Showing posts with label poyo. Show all posts
Showing posts with label poyo. Show all posts

Sunday, June 5

i dah cakap, dorang main sangat setailll~

hello peeps! how’s your sunday going? ada tengok melodi? ee bestnya, lama gila aku nda tengok melodi. lagi-lagi sekarang ni zizan yang jadi host kan? kimslm jaklah.

entry hari ni mo sambung laporan MSIA vs. NZ. semalam game kedua berlangsung di tempat yang sama. aku datang lambat sikit dan terlupa nak bawak botol (untuk ketok2 buat bising haha. x sopan sungguh).

team kita main sangat style okehhh! soooo much better than the previous day. mula-mula tu black stick score dulu 1-0. supporters mesia pun macam kurang semangat. then mesia score jugak. dan 10 minit(aku agak-agak je ni) sebelum full time mesia score lagi 1. leading 2-1 okehhh!

unfortunately, black stick score lagi satu bijik dan menjadikan keputusan seri kaya. okeh, game pun habis! haha. final score 2-2

yang best kan yang best kan, lepas team kita score, opponent terus macam gabra dan macam panas. huah! terus main kasar juge. boo! pastu refree bias. penjelek betul. eh xpalah. yang penting kita hebat. kalah pun hebat, draw pun hebat!

  1. hari ni team mesia pakai shirt warna merah (eh, itu pun kecoh ka riby?)
  2. ni rasanya masa dorang discuss-discuss sebelum shoot penalty corner. uiseh uiseh.
  3. lepas habis game, dorang cooling down. dan supporters sibuk tunggu kat luar nda pandai mau balik. mau ambil gambar konon. oh sakkainya kan? bukan selalu beh. kasi can lah kami sakkai sekejap.
  4. ok, amek gambau!
  5. zoom in: apahal senyuman aku lebar semacam. oh pelis. lempang nak?

 

 

p/s: hari ni aku join arep bawak hockey team ni jalan-jalan pusing dunny. serius sakkai dan excited! will tell you in my next entry (probably tomorrow). nite peeps! <3

Saturday, May 21

silent reader(s)

sapa ada belog angkat tangan!

kalau ada belog, sapa tahu perasaan sangat-sangat-sangat ingin tahu siapa readers dia?

pernah tak berharap Live Traffic Feed/Blog Stats tu berfungsi dengan lebih cekap dan jitu? err seperti memberi details yang lebih spesifik (cth: jantina pembaca, alamat rumah, dan hobi pembaca?)

image

oh kamon~ kuala lumpur besar yok! letak alamat rumah terus baru aku puas hati.
ni sama jugak macam “wey, aku nak bagitau ko story ni, eh tp tak jadilah nnti ko marah pulak” wtf.
emosi tak semena-mena. maaf. (gambar contoh semata)

kenapa mau tau sangat silent reader(s)? 5S!

segan.

blog ni sumpah merapu. juga merangkap tempat merepot kejadian harian yang kadang-kadang sungguh annoying. yalah, sebab… “apahal ko nak report segala kejadian kat sini. kecoh la wey!” oleh sebab itu, saya segan bila orang-orang yang tidak se-species dengan saya membaca belog ni. serius segan.

saspen.

kewujudan unsur saspen ni pun bikin tak sedap duduk. kalau visitor dr plymouth aku da tau lah RR. haha. kalau visitor dr egypt mungkin iyan. dulu kalau ada visitor dr russia, mungkin z dtg untuk kutuk blog aku. tapi kalau dari AUCKLAND?? siapa wey? yang aku kenal kat oklen kak bedah sorang jak. itupun aku nda rasa dia jumpa blog aku. ha! saspen tauk! (poyo i know. nak saspen2 segala. rilek sudey. L~)

sayang.

eceh. eceh. haha.  aku sayang reader(s) aku. jadi kalau korang baca senyap-senyap, harem sekali pun tak pernah tinggal jejak, mcm mn aku nak sayang sbb aku tak tau sapa. pls dong ah, i tak makan orang Vampire bat 

shock.

ada beberapa orang kawan aku kat sini yang aku tak pernah expect dorang baca belog aku. tetiba dorang bagitau/bagi hint kat aku yang dorang baca blog aku. dem segan. cuba explain macam mana AZMAN boleh jumpa blog aku? azman blog walking? oh tidakkkk~ unsangkarable! lately sorang-sorang mengaku baca belog aku dan siap bahan aku. tsk

skuriusity.

kuriusity (curiousity) sebenarnya tapi saja tambah ‘s’ biar jadi 5S. haha. aku nak tau silent reader(s) aku simply sebab aku nak tau.

p/s: aku berabad jadi silent reader kak cinoi. not anymore. tehee!
p/s/s: wahai silent reader(s) sayhaitumi (say hi to me) pleaseee ^__^

 

till then. bye readers! bye silent readers! heks.

iklan: amalkan 5S! sisih – susun – sapu – seragam – selalu!

Tuesday, May 17

autumn escape: day 5! haha

first of all, sorry for the delay! eceh eceh. macam ada seja orang perasan day 5 autumn escape ku tiada.

jaddey begini ceritanya… hari ke 5, iaitu hari terakhir, kami pusing-pusing di sekitar christchurch seja dan kemudian balik ke dunedin via oamaru. perjalanan balik lebih kurang 6 jam jugak :)

jnn.

so, destinasi pertama hari tu ialah riccarton mall (kot!). masa sampai situ rasa macam balik mesia sebab shopping mall dia macam best, eh mcm mesia lah yang pentingnya. FYI, shopping mall sini tak semeriah di mesia. kecil-kecil belaka hahaha. boo nz :P lepas lunch singgah dress mart tapi i bought nothing sebab i miskin. oh, tedah~

christchurch was once one of my fav places. the very first time i went to chch (last winter), i fell in love with that beautiful  place immediately. shopping souvenir sangat terbaek di sana, sangat murah, tempat lawa, tempat shopping pun banyak. makan pun banyak halal. seronok.

tapi sekarang bila sampai chch, sangat menyedihkan. hurm, lepas earthquake hari tu, banyak bangunan runtuh =(
pastu nda boleh masuk kawasan town, semua tutup. SEMUA! nda da sorang pun boleh masuk. kesian dorang kan, mesti ada yang homeless, jobless, town tu besar gila kot. kalau tutup macam mana orang mau keja? sedih sikit masa pusing-pusing hari tu.

DSC_8615

DSC_8638DSC_8640DSC_8643DSC_8646DSC_8647DSC_8649

those are the photos yang i sempat captured dari dalam kereta. sedih tak sedih tak? sedih kannnn Y_Y

ok. hari tu jugak aku ajak dorang pegi University of Canterbury. saja mau pegi. selama pegi chch nda pernah lagi aku sampai uni ni. eheks. mau ambil gambar di batu belah batu bertangkup seja pun. lagipun ini bakal university ipar aku (wahahah bf adik saia). jadi semangatlah mau mengumpau sama iyan, saya suda sampai uni itu. eheks.

DSC_8586

DSC_8602

DSC_8598

then, kitorang pegi beach juge. entah beach apa tu. sebab kami pun bosan jugak, nda tau mau buat apa di chch tu. bah, mari ke beach pulak. tehee!!

DSC_8663

DSC_8678DSC_8701

si gemok.

errr. dan kami pun balik ke dunedin yang sejuk membeku. disambut dengan 4’c! tapi sejuk macam mana pun, dunedin tetap terchenta. wakaka tiba-tiba ku mempoyo. byelah!

 

ok. pengembaraan tamat. terima kasih kerana memilih penerbangan ini :P

 

ini entry melawat chch tahun lepas

Monday, April 4

salah satu cerita classic untuk masa depan

HAHA. sebelum tu, entry ni aku tulis lepas aku tengok housemate aku emo. LOL.

housemate = emo sikit. aku = tak pernah tak emo.

 

well, korang faham lah aku kan. dari cara aku menulis pun korang boleh tau aku ni unpredictable. kejap hyper tak hengat, kejap lagi down gila kentang. even mak bapak aku pun cakap aku ni unpredictable. yang kadang-kadang dorang tak expect aku buat, aku boleh buat. tapi bila dorang mengharap sepenuh jiwa kat aku, aku bole fail pulak. contohnya SPM. hehe. dan memang itu pun kali pertama aku dengar bapak aku label aku unpredictable.

 

anyways, balik kepada aku dan housemate. housemate aku sekarang ni ada sorang jak pun. ameng nama dia. eh? korang da tau kan? heee. dulu aku ada 4 orang housemates. aku tak tinggal dengan dorang lagi tahun ni bukan sebab kitorang ada conflict pun, aku saja nak tukar angin. aku harap x adalah mana-mana pihak yang nak amek hati. heee. tapi kadang-kadang aku tak faham, mak aku yang serius lebih. asyik tanya aku kenapa aku pindah rumah? gaduh dengan dorang wani, diba bla3.. LOL. tiap kali call mak aku mesti pesan, “jangan jahat2 dengan kawan ok? jangan suka merajuk dengan kawan ok?” ataupun bila aku x keluar sekali dengan gadis2 ku, mesti mak aku cakap aku gaduh. pastu bila dia cakap dengan wani atau diba atau kawan-kawan yang lain, mesti tanya “ok ka dia? nda jahat? kamu layan seja la dia ah~” oh please mom. saya budak baeklah. mana ada main gaduh2 dengan kawan. tengok dorang ni ha. semua sehat-sehat belaka. haha

 

**********

 

tadi, aku tidur. lama gila. atiqahruhaizad memang synonymous with tidur petang lah kan~ pastu kalau aku bangun, aku terus hyper. z pernah cakap, aku ni cepat ‘restart’. orang bangun-bangun tidur mesti carik mood nak bcakap dulu, aku tak. bangun-bangun terus hyper buat lawak dan membebel. bila aku bangun tadi, aku tengok housemate aku tengah rajin buat homework poetry. padahal kan, aku yang ajak dia buat homework lepas kelas tadi. tapi aku pegi tidur. lepas aku semayang asar yang dah memang lambat, kitorang sembang-sembang macam biasa. tetiba aku pegi sambung baca belog awek chuck taylor tu. lepas aku da terbang ke dunia blogging, aku perasan housemate da siap2 kemas barang dia. pegi katil. tarik selimut sampai tutup muka. selubung abis. aik? tetiba je kan? dia memang tido atau tengah emo ni? aku sound sekali dua. tak respon. ok, tidur kot? tak mungkin. baru kejap tadi aku tengok dia. tapi memang tak gerak langsung ni? sah. emo.

 

macam mana aku boleh buat kesimpulan bahawasanya dia emo dengan membuta tuli macam tu? sebab aku pun macam tu! huahuahuaa! kamonlah. sila rujuk balik rumus kat atas yang berwarna merah tu. i lagi pro man! haha. bila aku tetiba hyper dan hormon sedih aku terembes, aku naik katil, nangis2 sampai tidur. tapi nangis kena silent beb. yelah kan sekarang dah kongsi bilik. malu kot kalau housemate tetiba dengar ada bunyi orang tarik2 hingus. LOL. kalau kebetulan ada handkerchief kat atas tilam lagilah berjaya tangisan dalam diam kau tu. tak payah nak sedut2 hingus. HAHA. yuck yuck.

 

**********

 

dulu kan, masa aku tinggal sorang di dalam sebuah bilik yang boleh tahan keluasannya, handkerchief merah memang wajib dekat aku. tulah kawan aku haha. time tu memang kalau tengah down ke, sedih ke, memang nanes tak hengat. yelah, xda orang lain pun dalam bilik. sekarang ni kena control. ingat lagi masa mula-mula pindah rumah baru ni. satu benda yang x best kitorang dua orang discover ialah ‘kurang privacy’. bukan sebab apa! bukan sebab tak pandai share bilik dengan orang, dan bukan sebab kurang interpersonal skill LOL. tapi sebab kurang privacy untuk kentut merata! wahahahahah. lemah betol. kalau dulu masa duduk sorang-sorang, lantaklah mau kentut macam mana sekali pun. sekarang ni kalau TER-kentut jugak. memang kau marathon terus cari air freshner perisa lemon. sembur sampai kau perasan kentut kau bau wangi lemon gitew! ahaks! sorry entry busuk sikit. tapi biarlah. hahahaha!

 

wey korang. kalau housemate emo nak buat apa ek? biarkan dia layan blues atau nak comfort? nak comfort macam mana? cakap apa kat dia? aku tak pandailah. kalau merajuk-merajuk ni aku terror lah. hehe. kalau skill merajuk aku 6 level higher than you people. wah gitu! haha. kalau part pujuk pompuan aku x reti. tapi kalau pujuk bf, tipulah dia tak cair. wakakakaka. thuik!

 

kalau aku ngan ameng, bila aku emo, dia tanya akan tanya aku ok tak? aku sedaya upaya buat suara cool dan macho terus cakap “ok!” tapi air mata mengalir deras. osseehh. maxure jugak aku tak tunjuk muka. buat2 macam malas nak toleh. hehe. standardlah kan? kalau ameng emo, aku tanya. DIA TAK BUNYIK LANGSUNG BEB! hahahahahaha. adalah yang dia rindu tu. wooops. esok dia baca ni kena sepaklah aku :p

 

dan hari tu kan. lepas dari gembira-gembira celebrate birthday wani, aku down sebenarnya. sebab aku sedar, aku macam ada satu penyakit baru. pernah dengar artis nyanyi lirik dia lebih kurang macam ni “di dalam keramaian aku masih merasa sepi”. pernah? kalau tak pernah dengar sini. ok, macam tu lah aku rasa. rasa tetiba lost, padahal keadaan sekitar sangat meriah gila. macam bila happy-happy aku teringat the loved one lah kan? maka terus jadi sedih sikit. sebab tu, lepas balik dari celebration birthday wani (jumaat) aku terus down dan berkurung kat rumah tak bersosial sepanjang hujung minggu. aku malas nak bergembira, sebab… yeah, malas nak happy sangat, sebab akan sedih tiba2. pathetic sungguh kisah hidup macam ni, aite?

 

ok. sambung balik part balik dari celebration tu. otw balik, aku dengan ameng kurang bersuara. masing-masing layan blues. aku sikit lagi nak nangis sebab tersedih. tapi control lah kan. takkan nak melalak tengah jalan. tetiba bila sampai part tepi sungai leith, di bawah laluan bawah pokok yang berdaun kuning tu, ameng menjiwang dengan aku tak pasal-pasal.

 

“thanks by” (by tu riby, bukan baby okeh! jangan tuduh aku gay)

apasal?”

“sebab buat hidup ameng bahagia.”

erk? aku stop berjalan. tersentuh sebenarnya. pastu ameng gelak-gelak. tapi aku tengok dia serius. kan aku tengah tahan air mata yang bertakung. tetiba macam nak meletus time tu jugak. tempat da ngam, memang stok-stok syahdu punya scene. bawah pokok, angin kuat, tepi sungai, pehhh! ok, kitorang teruskan perjalan lepas beberapa saat melalui aukward awkward <--- eh, xda garis merah meaning spelling tu betul lah. blurr mcm mana nak spell okwerd. LOL moment tu.

 

ok, bila da teruskan perjalanan. ameng menjiwang lagi. peh. dia sambung cakap lagi. tapi biarlah rahsia. hehe. terus kitorang balik rumah dan aku terus cari katil. zzzZ.

 

 

dalam minggu lepas, itu kali kedua orang cakap thanks kat aku dengan tak semena-mena (aku suka betul perkataan semena-mena ni macam tsamina2 eh eh waka2 eh eh!)

 

 

hari tu ada sorang lagi. kawan jugaklah. tetiba aku duduk sebelah dia dalam kelas. dia cakap thanks.

aku tanya apahal. dia cakap sebab aku mcm stand for her. alah, not really stand for her pun. aku just cakap pandangan aku beberapa hari sebelum tu. dia anggap aku mcm rihanna pulak (you can stand under my um-be-rella-ella-eh-eh)

 

tapi. dua-dua thanks tu buat aku terharu. gila kau tak haru haha! aku ni brutal2 jugak (gila poyo statement), tapi bila part syahdu2 ni aku lemah lahahahahaha. oh, untuk kwn2 yang sentiasa menceriakan hari aku. terima kaseh. sungguh haru ada kawan macam kamu. *lap air mata* wahahaha. tak pasal-pasal emo. housemate punya pasal la ni =_=”

 

 

dan. hey. sometimes, kata-kata appreciation mcm gitu lah yang buat aku kuat. dan rasa diperlukan lagi. LOL. poyo nak mampus.

 

 

 

 

 

p/s: tolong baca dengan rasa nak gelak, tapi menyedut intipati ayat dengan dalam sekali hingga menusuk kalbu!

p/s/s: see, ameng tak tido pun sebenarnya. dia dah bangun baca novel & main hp dengan tak semena-mena eh eh, waka waka eh eh! :p

 

 

 

loves,

atiqah, riby, tqa, tiq, sayang <----ossseehhhh! hahah. bye lah.

Wednesday, March 30

that feeling…when you’re excited to wear the new outfit you just bought…

HAHA. ok, title suda menunjukkan sedikit excitement bukan? hekhek

tadi aku berkelas sampai tengahari sahaja. which means, sebelah petang adalah percuma  (free :p)

ameng (cik housemate) mengajak ke town (town yang kecik seja, hanya ada satu main street dan kedai yang SEDIKIT. tapi awas! kau bisa tershopping berabis juge! heran betul).

tujuan utama ameng tadi adalah membeli cell phone sebijik, saya pulak mahu membeli ink printer dan kami akan singgah di New World, HANYA UNTUK BELI 3 BARANG RUMAH yakni detergent, mr.muscle dan minyak masak. hehe

 

TAPI we ended up buying tonnes of unnecessary things!

 

bila masuk Kmart, kami terserempak aunt gladys (supervisor terbaekkk yang suka menghasut kami untuk beli baju yang memang selalu terbaekkk! aunt gladys ni orang mesia). aku say hi dengan aunty dia terus suh aku tengok cardingan yang $5 =_=” nasib baek aku lari cepat2! HAHAHA.

 

sedikit malang untuk ameng, sebab terhasut membeli beberapa helai syeluar. wahahahaha. tapi siok okeh! semua cantek-cantek dan murah-murah. seronotnya tengok dia memborong! aunty memang terbaek =_=”

aku sempat gerabbb pyjama. pyjama idaman dari sem lepas-lepas. haha. dan dua bijik scarfs, dan baking utensils warna merah (barang merepek sungguh). keluar dari Kmart, kami pegi beli phone ameng.  seterusnya singgah di DIVA. sempat gerabbb xcessory wanita. uiseh =_=” (nang diva la kitak ow?!) later i pose2 untuk kasik tengok you all k? haks. gedik ;p

P3300020

 

oh, pegi kedai jam jugak sebab saya tukar tali jam. sangat tidak mahu tukar sebenarnya, tapi sangat nazak suda pun keadaan dia, sikit lagi mau putus. nanti tiba-tiba dia putus di tengah jalan, pastu jatuh berkecai macam mana? sapa mau tanggung? kau? ha! jawab. *bongok tetiba emo*

P3300015

 

sempat duplicate kunci rumah jugak :)
nda best lah pakai jam dengan tali baru, keras. tak suka T___T

 

perjalanan tak berhenti di situ ya kawan-kawan. sambung lagi pegi kedai menjahit. oh aku pernah bagitau meh aku menjahit? haha. dan aku beli sewing machine hari tu. LOL. lepas ni sapa mau jahit langsir bole hantar tempat aku. masuk kedai menjahit tu pun menerujakan jugak, tapi nda beli apa-apa sebab masih noob dalam bidang jahit-menjahit. kisah menjahit kita cerita bulan depan lah haha.

 

dan seterusnya baru pegi New World. ini memang betul-betul beli 3 bijik barang rumah seja. ok, bagus. jangan membazir. tapi lepas pegi situ, pegi stationary warehouse pule! beli ink (ok, ngamlah tu, student kan, mesti banyak mau print-print). bagus, wise! tapi yang tidak bagusnya, spend jugak $30 untuk benda lain. gila. again, beli benda merepek. kertas hiasan-hiasan apa entah =_=” (tapicanteksayasukaaaahahaha)

P3300023

 

keluar shopping yang tidak dirancang adalah menyedihkan okeh. masa pilih2 barang tu memanglah perasaan kau paling berkobar! lepas seja swipe card, kau tiba-tiba mengalami kemurungan. dan kemurungan berterusan sepanjang perjalanan balik ke rumah. ha, mulalah mengira-ngira duit. syaitonirojim pun sudah bersorak gembira. omaigod. macam mana aku boleh tewas dgn nafsu. sedihnya duit abes T__T

 

tapi bila sampai rumah, cepat-cepat koyak (koyak, lebih dramatik rite?) segala plastic bag sebab mau tengok barang apa yang dibeli tadi, dan cepat-cepat mau pakai baju/kasut/beg dan bergaya depan cermin! mana pergi rasa sedih?? ajaibnya.

 

balik rumah terus pakai pyjama baru siang-siang sampai malam sampai pagi dan ulang sampai satu minggu! wahahaha. sakkai punya pasal. biarrr! :p

280981-008
shomel ah pagi-pagi bangun stretching dengan pyjama baru! lagi best bila bangun2 ada laki kat sebelah. wahahaha!

gambar cilok dari sini.

 

sebelah malam tengok movie, kononnya bagi reward kat diri sendiri sebab da siap discuss research proposal. wah gitu! ;)

 

 

till then. thanks for readin. have a nice day people ;)

Saturday, March 26

LIVE dari villa mereka di Queen St. ahaks!

kemarin aku lepak di rumah dorang budak-budak ni. walaupun perjalanan hampir 2 marhalah dan memenatkan, tapi bila sampai tu berbaloi-baloi jugaklah. sebab? sebab boleh main ipad puas-puas (sakai) dan berpeluang tengok rumah orang kaya (especially AZMANNNN!)

 

motif berkunjung adalah untuk discuss pasal easter break nanti. plan mau pusing-pusing south island. tapi sebenarnya lagi banyak buang masa buat benda lagho daripada bincang pasal trip tu.

 

eh, eh, skip lah semua tu. yang penting sekarang mau tunjuk kehebatan villa mereka dan monitor PC azman yang BHAPAK besar! flat screen 42” okeh! online dari katil pun masih boleh nampak. kalau karaoke via youtube pun mesti masyuk kan? wuwu.. bestnya. bestnya!

DSC_6768

besar gila kan? tengok belog sendiri besar-besar sangat menerujakan! HAHA.

DSC_6766

ada ipad you know~ hahaha. teruja melampau you know. oh puhlis tqa~

 

tiba-tiba kami dapat idea buat vlog. ya, KAMI. sebab mereka turut teruja haha. lawak betul time tu. daus (bukan nama sebenar) siap pakai blazer kononnya beliau producer.

 

5 minit lagi kita on air”, kata producer kepada cameraman & aku. tetiba hp producer ringing. dia cakap  “ha?  ape? ye ye. die tgh mekap. ape? peminat tak sabar??!! sabar la sikit!” HAHAHAHA. itu daus producer saya cakap. vongok. pecah perut time tu.

 

cameraman pulak sibuk keluarkan dslr dia. hakhak. semangat okeh. siap dgn tripod. okeh, sekarang kamu sila gambarkan perasaan saya time tu. wakaka.

 

ada lah jugak 3 kali record. haha.

tapi sebab saya selekeh dan tidak cantek petang itu, saya tidak mau upload lah vlog tu HAHAHAHA! (mcmlah hari-hari lain aku cantek dan tidak selekeh heh)

 

oklah, sekian dulu.

p/s: bahaya tau ada screen besar-besar tu. perasaan tengok belog sendiri jadi lain macam. urm, urm, macam makin bertambah obses dengan belog sendiri. haha. bahayanihhh!

 

 

oh ya. ptg tadi, kitorang pegi tengok circus! seronot! best best. penat ketawa =)

esok update lagi okeh? till then people! thanks for readin

Wednesday, September 15

hey hey..

we all masuk paper lagi! ahahahaha. poyo tak hengat, bukan? pegi cari utusan hari ini okeh? ;)
lecture tinggal 4 minggu lagi. hari ni dah hari khamis. i mean. beberapa puluh minit lagi. cepat kan? macam baru saja puasa sebulan, dan menyambut raya secara meriah. tiba-tiba suda boleh start menghitung hari untuk pulang ke tanah air. apalah perasaan saya bila kapal terbang landing di KLIA nanti? hahaha. pasti sweet abis!
minggu ni, kena pegi sekolah untuk buat reading & writing (english), dan hujung minggu ada raya celebration.
minggu depan, pegi sekolah lagi untuk ajar multiplication (maths), dan hopefully minggu elaun masuk =.="
(aku broke tahap gaban nih)
minggu satu lagi, hantar beberapa assignment, (popular literature & classroom management)
minggu satu lagi, mak wani datang!
minggu satu lagi, hantar lesson plan (Ning), essay classroom management lag, dan reflection untuk drama.
kesimpulan: tidak termasuk minggu ini. hanya ada 4 minggu lecture sahaja lagi. wiheeee!
kemudian, 2 minggu untuk exam weeks, di mana saya hanya akan ada 2 paper.
selepas itu ada practicum (mungkin seminggu) di sekolah kanak-kanak comel di sini.
dan insyaAllah akan pulang ke tanah air. yeay!