Showing posts with label ameng. Show all posts
Showing posts with label ameng. Show all posts

Saturday, May 14

kusss semangat!

DEAR INCIK BELOG,

semalam mini condo kami di serang pemabuks. mungkin dua atau tiga orang. aku kurang pasti pasal kuantiti mereka, tapi yang pasti lebih dari seorang. kebetulan semalam aku x tidur di bilik, aku tidur di ruang tamu. dan housemate pulak stay up sampai pagi (rajin bukan?). oh, dia jugak membuat kerja di ruang tamu.

aku tidur sedikit lambat. mungkin pukul 1 pagi. kali pertama pintu kami diketuk kuat-kuat, kami tidak ambil port pun. “ah, si pemabuk lah tu!” hmm. lagipun pintu jiran-jiran pun diketuk juga. jadi kami ignore seja lah. aku yang time tu tengah tidur malas mau buka mata pun.

kali kedua pintu diketuk, kami masih lagi cool dan macho. aku terbangun dari tidur, tapi aku masih biarkan mereka. belum takut lagi.

nah, kali ketiga bila dorang datang lagi. aku betul-betul terkejut! sebab dorang ketuk berabis. rasa macam mau tercabut sliding door kami. terus bukak mata dengan terkejut juga, dan pusing tengok housemate, “meng!” suara dan mukak aku cemas. ameng laju-laju shushhhh kan aku. terdiam dan semakin takut. aku tengok ameng cool. aku pun diam-diam sejalah dalam duvet. ketakutan. tidak coolnya. hilang macho.

para pemabuks tu cakap, “we are still watching~~~~~” buduh. sumpah saiko. nasib baek aku tidak dengar betul-betul time dia cakap tu. ameng yang dengar haha. jadi aku  tidak tersaiko-lah konon ni. hehe. lepas tu aku tengok ameng masuk bilik ambil tudung. HERAN! dia mau pigi mana? takkan mau bubut si pemabuks.

rupanya dia minta tolong alif (yakni hero yang tinggal berdekatan) dan alif pun call campus watch. campus watch datang rumah dan ketuk pintu dengan berabis juga. (orang putih memang suka ketuk pintu sampai mau tercabut. posmen pun begitu jugak. haihs) kami senyap dan takut lagi HAHAHA. sampailah campus watch tu cakap, “campus watch!” LOL! macam kartun pulak kejadian semalam ni. (yalah tu macam katun, semalam takut sampai mukak pun nda boleh dilukis)


ok. kami pun selamat. sekian. eh, belum sekian lagi. kami pun tengok maharaja lawak HAHAHA. baru masing-masing pigi tidur. sekian =)

Monday, April 4

salah satu cerita classic untuk masa depan

HAHA. sebelum tu, entry ni aku tulis lepas aku tengok housemate aku emo. LOL.

housemate = emo sikit. aku = tak pernah tak emo.

 

well, korang faham lah aku kan. dari cara aku menulis pun korang boleh tau aku ni unpredictable. kejap hyper tak hengat, kejap lagi down gila kentang. even mak bapak aku pun cakap aku ni unpredictable. yang kadang-kadang dorang tak expect aku buat, aku boleh buat. tapi bila dorang mengharap sepenuh jiwa kat aku, aku bole fail pulak. contohnya SPM. hehe. dan memang itu pun kali pertama aku dengar bapak aku label aku unpredictable.

 

anyways, balik kepada aku dan housemate. housemate aku sekarang ni ada sorang jak pun. ameng nama dia. eh? korang da tau kan? heee. dulu aku ada 4 orang housemates. aku tak tinggal dengan dorang lagi tahun ni bukan sebab kitorang ada conflict pun, aku saja nak tukar angin. aku harap x adalah mana-mana pihak yang nak amek hati. heee. tapi kadang-kadang aku tak faham, mak aku yang serius lebih. asyik tanya aku kenapa aku pindah rumah? gaduh dengan dorang wani, diba bla3.. LOL. tiap kali call mak aku mesti pesan, “jangan jahat2 dengan kawan ok? jangan suka merajuk dengan kawan ok?” ataupun bila aku x keluar sekali dengan gadis2 ku, mesti mak aku cakap aku gaduh. pastu bila dia cakap dengan wani atau diba atau kawan-kawan yang lain, mesti tanya “ok ka dia? nda jahat? kamu layan seja la dia ah~” oh please mom. saya budak baeklah. mana ada main gaduh2 dengan kawan. tengok dorang ni ha. semua sehat-sehat belaka. haha

 

**********

 

tadi, aku tidur. lama gila. atiqahruhaizad memang synonymous with tidur petang lah kan~ pastu kalau aku bangun, aku terus hyper. z pernah cakap, aku ni cepat ‘restart’. orang bangun-bangun tidur mesti carik mood nak bcakap dulu, aku tak. bangun-bangun terus hyper buat lawak dan membebel. bila aku bangun tadi, aku tengok housemate aku tengah rajin buat homework poetry. padahal kan, aku yang ajak dia buat homework lepas kelas tadi. tapi aku pegi tidur. lepas aku semayang asar yang dah memang lambat, kitorang sembang-sembang macam biasa. tetiba aku pegi sambung baca belog awek chuck taylor tu. lepas aku da terbang ke dunia blogging, aku perasan housemate da siap2 kemas barang dia. pegi katil. tarik selimut sampai tutup muka. selubung abis. aik? tetiba je kan? dia memang tido atau tengah emo ni? aku sound sekali dua. tak respon. ok, tidur kot? tak mungkin. baru kejap tadi aku tengok dia. tapi memang tak gerak langsung ni? sah. emo.

 

macam mana aku boleh buat kesimpulan bahawasanya dia emo dengan membuta tuli macam tu? sebab aku pun macam tu! huahuahuaa! kamonlah. sila rujuk balik rumus kat atas yang berwarna merah tu. i lagi pro man! haha. bila aku tetiba hyper dan hormon sedih aku terembes, aku naik katil, nangis2 sampai tidur. tapi nangis kena silent beb. yelah kan sekarang dah kongsi bilik. malu kot kalau housemate tetiba dengar ada bunyi orang tarik2 hingus. LOL. kalau kebetulan ada handkerchief kat atas tilam lagilah berjaya tangisan dalam diam kau tu. tak payah nak sedut2 hingus. HAHA. yuck yuck.

 

**********

 

dulu kan, masa aku tinggal sorang di dalam sebuah bilik yang boleh tahan keluasannya, handkerchief merah memang wajib dekat aku. tulah kawan aku haha. time tu memang kalau tengah down ke, sedih ke, memang nanes tak hengat. yelah, xda orang lain pun dalam bilik. sekarang ni kena control. ingat lagi masa mula-mula pindah rumah baru ni. satu benda yang x best kitorang dua orang discover ialah ‘kurang privacy’. bukan sebab apa! bukan sebab tak pandai share bilik dengan orang, dan bukan sebab kurang interpersonal skill LOL. tapi sebab kurang privacy untuk kentut merata! wahahahahah. lemah betol. kalau dulu masa duduk sorang-sorang, lantaklah mau kentut macam mana sekali pun. sekarang ni kalau TER-kentut jugak. memang kau marathon terus cari air freshner perisa lemon. sembur sampai kau perasan kentut kau bau wangi lemon gitew! ahaks! sorry entry busuk sikit. tapi biarlah. hahahaha!

 

wey korang. kalau housemate emo nak buat apa ek? biarkan dia layan blues atau nak comfort? nak comfort macam mana? cakap apa kat dia? aku tak pandailah. kalau merajuk-merajuk ni aku terror lah. hehe. kalau skill merajuk aku 6 level higher than you people. wah gitu! haha. kalau part pujuk pompuan aku x reti. tapi kalau pujuk bf, tipulah dia tak cair. wakakakaka. thuik!

 

kalau aku ngan ameng, bila aku emo, dia tanya akan tanya aku ok tak? aku sedaya upaya buat suara cool dan macho terus cakap “ok!” tapi air mata mengalir deras. osseehh. maxure jugak aku tak tunjuk muka. buat2 macam malas nak toleh. hehe. standardlah kan? kalau ameng emo, aku tanya. DIA TAK BUNYIK LANGSUNG BEB! hahahahahaha. adalah yang dia rindu tu. wooops. esok dia baca ni kena sepaklah aku :p

 

dan hari tu kan. lepas dari gembira-gembira celebrate birthday wani, aku down sebenarnya. sebab aku sedar, aku macam ada satu penyakit baru. pernah dengar artis nyanyi lirik dia lebih kurang macam ni “di dalam keramaian aku masih merasa sepi”. pernah? kalau tak pernah dengar sini. ok, macam tu lah aku rasa. rasa tetiba lost, padahal keadaan sekitar sangat meriah gila. macam bila happy-happy aku teringat the loved one lah kan? maka terus jadi sedih sikit. sebab tu, lepas balik dari celebration birthday wani (jumaat) aku terus down dan berkurung kat rumah tak bersosial sepanjang hujung minggu. aku malas nak bergembira, sebab… yeah, malas nak happy sangat, sebab akan sedih tiba2. pathetic sungguh kisah hidup macam ni, aite?

 

ok. sambung balik part balik dari celebration tu. otw balik, aku dengan ameng kurang bersuara. masing-masing layan blues. aku sikit lagi nak nangis sebab tersedih. tapi control lah kan. takkan nak melalak tengah jalan. tetiba bila sampai part tepi sungai leith, di bawah laluan bawah pokok yang berdaun kuning tu, ameng menjiwang dengan aku tak pasal-pasal.

 

“thanks by” (by tu riby, bukan baby okeh! jangan tuduh aku gay)

apasal?”

“sebab buat hidup ameng bahagia.”

erk? aku stop berjalan. tersentuh sebenarnya. pastu ameng gelak-gelak. tapi aku tengok dia serius. kan aku tengah tahan air mata yang bertakung. tetiba macam nak meletus time tu jugak. tempat da ngam, memang stok-stok syahdu punya scene. bawah pokok, angin kuat, tepi sungai, pehhh! ok, kitorang teruskan perjalan lepas beberapa saat melalui aukward awkward <--- eh, xda garis merah meaning spelling tu betul lah. blurr mcm mana nak spell okwerd. LOL moment tu.

 

ok, bila da teruskan perjalanan. ameng menjiwang lagi. peh. dia sambung cakap lagi. tapi biarlah rahsia. hehe. terus kitorang balik rumah dan aku terus cari katil. zzzZ.

 

 

dalam minggu lepas, itu kali kedua orang cakap thanks kat aku dengan tak semena-mena (aku suka betul perkataan semena-mena ni macam tsamina2 eh eh waka2 eh eh!)

 

 

hari tu ada sorang lagi. kawan jugaklah. tetiba aku duduk sebelah dia dalam kelas. dia cakap thanks.

aku tanya apahal. dia cakap sebab aku mcm stand for her. alah, not really stand for her pun. aku just cakap pandangan aku beberapa hari sebelum tu. dia anggap aku mcm rihanna pulak (you can stand under my um-be-rella-ella-eh-eh)

 

tapi. dua-dua thanks tu buat aku terharu. gila kau tak haru haha! aku ni brutal2 jugak (gila poyo statement), tapi bila part syahdu2 ni aku lemah lahahahahaha. oh, untuk kwn2 yang sentiasa menceriakan hari aku. terima kaseh. sungguh haru ada kawan macam kamu. *lap air mata* wahahaha. tak pasal-pasal emo. housemate punya pasal la ni =_=”

 

 

dan. hey. sometimes, kata-kata appreciation mcm gitu lah yang buat aku kuat. dan rasa diperlukan lagi. LOL. poyo nak mampus.

 

 

 

 

 

p/s: tolong baca dengan rasa nak gelak, tapi menyedut intipati ayat dengan dalam sekali hingga menusuk kalbu!

p/s/s: see, ameng tak tido pun sebenarnya. dia dah bangun baca novel & main hp dengan tak semena-mena eh eh, waka waka eh eh! :p

 

 

 

loves,

atiqah, riby, tqa, tiq, sayang <----ossseehhhh! hahah. bye lah.

Wednesday, March 30

that feeling…when you’re excited to wear the new outfit you just bought…

HAHA. ok, title suda menunjukkan sedikit excitement bukan? hekhek

tadi aku berkelas sampai tengahari sahaja. which means, sebelah petang adalah percuma  (free :p)

ameng (cik housemate) mengajak ke town (town yang kecik seja, hanya ada satu main street dan kedai yang SEDIKIT. tapi awas! kau bisa tershopping berabis juge! heran betul).

tujuan utama ameng tadi adalah membeli cell phone sebijik, saya pulak mahu membeli ink printer dan kami akan singgah di New World, HANYA UNTUK BELI 3 BARANG RUMAH yakni detergent, mr.muscle dan minyak masak. hehe

 

TAPI we ended up buying tonnes of unnecessary things!

 

bila masuk Kmart, kami terserempak aunt gladys (supervisor terbaekkk yang suka menghasut kami untuk beli baju yang memang selalu terbaekkk! aunt gladys ni orang mesia). aku say hi dengan aunty dia terus suh aku tengok cardingan yang $5 =_=” nasib baek aku lari cepat2! HAHAHA.

 

sedikit malang untuk ameng, sebab terhasut membeli beberapa helai syeluar. wahahahaha. tapi siok okeh! semua cantek-cantek dan murah-murah. seronotnya tengok dia memborong! aunty memang terbaek =_=”

aku sempat gerabbb pyjama. pyjama idaman dari sem lepas-lepas. haha. dan dua bijik scarfs, dan baking utensils warna merah (barang merepek sungguh). keluar dari Kmart, kami pegi beli phone ameng.  seterusnya singgah di DIVA. sempat gerabbb xcessory wanita. uiseh =_=” (nang diva la kitak ow?!) later i pose2 untuk kasik tengok you all k? haks. gedik ;p

P3300020

 

oh, pegi kedai jam jugak sebab saya tukar tali jam. sangat tidak mahu tukar sebenarnya, tapi sangat nazak suda pun keadaan dia, sikit lagi mau putus. nanti tiba-tiba dia putus di tengah jalan, pastu jatuh berkecai macam mana? sapa mau tanggung? kau? ha! jawab. *bongok tetiba emo*

P3300015

 

sempat duplicate kunci rumah jugak :)
nda best lah pakai jam dengan tali baru, keras. tak suka T___T

 

perjalanan tak berhenti di situ ya kawan-kawan. sambung lagi pegi kedai menjahit. oh aku pernah bagitau meh aku menjahit? haha. dan aku beli sewing machine hari tu. LOL. lepas ni sapa mau jahit langsir bole hantar tempat aku. masuk kedai menjahit tu pun menerujakan jugak, tapi nda beli apa-apa sebab masih noob dalam bidang jahit-menjahit. kisah menjahit kita cerita bulan depan lah haha.

 

dan seterusnya baru pegi New World. ini memang betul-betul beli 3 bijik barang rumah seja. ok, bagus. jangan membazir. tapi lepas pegi situ, pegi stationary warehouse pule! beli ink (ok, ngamlah tu, student kan, mesti banyak mau print-print). bagus, wise! tapi yang tidak bagusnya, spend jugak $30 untuk benda lain. gila. again, beli benda merepek. kertas hiasan-hiasan apa entah =_=” (tapicanteksayasukaaaahahaha)

P3300023

 

keluar shopping yang tidak dirancang adalah menyedihkan okeh. masa pilih2 barang tu memanglah perasaan kau paling berkobar! lepas seja swipe card, kau tiba-tiba mengalami kemurungan. dan kemurungan berterusan sepanjang perjalanan balik ke rumah. ha, mulalah mengira-ngira duit. syaitonirojim pun sudah bersorak gembira. omaigod. macam mana aku boleh tewas dgn nafsu. sedihnya duit abes T__T

 

tapi bila sampai rumah, cepat-cepat koyak (koyak, lebih dramatik rite?) segala plastic bag sebab mau tengok barang apa yang dibeli tadi, dan cepat-cepat mau pakai baju/kasut/beg dan bergaya depan cermin! mana pergi rasa sedih?? ajaibnya.

 

balik rumah terus pakai pyjama baru siang-siang sampai malam sampai pagi dan ulang sampai satu minggu! wahahaha. sakkai punya pasal. biarrr! :p

280981-008
shomel ah pagi-pagi bangun stretching dengan pyjama baru! lagi best bila bangun2 ada laki kat sebelah. wahahaha!

gambar cilok dari sini.

 

sebelah malam tengok movie, kononnya bagi reward kat diri sendiri sebab da siap discuss research proposal. wah gitu! ;)

 

 

till then. thanks for readin. have a nice day people ;)