Monday, August 2

kesayangan.

Encik YM ada hamster. seekor. (dia beberapa kali try beli banyak ekor tapi semua tak kekal lama, huah! power la yang seekor tuh!) okeh. nama dia kentut. ya ya. kentut. sebab saya kan puan persuasive dan saya yang mencadangkan nama tu sempena nama kucing tira (saya jgk yang bagi nama kucing tu). Encik YM berusaha jgk untuk tukar nama si kentut, tapi nda pernah jumpa nama yang comel, akhirnya dia mengalah. HOHO! <—ketawa menang.

Encik YM balik tawau hari jumaat lepas, naik bas. tiada orang jaga kentut di rumah. terpaksa ditinggalkan untuk berdikari. saya baru call Encik YM tadi, sy tanya pasal kentut. Encik YM cakap dia mimpi kentut semalam! cis geramnya saya. binatang kecik tu pulak dia boleh rindu-rindu sampai masuk dalam mimpi, dengan saya dia boleh buat bodoh pulak. penat saya merajuk lama-lama sampai terpaksa emo-emo di blog kan? hahahaha. grrrrr!

lepas tu dia mimpi apa? dia mimpi kentut kena makan ikan besar! nampak sangat dia takut si kentut mati sepanjang pemergiannya. nanti saya masak kari si kentut tu baru taw!

Sunday, August 1

muncit the kodomolion say “hye hye” kat you all!

kawans, tadi saya keluar ke town. setelah sekian lama berkurung di dalam bilik! dan tadi family saya di KK pindah rumah. oh, mungkin lagi tepat ‘pindah flat’. dekat jugak. area luyang. ehe! masih senang mau keluar dating. huahuahua!

tadi kan. saya pegi tut untuk cari tut. (mana bole kasi taw!) hahahaha. malu bah saya mau cakap. nanti sudah berjaya saya bagi taw okeh!

saya tulis blog dengan malu-malu sebab saya segan bila orang baca blog saya (walaupun housemate saya sendiri) tapi bila saya menulis, saya rasa banyak sangat peminat saya di luar sana! mereka yang selalu jadi silent readers saya. HAHAHAHA. statement menvunuhhh ka? gilahahahahah!

sesungguhnya saya segan dengan kamu semua, jadi bila saya terserempak kamu di dunia realiti jangan lah hint-hint saya yang kamu baca blog saya, okeh! please. nanti saya blushing. awwww!

eh. eh. tapi keep reading! hahaha. sebab saya suka kamu baca. apatah lagi tinggalkan komen. walaupun saya jarang reply. tapi ketahuilah saya menghargainya punnnn! oh, kalau malas, sila cakap kat cbox sahaja okeh!

sayang you all,
-lisa-
MUAHAHAHAHA!

morning august! *hearts*

slm. hye readers. dah bulan august kan! yeay. sangat tak lama lagi puasa, dan tak lama lagi raya, dan tak berapa lama lagi balik! horayyy!

saya terbaca status mck saya kat facebook. tersedih. terkagum jgk. betul orang cakap, wanita memang diciptakan lemah, tapi boleh jadi insan yang kuat-sekuatnya. kagum saya dengan ketabahan hati wanita-wanita yang mendapat suami yang tidak berhati indah itu. nauzubillah. tak tahu macam mana kalau saya yg berada dalam situasi mcm tu. semoga Allah melindungi insan-insan teraniaya ini, diberi ketabahan hati yang banyaaakkkkkk untuk menghadapi ujian begitu. semoga anak-anak menjadi insan yang soleh dan menggembirakan hati ibu. huhu. kesiannya.

dan semoga Allah selamatkan keluarga kita. oh, btw alhamdulilah mak saya dah sihat sepenuhnya. alhamdulillah syukur ya Allah. doa saya untuk melindungi kedua ibu ayah, dan doa memohon Allah tidak menarik nikmat kebahagiaan yang telah diberikan kepada kami sekeluarga telah dimakbulkan.

sobs. sedihnya pulak!

semoga kawan-kawan beroleh kebahagiaan di august ni. dan selamat bulan menghantar assignment. hahaha. mari berjuang! :)

IMG_0008 (2)

laughter.smile.happiness. tq Allah :)