Showing posts with label fb. Show all posts
Showing posts with label fb. Show all posts

Tuesday, April 19

like mother like daughter

call mom beberapa hari lepas. lepas masing-masing tanya kabar, aku tanyalah mom tengah buat apa.

“tengah buat lesson plan ni.”

eh? kita samalah suda ni. adik pun baru siap buat lesson plan tadi.

“boring kan dekkkkkk,” mom cakap dalam nada paling boring.

manada boringgggg. besttttt. pastu ketawa-ketawa sinis. macam tebalik suda ni bu. sapa yang bilang jadi cekgu tu senang?

“hahaha. iya bah. nanti lepas adik abis belajar, adik sambung la apa-apa yang adik mau. ajul pun macam mau jadi doktor tau. haih. nda tau la tu kenapa mau jadi doktor.”

aik? kenapa sedih? dulu adik mau jadi benda lain, ibu cakap boleh kalau nda mau jadi cekgu, tapi mesti jadi doktor. memang dua ni seja ibu mau kan?”

“heeee. nda mau suda ibu paksa-paksa kamu. kesian ibu tengok adik.”

 

 

ok. mom sy bosan suda mau jadi cekgu. dia mau resign. tapi sapa mau kasi makan kami hahaha. kesian jugak mom sy. tunggu sy kerja dulu ah baru ibu resign =)

eh? macam mana saya mau kerja? saya pun mau resign nih. ok, zizan cepatlah pinang i. at least husband i artis. boleh quit dr bidang keguruan nih Y_Y

 

image

(haha. adakah begitu? syomel lah pulak mom sy ni)

Monday, September 20

ini penyakit remaja akhir zaman.

baru beberapa puluh minit deactivate facebook sudah macam cacing kepanasan. apalah aku mau buat bila online? xkan mau update belog berabis sampai satu hari 5 kali? HA HA HA.
cuba kamu bagi aku aktiviti menarik bila online. jadi aku tidak resah resah fikir pasal facebook. bukan ada apa pun kalau ber-facebook. semakin bosan tauk. tapi tapi tapi. gatal juga tangan mau intai-intai facebook. haish~
oh, artbook in progress. untuk minggu 1, suda berapa helai kertas aku rosak. haha. sikit-sikit tidak puas hati. =.=”
eh, tapi aku suka. aku suka conteng-conteng. deco2 sana sini, main kaler-kaler. hakhak.
heran ka kamu aku tiba-tiba rajin? sebab aku sudah jumpa tonik berubah sekelip mata. nehhh :P

Sunday, August 1

morning august! *hearts*

slm. hye readers. dah bulan august kan! yeay. sangat tak lama lagi puasa, dan tak lama lagi raya, dan tak berapa lama lagi balik! horayyy!

saya terbaca status mck saya kat facebook. tersedih. terkagum jgk. betul orang cakap, wanita memang diciptakan lemah, tapi boleh jadi insan yang kuat-sekuatnya. kagum saya dengan ketabahan hati wanita-wanita yang mendapat suami yang tidak berhati indah itu. nauzubillah. tak tahu macam mana kalau saya yg berada dalam situasi mcm tu. semoga Allah melindungi insan-insan teraniaya ini, diberi ketabahan hati yang banyaaakkkkkk untuk menghadapi ujian begitu. semoga anak-anak menjadi insan yang soleh dan menggembirakan hati ibu. huhu. kesiannya.

dan semoga Allah selamatkan keluarga kita. oh, btw alhamdulilah mak saya dah sihat sepenuhnya. alhamdulillah syukur ya Allah. doa saya untuk melindungi kedua ibu ayah, dan doa memohon Allah tidak menarik nikmat kebahagiaan yang telah diberikan kepada kami sekeluarga telah dimakbulkan.

sobs. sedihnya pulak!

semoga kawan-kawan beroleh kebahagiaan di august ni. dan selamat bulan menghantar assignment. hahaha. mari berjuang! :)

IMG_0008 (2)

laughter.smile.happiness. tq Allah :)

Sunday, July 25

dua lima/kosong tujuh/satu kosong

imy. tapi saya gagah. jadi saya cari sesuatu untuk menjadi Si Kalis Rindu.

saya pegi tengok video hotfm yang sumpah lawak. saya gembira. walaupun bukan sebab kamu, tapi sekurang-kurangnya saya gembira.

sekarang masa untuk tidur. dan saya masih gembira. sebab esok pagi bila saya bangun, saya boleh pangkah satu lagi kotak di kalendar saya. semakin hampir hari saya pulang ke sana.

blog

dan untuk hari ini. saya berjaya. berjaya menjadi Si Kalis Rindu.

nite b.

25072010(001)

Monday, March 1

kala malam bulan mengembang~~

net akan jadi bengong! tensen haku. fb jadi serba putih dan bergaris2. (bley imagine? heho) tapi u tube bhapak laju, ym bjalan lancarrr..

apa masalah ha?

duhh~~

 

ari ni 1st lecture ai! jadual baekk pnya~ hahaha.. lepak sungguh.
nnti aku cita pasal semua2 tu okeh! (jgn pcaya, sbb aku slalunya mungkir janji pasal update2 belog ni. muahaha)