiba bila sampai part tepi sungai leith, di bawah laluan bawah pokok yang berdaun kuning tu, ameng menjiwang dengan aku tak pasal-pasal.

 

“thanks by” (by tu riby, bukan baby okeh! jangan tuduh aku gay)

apasal?”

“sebab buat hidup ameng bahagia.”

erk? aku stop berjalan. tersentuh sebenarnya. pastu ameng gelak-gelak. tapi aku tengok dia serius. kan aku tengah tahan air mata yang bertakung. tetiba macam nak meletus time tu jugak. tempat da ngam, memang stok-stok syahdu punya scene. bawah pokok, angin kuat, tepi sungai, pehhh! ok, kitorang teruskan perjalan lepas beberapa saat melalui aukward awkward <--- eh, xda garis merah meaning spelling tu betul lah. blurr mcm mana nak spell okwerd. LOL moment tu.

 

ok, bila da teruskan perjalanan. ameng menjiwang lagi. peh. dia sambung cakap lagi. tapi biarlah rahsia. hehe. terus kitorang balik rumah dan aku terus cari katil. zzzZ.

 

 

dalam minggu lepas, itu kali kedua orang cakap thanks kat aku dengan tak semena-mena (aku suka betul perkataan semena-mena ni macam tsamina2 eh eh waka2 eh eh!)

 

 

hari tu ada sorang lagi. kawan jugaklah. tetiba aku duduk sebelah dia dalam kelas. dia cakap thanks.

aku tanya apahal. dia cakap sebab aku mcm stand for her. alah, not really stand for her pun. aku just cakap pandangan aku beberapa hari sebelum tu. dia anggap aku mcm rihanna pulak (you can stand under my um-be-rella-ella-eh-eh)

 

tapi. dua-dua thanks tu buat aku terharu. gila kau tak haru haha! aku ni brutal2 jugak (gila poyo statement), tapi bila part syahdu2 ni aku lemah lahahahahaha. oh, untuk kwn2 yang sentiasa menceriakan hari aku. terima kaseh. sungguh haru ada kawan macam kamu. *lap air mata* wahahaha. tak pasal-pasal emo. housemate punya pasal la ni =_=”

 

 

dan. hey. sometimes, kata-kata appreciation mcm gitu lah yang buat aku kuat. dan rasa diperlukan lagi. LOL. poyo nak mampus.

 

 

 

 

 

p/s: tolong baca dengan rasa nak gelak, tapi menyedut intipati ayat dengan dalam sekali hingga menusuk kalbu!

p/s/s: see, ameng tak tido pun sebenarnya. dia dah bangun baca novel & main hp dengan tak semena-mena eh eh, waka waka eh eh! :p

 

 

 

loves,

atiqah, riby, tqa, tiq, sayang <----ossseehhhh! hahah. bye lah.

Sunday, March 27

circus aotearoa!

  • aotearoa itu maksudnya new zealand, dalam bahasa maori :)
  • maaf, kualiti video adalah diparas bahaya. heh, pakai hp seja sebab teda camera (menyedihkan)
  • ada yang best, ada yang macam…. “errr, apa pacik ni buat?” =_=”
  • oh, sila abaikan ketawa hodoh orang yang kedengaran. itu suara kawan sayahahahaha!
  • dan akhir sekali… semoga terhibur!

 

kamu tahu? audience yang lain adalah mak-mak orang, dan bapak-bapak orang yang hadir membawa anak mereka berhibur. macam saya dan kawan-kawan seja remaja yang sesat. haha. tapi biarlah. sakkai :p

 

 

yang ini kurang hebat. haha. mau jatuh seja orang tu haha. tp xpa. support jak! :p

 

 

yang ni boleh tahan best :)
aku terhibur dengan orang tu. hehe. sebelum show mula pun dia ada buat selingan sikit, kelakar la orang tu. hakhak

 

 

image

 

dan selebihnya, korang boleh tengok dalam list video yang aku upload okeh? ada lagi beberapa bijik video yang dapat di record kan :)

till then! happy watching <3

Thursday, March 24

what’s up? nothing much. heh

sepanjang kesenyapan aku, apa saja yang aku buat?

 

1. tengok wayang. wayang lama kot. sebab x ramai pun orang malam tu HAHA. hampir kosong :p
tengok I AM NUMBER FOUR. selow lah cerita. x best sangat. tapi bolehlah. aku tak mau bagi bintang. joy yang pilih, pastu dia selalu berangan jadi number 6 dan berlagak ada power  =_=”

 

kalau di sini, movie day jatuh pada hari selasa. dan harga movie gugur(mengelakkan mengguna perkataan ‘jatuh’ berulang kali) dari $16 hingga $11 sahaja. (sahaja pala otak ang, kalau di mesia 16ringgit bole tengok 3D suda. huh!)

 

sosweet-HAHA.co.nz P3220022    

dan popcorn mereka adalah TIDAK sedap macam yang kita punya. semua adalah berwarna putih. jadi tidak perlu intai-intai kotak popcorn itu untuk pilih yang kuningdanmanismanis, sebab kebarangkalian untuk bertemu adalah SIFAR/KOSONG. dan satu lagi, bertih jagung mereka adalah masin. betul ni, masin tauk! terus macam makan kuaci yang masin tu, bibir jadi kebas-kebas. jelek ah.
-ini bukan movie review, ini popcorn review sudah =_=”

 

2. tengok bulan purnama mengambang di Signal Hill, dan tak sengaja tertukar subjek photoshoot. subjek utama malam itu ialah BULAN. tapi sebab dia enggan melayan diriku lagi pabila airmata membasahi pipi, lalu kami kick dia! kami yang jadi subjek! heee. kamilah yang bergambar-gambar!

 

gambar adalah masih bersama arep!

 

3. ohhhh! ini sedikit memalukan. hehehe. rumah kami ada ab circle pro. hehehe. blame the advertisement! they look super convincing. dem! hahahaha. terus housemate hulur phone suh call & order. HAHAHAHA. sampai sekarang masih kelucuan bila sedar ada ab circle pro dalam rumah sendiri. order hari ahad, sampai hari selasa. gila kentang right? hakhak.

 

 

PLEASE DONT LAUGH! HAHAHAH.

 

 

ok, itu sejalah dulu. tadi nda plan pun mo type panjang ni. wuwu. nite peeps! adoih, da pukul 3 am =_=”

 

selingan:

  • aku sangat lemah dalam meng-update kejadian dalam negara, mahupun masalah global. semua berita terkini aku jarang periksa. tapi beautifulnara aku follow heh! ^__^’
  • tak sukalah kulit tepi kuku yang lebih-lebih tu. kalau ditarik bole berdarah jariku! ;(
  • tadi aku bikin pau. heh, teringat tira, dia cakap pau = tapau. pastu pernah satu hari dia suh saya kupas kulit ‘tapau’ tu (eh? kenapa mesti kupas ha?) pastu tak semena-mena aku belah dua. tiba-tiba bah. sebab time tu aku nda focus. aku selalu belah dua baru makan. terus dia marah, “kenapa kakak kasi belah tapau sayaaaa!” hahahaha. mengamuk terus dia. sot!

Sunday, September 19

^_~

jangan sebut rindu. sebut r.
jangan sebut sayang. sebut s.

ha-ha-ha.

kak tia. akak terbaek :)
terima kasih untuk masa yang diluangkan.

ameng, you pun terbaek juga.
terima kasih untuk telinga yang dipinjamkan :)

sayang, kau dari mars. aku dari venus.
okay, tipu. kita sama-sama dari bumi.

how lehhh?

separuh jiwaku pergi mahu membesar. jadi si gadis yang matang dan berkaliber. penuh jitu, serius dan berdisiplin.tapi separuh lagi. masih tertarik dengan kekiutan benda dalam alam kanak-kanak. masih suka dengan barang-barang orang tidak dewasa.


itu yang terdetik sekejap tadi. beberapa minit sebelum aku buat entry ini. ada lagi satu isu dalaman yang sering memaksa aku berada dalam dilema.


separuh hatiku mahu jadi insan yang ‘baru’ dan pendiam. tapi separuh lagi mahu stay, menjadi yang tidak kisah apa kata orang. masih mahu menjadi diri sendiri.


mungkin orang lihat. menjadi aku, indah semua. punya aura yang kadang-kadang boleh mengukir senyum insan yang berduka. boleh menghibur hati yang lara. boleh kata, badut tidak bergaji. heh. sungguh. aku pun gembira bila orang cakap aku buat dorang gembira. kamu tahu? aura itu datang dari kamu.
tapi… kadang-kadang aku berharap aku punyai mulut yang singular. tidak banyak macam murai.






siapa ada tonik untuk berubah sekelip mata? kalaulah perubahan itu boleh memakan masa yang singkat kan? eh, jangan cakap kalau. Allah tidak suka, bukan?
p/s: untuk yang selalu menggembirakan aku. terima kasih kawan. terima kasih ribu-ribu lemon.



entah apa yang buat merepek begini. bye.

Thursday, September 16

i wanta write…

pagi tadi aku pegi sekolah lagi. jumpa budak cumel lagi. untuk assignment english. sorang student teacher (kami-kami lah) akan dapat sorang budak. td adik sy nama Jasper :)
ok. basically, apa yg kitorang perlu buat ialah:

  • bersembang2 dengan mereka untuk mengetahui oral language level mereka. tahap manakah mereka. apa bentuk vocab mereka. perkara berunsur apa yang mereka sembangkan. dan sebagainya.
    jadi, sebagai langkah awal, kitorang dinasihatkan untuk membawa picture book untuk dibacakan kepada mereka. sbb budak2 ni suka dgr story la kan. lepas tu, sembang2 jgk pasal buku tu. ini adalah untuk membuat mereka selesa untuk ke xtvt seterusnya. oh, and to hear their language at the same time.

  • buat running record.
    running record : dorg baca buku, dan kitorang akan cek setiap perkataan tu. tujuan benda ni sebenarnya untuk tgk banyak aspects, termasuklah pronunciation, their reading strategies, how they make meaning using the pictures, diagram or bla3. menarik kan? kat sini dorg buat mcm tu. utk tahu level budak2 ni. tapi kalau kat mesia. jenuh jgk ko nk membuatnya. sbb dalam 1 kelas dah 40-50 orang. Nanti aku tunjuk mcm mana sample ‘running record’ tu

  • menulis surat cinta untuk mereka. dan mereka harus membalasnya. org tua tua kata, “pecah kaca pecah gelas, suda baca tolong balas” hakhak!
    ini untuk tengok dorg pnya writing pulak. caranya, cekgu kena tulis surat. kononnya, tu macam skill ko nk ambil sample of their writing lah. sbb~ certain budak ni, dorang sgt value dorg pnya hasil ‘seni’ haha. jadi dorg x mau kasi orang ambil tulisan dorg. jadi, bila ko buat surat untuk dorg, pastu ko mintak dorg tulis dlm kertas yg ko bg pastu ckp kat dorg. nnti ko nak simpan surat dorg jgk. dan dgn cara itu, dorg akan bagi. faham kan? x faham suddeh.

  • ok. itu je la. haha
td, jumpa jasper terus sembang2 sikit. umur 6 tahun. aku introduce diri aku. aku ckp lah nak buat apa kat dia – reading, writing & some talking.
bila aku bacakan dia buku, dia lagi tertarik dgn pictures dlm buku tu. asyik cakap pasal gmbar2 yg dia rasakan menarik. aku layankan saja. baca pun part yg penting2. sbb yg penting kat situ, just mau bagi dia bercakap. ok, done with the talking.
giliran dia pulak baca untuk aku. aku buat running record. lebih kurang mcm ni lah bentuk running record tu. click untuk besarkan.
yg ni formal & bertaip. kes2 mcm ni bila korang yang sediakan buku untuk dorg baca, jadi dah taw la apa tajuk buku tu. mcm mn skrip dia. ha, boleh la type. tp kitorang xtaw buku apa yg budak2 tu akan baca, so kitorang yg record dlm blank paper. runrec
dah abis tu, aku tunjuk surat aku kat jasper. lepas tu baca2 sikit. then mintak dia tulis something jgk untuk aku. aku bawa colour paper untuk dia pilik. ada pink, orange & yellow. saja bagi dia excited lebih. pastu ckp kat dia, nnti lepas dia tulis bagi dia sticker glow in the dark. bulat mata dia. hoho.
ok, budak2 ni sure blur sbb tetiba ko nk suh dorg tulis kan. jadi, cekgu2 kena la tlg, bgi suggestion untuk topic yg perlu dia tulis. jasper nk tulis pasal pokemon dia. dia ckp teddy =.=”
oh, dan dia nk lukis. sbb dia x pndai sangat tulis2.
korang tgk ni. comel kan?

******
mls nk sambung. mls nk ambil gmbar. mls nk transfer
******


nti aku smbung. tidur luk. nite

Wednesday, September 15

lebaran 2010, part III

ha. meriah tak? meriah tak hari raya kat dunny? kita sambung raya ketiga pulak (ahad).
hari raya ke3 ada dua event terbesar yakni open house bebudak montgomery ave & benji. budak montgo ada 6 org, 3 laki 3 pmpuan. semua kawan2 aku.
aku stay kat montgo malam raya kedua. menu open house dorg, mee-kari-yummeh. haha. tetamu ramai gile kentanggg! mcm semua malaysian kat dunny datang hari tu. fehhh. terbaek. aku bangun lambat sbb lepas subuh baru tido, terus mandi bersiap. tgk kwn2 dah kecoh2 kat luar. jumpa nana & ameng (tuan rumah), lauk x cukup dorg kata. oh, btw. rumah kat montgo tu ada 2 unit rumah. masak kat rumah pmpuan, pusat menjamu selera kat rumah laki. bila dah kecoh2 mcm x cukup makanan utk tetamu, kawan2 dari grange terus sibuk tlg potong2 fishball & bla3~ feh.dah jadi mcm kenduri aku tgk.
terbaek. dah la cantik2. terbaek pulak tu. (aku x taw apa purpose aku bodek korg lebih2 wey. haha!) :P
lepas tetamu dah kurang2 sikit, tuan rumah dan aku cari makan. ngeh2. ms makan2 tu, ada jgk lagi tetamu yg datang. smpai lah pukul 4 ptg, ttamu dah habis, kitorang gerak pegi openhouse kat benji pulak :)
kat sana pulak! pehhh. makanan heaven! aku dah full, tapi aku melantak pulut kuning dgn jayanya. agagaga. oh, dan beberapa ketul ayam goreng.
kat benji (ni rumah senior), pelbagai aktiviti yg menarik ye tuan2 dan puan2.ada yg main game. wii ke ape nama menatang tu. ada jgk yg bermain daun terup ye. hairan aku. x pernah2 hari raya aku main daun terup. eh, tp klu kat tempat aku, kazen2 aku gila domeng (sebenarnya domino tp dipanggil domeng). agagaga. main gila2 punya. bila aku tgk bebudak tu main aku terdetik, “kalau kat mesia ko main benda2 ni di pagi raya, mmg kena tengking oleh yang berbahagia NENDA! itu belum masuk bebelan rapi dari bonda”
tapi kat sini mcm xpa. baru lah orang kata beraya dengan cool dan penuh style. hakhak.
ok. itu saja laporan sehingga raya ke tiga. raya ke empat?? hari menghantar assignment ya tuan2 puan2.
tapi tapi tapi~
hujung minggu ini ada sambutan raya untuk budak2 malaysia, kira celebration betul2 lah. dan sementara menunggu hujung minggu tiba, ada beberapa jemputan ke rumah terbuka lagi. bukan SATU okeh. banyakkkk. ok tipu. x lah banyak  mana pun. ada tiga seja. eheeee. banyak, bukan?





bye.
saya mau update sanggar kaya.

Tuesday, August 10

jangan baca. ini bukan untuk anda.

^________________________^

i just can't stop smiling. rasa mau balik kk sekarang jugaks. aduh, pipi cramp! auw! hahahahaha. ok maaf. terlebih sudah.

-ok, tamat sudah project 10hb. dan semua selamat alhamdulillah-

maaf, belum ada kekuatan untuk me-reveal cinta project saya. :p





OK! ini untuk yang membaca jugak! (walaupun saya suda cakap jangan baca, tapi kamu degil kan? grrrr)

Happy Ramadhan to all. selamat berpuasa di esok hari :)
kitorang puasa lambat lagi, esok baru nak intai-intai anak bulan. eheeeee

Monday, August 2

bila saya sampai tahap saya mengigil. saya sangat marah!

saya sangat marah. korang melampau. melampau. eh, heylow. tolong jangan tuduh-tuduh. kalau nak menyembur pun tolong jangan dengan orang yang salah. oh aku ter-efek. dalam sungguh kata-kata korang.

facebook is shit.

Sunday, August 1

morning august! *hearts*

slm. hye readers. dah bulan august kan! yeay. sangat tak lama lagi puasa, dan tak lama lagi raya, dan tak berapa lama lagi balik! horayyy!

saya terbaca status mck saya kat facebook. tersedih. terkagum jgk. betul orang cakap, wanita memang diciptakan lemah, tapi boleh jadi insan yang kuat-sekuatnya. kagum saya dengan ketabahan hati wanita-wanita yang mendapat suami yang tidak berhati indah itu. nauzubillah. tak tahu macam mana kalau saya yg berada dalam situasi mcm tu. semoga Allah melindungi insan-insan teraniaya ini, diberi ketabahan hati yang banyaaakkkkkk untuk menghadapi ujian begitu. semoga anak-anak menjadi insan yang soleh dan menggembirakan hati ibu. huhu. kesiannya.

dan semoga Allah selamatkan keluarga kita. oh, btw alhamdulilah mak saya dah sihat sepenuhnya. alhamdulillah syukur ya Allah. doa saya untuk melindungi kedua ibu ayah, dan doa memohon Allah tidak menarik nikmat kebahagiaan yang telah diberikan kepada kami sekeluarga telah dimakbulkan.

sobs. sedihnya pulak!

semoga kawan-kawan beroleh kebahagiaan di august ni. dan selamat bulan menghantar assignment. hahaha. mari berjuang! :)

IMG_0008 (2)

laughter.smile.happiness. tq Allah :)

Friday, July 30

ini barulah pelangi petang!

nota kefala: entry adalah berkenaan kehidupan saya di hari khamis.

  • bangun pagi dengan lambatnya walaupun kelas start pukul 10 pagi. mood adalah biasa-biasa saja :)
    Ella West in the house!! – author novel “thieves” yg kitorang kena baca untuk sem ni. she’s nice and full of enthusiasm. (sy terinspire untuk menulis novel. hahaha. ok, tipu. sebenarnya saya terbayang duit yang banyak setelah buku-buku saya di publish)
    hyper semacam jugak lah saya dalam kelas tadi.
  • kelas habis pukul 12. dan ada gap smpai pukul 2. balik rumah. masuk bilik. dan tiba-tiba rasa empty. i miss everyone. dan sy baru discover, bilik saya macam sarang kesedihan. and i started to hate it. dem. T_____T
    uhuks. menaip cerita sedih2 buat saya hampir sedih kembali. oh, sila jangan spoil mood anda sebelum tidur, nurul.
    dalam bilik x berbuat apa, online – fb & twitter. wah. suda ada twitter you~ hahaha! di fb sembang dgn ein, d twitter sembang dengan bya. mengadu rindu dengan mereka-mereka. ternangis depan laptop dan segera pergi kelas bila hampir pukul 2.
  • dalam kelas memang dah agak x focus. tiba rasa everything is sucks. sedih, marah, rindu, geram semua ada – ah. asyik emo. x syok okeh. rasa sangat penat. memikirkan hari ni kena masak, dengan kepala yang sesak dengan isu semasa, sejuk pulak lebih-lebih hari ni, kemudian teringat nak pegi cutlers dengan ameng pulak pukul 4. oh, kaki dah melemah saat tu. langsung tak taw apa yang lecturer cakap, aku dengar dia gelak-gelak comel je mcm ‘dolores umbridge’ dlm cite harry potter tu (maaf, puan). sedar-sedar dah pukul 2.50. majlis bersurai.
  • balik rumah. masih down. bebeh are you down down down down~
    keluarkan ikan ‘untuk masak lepas dari cutlers nanti’ (monolog). online lagi, tunggu ameng habis kelas. rindu YM. uhuks. betapa dia meng-ignore saya habis-habisan. xpa. xpa. saya kebal dan bermatlamat. (dengan yakin menyanyi lagu stacie orrico – im not missing yuhhhh) :P
  • ameng text, jmpa d bridge. mau pegi cutlers. sangat berat kaki melangkah. siap terpeleot lagi di tengah jalan. balik, ameng ajak pegi rumah. makan nasi ayam. *melompat sikit* sampai rumah, tengah duduk ada orang ketuk pintu, hantar beanbag *melompat banyakkkk* so sweeeetttt kan ameng??? patut la dia tny saya mcm2 pasal beanbag!!! macam mau pengsan di tempat kejadian!! seriously. terharu! terharu! dan teruja. beanbag ini bentuk singa. singa kodomolion. haha. saiz kecik utk diduduki tpai BESAR untuk dipeluki (??) hahahaha.. and, most importantly, they made my day (both ameng & muncit the kodomolion) OH CUTE!! :)
  • balik rumah masak dan makan lagi dan pengsan! voila!

IMG_7097 IMG_7096

29072010 IMG_7094

1. ella west
2. conteng2 dlm kelas.
3. 1st class honour hospitality di montgomery avenue.
4. muncit the kodomolion! :)

p/s: ym jahat. uhuks.

Thursday, July 29

ini untuk ria abadi.

kecintaan saya terhadap beanbag pernah saya suarakan di sini. hehehe.

ameng (ria abadi) tiba2 muncul di skype saya.

“kenapa riby suka beanbag?”

haha. tiada spesifik reason kawan. mungkin saya jatuh cinta sejak pertama melihatnya (yakni, xtaw bila). dan sampai sekarang saya belum terbeli pun. uhuks.

tapi saya ada gambar shomel untuk tatapan kalian. HUAHUAHUA!

IMG_6126

p/s: mengharap jangan ada yang jatuh cinta! hahahahaha. xoxo!

Sunday, July 25

you shit.

mulut longkang. berlagak macam taik. kumpau. eih yak ampun. tolonglah.